Novel : Bait Cahaya Tanah Air (IV)

23 septembre 2010

BAB IV : Hasad






"Macam langit dengan bumi! Kau tu cantik, cun melecun. Dia tu, hitam. Sikit pun tak sedap mata memandang," Rohani mengomel, "entah apa, tiba-tiba berkepit dengan minah keling tu."


Jenny mendengus. Kuat-kuat. Tidak senang dengan kekerasan bahasa Rohani.


"Kau ni, Rohani. Jaga bahasa kau tu. Apa masalah kau? Sejak bila kau jadi consultant personaliti orang lain ni?" Jenny bertanya. Ditekan suaranya menandakan dia tidak senang sama sekali dengan kata-kata Rohani.


"Takdelah Jenny. Orang tengah sibuk mengata kau. Aku, sebagai kawan terapat kau, nak bagitau je. Tak payah la ke hulu-hilir dengan budak tu. Apa yang kau dapat pun?" Rohani mencebik. Sungguh dia iri hati melihat Jenny asyik ke sana ke mari dengan Aishah, perempuan India Muslim itu.


Jenny menggeleng-gelengkan kepalanya.


"Suka hati aku lah, aku nak kawan dengan siapa pun. Hidup aku, bukan hidup diorang. Nak sibuk -sibuk tu kenapa? Kau mengaku kawan rapat aku. Kalau ya, kawanlah sekali dengan Aishah. Kenapa nak berpihak pada orang yang mengata aku?" Jenny merenung Rohani.


Rohani berpaling. Mencebik sekali lagi. Degil sungguh Jenny ni! Rohani merungut.


"Aku risaukan kau. Sampai kau tulis surat rayuan pada sekolah nak tukar kelab. Dah tak nak sertai Environmentalist Club lagi. Lepas tu, ada hati nak sertai Kelab Sejarah yang ahlinya cuma empat orang! Empat orang, Jenny! Dah tu, empat-empat tu, yang kononnya kuat agama. Kau kena buatan orang ni!" Rohani meluahkan. Separuh terjerit.


Jenny terkesima. Mulut tak ada insurans Melayu ni! Jenny berdiri, menyinsing lengan baju pinaforenya lebih tinggi dan mencekak pinggang.


"Rohani! Jaga mulutlah! Aku ni bukan Islam, bukan Melayu pula tu. Tak adalah aku menghina budak-budak tu macam kau hina. Kau sudahlah seagama, sebangsa! Kau jangan rasa diri dah bagus sampai boleh nak cakap orang lain macam-macam!"


"Ah, kau Jenny. Cakap lebihlah kau. Kau pun samalah. Mak kau pun keling juga kan? Itu sebab kau asyik backing Aishah tu!"


Pangg!


Satu tamparan hinggap di pipi Rohani. Rohani kaget. Jenny tergamam. Perhentian bas Sri Cempaka yang tadi hingar tiba-tiba sunyi melihat insiden tamparan Jenny. Selang beberapa minit, pelajar-pelajar sudah mengerumuni perhentian bas itu. Apek menjual aiskrim turut serta melihat kejadian itu.


Rohani semakin sakit hati bila melihat pelajar-pelajar lain, terutamanya lelaki, terutamanya Melayu bukan menyokongnya tapi menyokong Jenny pula.


Tak guna punya Melayu! Bangsa sendiri tak sokong bangsa sendiri! Rohani menyumpah-nyumpah. Dia merenung tajam Jenny di hadapannya. Jenny senyum sinis. Perlahan-lahan dia mendekati Rohani dan memperlahan suara sambil berkata,


"Tengoklah Rohani. Bangsa kau menyokong aku. Sebab mereka adalah bangsa kau. Maka fikirannya sama saja. Kau kan memandang rupa. Kau pilih aku antara Aishah si keling. Dan mereka? Mereka pilih aku si kacukan antara kau."


Rohani berang. Tangannya cepat naik untuk membalas tamparan Jenny tapi cepat-cepat disambar tangan sasa seorang lelaki dari belakang.


"Dahlah tu! Jom! Ikut aku!" Shahrul, teman lelaki Rohani sudah tiba dengan motor Kawasakinya.


Rohani mengatur langkah dan mengangkat kain biru mudanya lalu menaiki motor Shahrul. Dia memandang tajam ke arah Jenny tanda tidak puas hati.


Perhentian bas itu masih tidak surut dengan pelajar-pelajar. Masing-masing menanti tindakan Jenny seterusnya. Tak kurang, ada juga yang mengusik-usik Jenny.


"Kau orang semua tak ada kerja ke? Suka ya tengok orang berkelahi? Balik rumahlah! Belajar lagi baik!" Jenny melaung.


Segera dia mengatur langkah berlalu dari situ.



bersambung....

Muslimah pertama yang menewaskan musyrik dengan tangannya Part II

19 septembre 2010

Assalamualaikum warahmatullah wa barakatuh
&
Konnichiwa mina~sama!

Osashiburi desu ne...(long time no see ^^). MasyaAllah, lama sudah watashi tidak memegang pena dek keasyikan bertempur dengan sekutu-sekutu Aku. Alhamdulillah, pertempuran yang banyak memberi pengajaran dan rahmat insyaAllah. Walaupun masih terasa sengal-sengal dan pedih luka di badan, watashi tetap bersemangat untuk bertemu mina~sama sekalian. Wah, lihat! Hang Kasturi rancak berceloteh menyampaikan ilmu. Jealous! ^__^

Watashi akan habiskan kisah muslimah yang sangat watashi kagumi ini. Ramai yang ternanti-nanti ya? Silakan membaca;

...Ketika orang itu berada pada posisi yang tepat, S memukul dengan tongkatnya, mengenai kepala si Yahudi musuh Allah. Orang itu lansung jatuh. Dengan pantas S memburu dan memukulnya lagi sampai tiga kali. Orang tersebut menghembuskan nafas ketika itu juga. S memenggal kepala si Yahudi itu dengan pisau belatinya, kemudian dilemparinya kepala itu dari puncak kota, jatuh di hadapan kawan-kawan si Yahudi itu yang sedang menunggu.

Melihat kepala kawan mereka itu, mereka mula menyalahkan satu sama lain.
"Kita sudah tahu, Muhammad tidak akan meninggalkan kaum wanita dan anak-anak tanpa pengawal." Lalu mereka angkat kaki, lari bertempiaran ke markas mereka dalam ketakutan.

Siapakah wanita yang sangat berani ini, sampaikan tidak gerun untuk memenggal kepala musuh dengan tangan sendiri?

Semoga Allah meredhai Safiyah binti Abdul Muthalib. Beliau merupakan contoh tunggal bagi wanita muslimah. Dia mengembangkan keperibadian sendiri, lalu diperkuatkannya keperibadian itu. Dia tidak mejadi lemah dari pelbagai macam kesulitan, tetapi sentiasa mengatasinya dengan cara yang paling baik, iaitu dengan meneguhkan hati, kesabaran yang tinggi serta keimanan yang kukuh.

Sejarah mencatatkan pada halaman-halaman yang putih suci, bahawa Safiyah binti Abdul Muthalib merupakan muslimah pertama yang menewaskan musyrik dengan tangannya dalam perang fi sabilillah.


Subhanallah, hebat kan? Seorang muslimah yang mempunyai hati yang berani. Watashi malu dengan diri sendiri kerana tidak dapat menjadi sehebat beliau walaupun watashi telah dididik untuk menjadi pahlawan sejak kecil.

Safiyah telah membuktikan kita semua tidak kira umur, bangsa, kecil atau besar, mampu menjadi orang yang hebat, tidak kira di medan perang atau di mana-mana sekali pun. Dengan syarat, harus memiliki iman yang kukuh, hati yang teguh, keperibadian yang unggul serta kesabaran yang tinggi.

From Zero to Hero, let's make it true!





Novel : Bait Cahaya Tanah Air (III)

BAB III : Aishah Vee




Gadis itu, kulitnya gelap. Lebih gelap dari Jenny atau Rohani atau Puan Jamilah sekalipun. Kalau diamati dari dekat, kalau tersenyum, manis juga. Namun, ramai yang berkata, jangan senyum selalu-selalu. Nanti nampak gigi saja.


Aishah kadang-kadang rasa tersisih. Dia berbangsa India. Tapi dia Muslim. Agamanya Islam. Sama seperti Rohani, Puan Jamilah atau Melayu Islam di sekolahnya. Kalau bersolat di sekolah, mereka sama-sama berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Mengagungkan kebesaran Allah dan memuji-muji Rasul. Tapi tidak ramai pun yang akan bersalam dengannya. Sampai tempat dia berdiri, pelajar ramai yang meninggalkan saf dan membuka telekung. Paling tidak, daripada 20 orang, mungkin satu atau dua orang sahaja yang menyalaminya.


Tindakannya untuk mendaftar di Kelab Sejarah pun mendapat ejekan daripada Aizat, jiran sebelah rumah yang satu sekolah dengannya. Aizat kata, Aishah kaum India. Bagus juga Aishah mendaftar di Kelab Sejarah. Moga-moga dapat belajar asal-usul, nanti, boleh balik negara India.


Aishah terkilan. Tapi disabarkan saja. Kata mahu mencontohi Rasul. Kata mahu mencintai Rasul. Takkan tak mahu belajar bersabar.


"Jennifer, kenapa di sini? Environmentalist Club bukankah di kelas tingkatan 5 Wibawa di atas sana?" Aishah menegur Jenny.


Jenny merenung wajah Aishah. Diakuinya, walaupun Aishah rakan sekelasnya, tapi jarang sekali dia berbual dengan Aishah. Bukan sombong, tapi dia selalu bersama Rohani. Rohani, tidak pula bergaul sama sekali dengan Aishah. Patutlah dipanggilnya Jennifer. Tidak rapat. Tidak kenal.


"Oh, minggu ini, saya join Kelab Sejarah. Hari ini saja." kata Jenny.


"Ustazah Ruhaizah dah tahu?" tiba-tiba seorang pelajar lelaki yang bersongkok tadi bersuara. Tapi wajahnya tidak sikit pun memandang Jenny.


Jenny mengerutkan dahi. Dijawabnya juga, "Sudah."


"Itu abang saya, Umar." kata Aishah separuh berbisik.


"Abang?" tanya Jenny sekali lagi. Macam pernah dilihat Umar beratur dalam kelas 5 Teguh sewaktu perhimpunan.


"Abang kembar." jelas Aishah lagi. Jenny mengangguk-angguk lagi.


"Oklah. Oleh kerana kita ada ahli baru hari ini, kita akan buat sesi Ta'aruf dahulu." Rahim memulakan perjumpaan mereka tanpa berlengah dengan kalimah Bismillah dan selawat salam ke atas Rasulullah.


"Taaruf tu apa?" tanya Jenny sedikit kuat. Soalannya ditujukan kepada semua, tapi nampaknya Kelab Sejarah ini semacam ada peraturan dan protokolnya sendiri.


Jenny memperlahan nada suaranya dan berdehem lembut. "Maaf, boleh saya tahu apa makna taaruf tu?" ulang Jenny.


Rahim senyum ikhlas dan menjelaskan sesi ta'aruf itu ialah sesi Ice Breaking. Lantas, Jenny menerangkan bagaimana dia boleh berada di Kelab Sejarah hari itu. Tapi tujuan besarnya, masih dirahsiakan.


"Jennifer. Eh, Jenny. Ada apa-apa soalan lagi sebelum kita teruskan?" tanya Rahim.


"Ya, ada ada. Berapa orang ahli Kelab Sejarah ini dan saya ingin tahu serba ringkas aktiviti-aktiviti yang dijalankan?"


Rahim terdiam. Jeda sebentar. Rahim memandang Farid. Farid memandang Umar. Umar memandang Aishah dan Aishah membalas pandangan abangnya dengan ketapan bibir.


Jenny kehairanan. Salah soalankah?


Farid yang dari tadi tidak bersuara tiba-tiba bangun. Dia memandang Rahim dan memohon kebenaran untuk menjawab soalan Jenny. Jenny kaget. Tapi cepat kekaguman melihat ketertiban ahli-ahli Kelab Sejarah ini. Saling menghormati.


"Ahli Kelab Sejarah cuma empat orang. Semuanya sedang berada di sini," Farid menghela nafas panjang dan melepaskannya. Ada nada kekecewaan di sebalik itu. Jenny ternganga kecil. Empat orang? Sahaja?


"Soalan seterusnya tentang aktiviti. Untuk pengetahuan Jenny, kami sebenarnya banyak berdiskusi. Berbincang. Mencari solusi dan menyediakan rangka tindakan." Kata Farid.


"Menyediakan rangka tindakan sahajalah. Kita tidak cukup tenaga untuk melaksanakannya." Umar menyampuk. Kemudian dia memandang kepada Farid agar meneruskan percakapannya.


"Apa yang dibincangkan? Isu apa?" tanya Jenny. Jenny menekup mulutnya kerana memotong giliran Farid. "Maaf." kata Jenny. Rahim menggeleng kepala sedikit mengatakan tidak mengapa.


"Tentu saja tentang Sejarah. Kami sudah menyusun topik-topik yang akan dibincangkan untuk setiap perjumpaan untuk satu tahun ini. Akan ada buku sejarah yang dipinjam. Kami akan mengkaji buku ini dan mengambil permasalahan yang melanda dan cuba mengupas sebab musabab dan bagaimana mengatasi." kata Farid panjang lebar. Suaranya kejap-kejap dikeraskan. Ini tekniknya untuk mengelak pendengar mengantuk.


Jenny bertambah kagum. Terlalu intelektual untuk tahap pelajar sekolah menengah seperti mereka. Tapi fenomena begini sudah terlalu biasa untuk Jenny ketika dia berada di Loughborough, UK dahulu. Rakyat di sana memang sering berfalsafah dan berdebat. Jenny tersenyum. Objektifnya macam akan tercapai kalau dia terus bersama mereka berempat ini.


Jenny mengangkat tangan mahu bertanya lebih lanjut.


"Kamu mengkaji Sejarah apa? Sejarah Dunia? Nusantara Melayu?"


Farid tersenyum. Dia memandang Aishah. Memberi peluang Aishah bercakap. Umar berdehem kuat. Tidak selesa, kembarnya dipandang-pandang.


"Semua sekali, Jenny. Kalau mengikut sillibus yang kami susun sendiri, kami selang-selikan setiap perjumpaan dengan Sejarah Eropah, Sejarah Melayu, Sejarah Dunia dan Sejarah Islam. Tidak lupa tentang Isu Semasa. Tapi.." Aishah terhenti. Aishah memandang Umar. Umar menangguk tanda membenarkan.


"Tapi, entah mengapa, setiap kali kami berbincang, pokok pangkalnya, perbincangan kami seringkali akan berkait dengan Sejarah Islam. Harap Jenny tidak kisah dan tidak anggap ini keterlaluan, jika saya katakan, sebenarnya, setakat ini, kami mengesan semua sejarah yang dikaji, pasti ada sangkut-paut dengan Sejarah Islam." kata Aishah.


Kali ini Jenny ternganga besar. Inilah tempatnya, inilah orang-orangnya yang dicari-cari Jenny selama ini! Perfect!



bersambung....

cerita best wo.

17 septembre 2010

Assalammualaikum wbt.


masih dengan mood raya ke? ada orang kata puasa sebulan, jadi raya pun kenalah sebulan jugak!


ye ke tu? balas dendam dengan Ramadhan ke? (ish ish ish. Ramadhan tu tak jahat, kenapa nak balas dendam ek?)


hehehe. apa-apa pun, lepas isu iklan kontroversi daripada sebuah stesen TV tak lama dulu, Hang Kasturi terbaca sebuah blog daripada kawan Hang Kasturi yang menjaga negara jiran, Brunei.







Hang Kasturi tak habis-habis lagi ye dengan iklan indomie. malu nak mengaku, tapi bergenanglah air mata lepas tengok video ni.


kawan-kawan pula?

nak makan mi segera lah!

15 septembre 2010





Hang Kasturi rasa macam nak makan Indomie sekarang jugak especially lepas tengok adik comel pada minit satu tu menjerit kesyukuran!!


Selamat menjalankan ibadah puasa. errr.. puasa enam, maksud Hang Kasturi!

Novel : Bait Cahaya Tanah Air (II)

13 septembre 2010

BAB II : Kelab Sejarah




Hari ini hari Rabu. Hari ko-kurikulum.


Minggu ini giliran Kelab dan Persatuan. Minggu lepas sudah letih Jenny berkawad Pandu Puteri di tengah-tengah panas terik. Tapi minggu ini lain sedikit. Awal-awal Jenny sudah memohon kebenaran daripada Puan Jamilah, guru penasihat Environmentalist Club, untuk tidak hadir minggu itu. Jenny berterus-terang bahawa dia sudah lama berhasrat untuk menyertai Kelab Sejarah. Tapi memandangkan polisi sekolah hanya membenarkan pelajarnya untuk menyertai satu persatuan sahaja, maka Jenny mengorbankan minat keduanya itu.


"Minggu ini saja, cikgu. Saya nak tengok saja apa yang dibincangkan dalam Kelab Sejarah." Jenny memohon kebenaran.


"Kamu nak lari dari Persatuan ni ke, Jenny?" tanya Puan Jamilah. Berkerut-kerut dahinya.


Jenny ketawa kecil. "Mana boleh saya lari, cikgu. Persatuan ni kan persatuan nombor satu di sekolah. Hari-hari buat aktiviti. Litter picking di kawasan kantinlah, bangunan akademiklah, macam-macam!" kata Jenny ingin mengambil hati.


Puan Jamilah merenung mata mengharap gadis jelita di hadapannya. Kalau bukan kerana dia, Environmentalist Club itu semestinya kosong saja. Siapa-siapa pun tidak akan berminat untuk menyertainya. Remaja mana agaknya yang peka dengan alam semulajadi? Tahun ini, saat Jenny mendaftar menjadi ahli, tiba-tiba saja persatuannya dipenuhi dengan borang pendaftaran dari pelajar-pelajar lelaki.


Puan Jamilah menggeleng-gelengkan kepala. 'Pipi tersorong-sorong budak-budak sekarang. Nasib baik Jenny ni tak melayan.'


"Cikgu geleng kepala tak setujukah, cikgu?" mulut Jenny sudah setengah muncung, tanda protes.


"Eh, maaf. Bukan bukan," jelas Puan Jamilah, "boleh,boleh. Pergilah. Tapi nanti tolong catch-up apa aktiviti yang dibincangkan minggu ini, ok?"


Jenny mengangguk laju dan beredar selepas mengucapkan terima kasih kepada Puan Jamilah.


"Jenny! Jangan lupa minta kebenaran Ustazah Ruhaiza, guru penasihat Kelab Sejarah, ya?" laung Puan Jamilah.


Jenny membentuk 'O' menggunakan ibu jarinya dan jari telunjuknya sementara tiga jarinya yang lain menegak ke atas menandakan 'OK'.


Jam sudah pukul 2.15 petang. Kelibat siapa-siapa pun tidak kelihatan. Jenny menoleh ke kiri dan ke kanan. Betulkah ni? Atau dia tersalah tempat. Jenny bangkit dan bergerak ke muka pintu bilik darjah. Kelas 3 Harmoni. Tempatnya sudah betul kalau diikut rutinnya.


Lewat 15 minit kemudian, barulah kelihatan dua tiga pelajar lelaki bersongkok masuk ke bilik darjah tersebut. Jenny menguntum senyuman. Sekadar beramah-tamah. Malangnya, lelaki tersebut bukan main tunduk kepalanya, macam hendak terjatuh songkoknya. Jenny berpaling apabila melihat senyumannya seperti tidak diendah.


"Eh, Jennifer." tegur satu suara. Jenny mengangkat mukanya.


Siapa pula yang memanggilnya dengan nama penuh begitu?


bersambung...

Eid Mubarak From Us!

10 septembre 2010

Assalammualaikum wbt.



Gambar ihsan dari sini.

Novel : Bait Cahaya Tanah Air (I)

8 septembre 2010

BAB I : Pencarian



"Rohani." Jenny memanggil.


Rohani menoleh ke arah rakan sekelasnya. Jenny, rambutnya keperang-perangan bukan diwarna tetapi memang semulajadi. Gadis itu kacukan India Malaysia dari mamanya dan papanya berketurunan orang Inggeris Britain.


Cantik. Menawan.


Menjadi kegilaan di sekolah Sri Cempaka. Namanya menjadi siulan lelaki tidak kira Melayu, Cina, India atau apa-apa. Asalkan namanya lelaki.


Jennifer. Jenny.


"Kau tenung aku kenapa?" tanya Jenny. Rohani tersentak dari lamunan. Nasib baik Rohani perempuan. Tidak pula dia menyukai kaum sejenis, seperti kaumnya Lut.


Rohani membetul-betulkan tudungnya. Rambutnya yang sesat terkeluar di celah-celah tudung sekolah cepat-cepat diselit. Itulah akibatnya kalau sudah terbiasa tidak memakai anak tudung.


Rohani menggeleng-gelengkan kepala dan menguntum senyuman.


"Ada apa kau panggil aku?" tanya Rohani.


"Aku tanya jangan marah." Jenny memberi amaran sambil mengenyit mata.


Kenyitan matanya dilihat sekumpulan pelajar lelaki di hadapan. Bergema Lorong Budiman itu dengan siulan nakal.


Rohani diburu cemburu kecil. Wajah Jenny, kacukan India Inggeris, memang terlalu sempurna untuknya. Ada juga kadang-kadang Rohani cuba mewarnakan rambutnya dan menyapu bedak tebal berinci semata-mata mahu kelihatan seperti Jenny.


"Tengok soalanlah." Rohani menjawab ringkas.


"Tadi," Jenny menelan air liur, "kau dapat C ya untuk Sejarah."


Rohani mendiamkan diri. Malu untuk mengaku. Tapi Rohani tidak ada niat pula untuk menipu.


"Kalau tak nak jawab, takpe." Jenny menyambung.


"Hai.. ni lah masalahnya kalau orang kacukan macam kau ni fasih sangat berbahasa Melayu. Macam-macam soalan yang kau tanya." Rohani membalas. "Ha'ah. Aku dapat C. Ala, Sejarah kot. Bosan ar subjek tu. Tak penting."


Jenny menggaru kepalanya yang tidak gatal. Seingatnya, sudah berapa ramai rakan sekelasnya yang ditanya, rata-rata mempunyai jawapan yang agak sama dengan Rohani.


Sejarah itu bosan. Tak penting. Mengantuk.


"Tak penting ke sejarah?" Jenny cuba-cuba untuk menduga lagi.


"Mana penting! Tapi kalau kau nak jadi cikgu Sejarah esok, hah, tu pentinglah. Kakak aku berjaya jugak jadi doktor. Sejarah SPM tak dapat A pun." jelas Rohani. Ada unsur bangga sedikit.


Jenny mendiamkan diri. Pencariannya sekali lagi gagal. Rohani bukan orang yang dicarinya. Ah, kepada siapa lagi untuk dia hamburkan segala soalan dan pandangan yang tersimpan di benaknya sekian lama ini?


bersambung....

10 minutes.

6 septembre 2010

Assalammualaikum wbt.


Aik? Entri lepas dah cakap pasal nisbah 10:10:10. Entri ni cakap pasal 10 minit pula. Hurmmm, Hang Kasturi memang suka nombor 10 ni!


Rasanya mesti ada antara kalian yang dah pernah tengok video ni kan? Takpelah, apa salahnya tengok lagi sekali.


Renung-renungkanlah! Apa yang dah kita manfaatkan untuk setiap minit yang berlalu?



10:10:10

4 septembre 2010

Assalammualaikum wbt.



Lamanya tak jumpa dengan semua orang kat sini. Kenapa yek? Hang Kasturi dan Superheroes lain dah tak nak selamatkan orang kee?


Eh.. Ehh! Siapa kata?


Kami semua yakin untuk tinggalkan semua orang kat sini buat sementara sebab orang-orang yang datang ke mari mesti dah cukup kuat untuk jaga diri sendiri kan? kan? Anda semua bukan calang-calang orang pun. Cuma, fitrah manusia, macam Hang Kasturi juga, selalu lupa. Sebab tu, kita kena saling mengingati.


Apalahh yang Hang Kasturi bebelkan ni.. Apa ya nak cakap tadi?


Yaa... Semua orang puasa tak hari ni? Hehe.


Hang Kasturi tak nak lepaskan peluang ni untuk ucapkan pada semua pengunjung dari seluruh dunia, kencang-kencangkan lagi amalan kita towards the end of Ramadhan ni.


Tau tak cerita Ramadhan dan nisbah sepuluh sepuluh sepuluh?


Ramadhan & 10:10:10


10 hari pertama di bulan Ramadhan adalah hari-hari mengecapi RAHMAT Allah.
10 hari seterusnya adalah hari-hari MAGHFIRAH iaitu memohon keampunan Allah.
10 hari terakhir ialah hari-hari untuk memohon BEBAS DARI AZAB NERAKA.


siapa yang tak nak bebas dari azab neraka, cuba bagitahu Hang Kasturi. Hang Kasturi silat dia cukup-cukup.


so, apa lagi? dah tak ada masa lembik-lembik atau moderate-moderate, jom kita PECUT AMALAN kita sekarang!


gambar ihsan dari sini


Navigation Bar

Our Gallery!

Visit our gallery by clicking HERE!

Click Here

The Wayfarers

c/o:
We are the wayfarers
We are the travelers
Wondering through
The planet earth
And see how great
The Creator is

We are the wayfarers
We are the travelers
Don’t you ever think
How strange it is
To treat everything
As tough as it’s ours