Novel : Bait Cahaya Tanah Air (II)

13 septembre 2010

BAB II : Kelab Sejarah




Hari ini hari Rabu. Hari ko-kurikulum.


Minggu ini giliran Kelab dan Persatuan. Minggu lepas sudah letih Jenny berkawad Pandu Puteri di tengah-tengah panas terik. Tapi minggu ini lain sedikit. Awal-awal Jenny sudah memohon kebenaran daripada Puan Jamilah, guru penasihat Environmentalist Club, untuk tidak hadir minggu itu. Jenny berterus-terang bahawa dia sudah lama berhasrat untuk menyertai Kelab Sejarah. Tapi memandangkan polisi sekolah hanya membenarkan pelajarnya untuk menyertai satu persatuan sahaja, maka Jenny mengorbankan minat keduanya itu.


"Minggu ini saja, cikgu. Saya nak tengok saja apa yang dibincangkan dalam Kelab Sejarah." Jenny memohon kebenaran.


"Kamu nak lari dari Persatuan ni ke, Jenny?" tanya Puan Jamilah. Berkerut-kerut dahinya.


Jenny ketawa kecil. "Mana boleh saya lari, cikgu. Persatuan ni kan persatuan nombor satu di sekolah. Hari-hari buat aktiviti. Litter picking di kawasan kantinlah, bangunan akademiklah, macam-macam!" kata Jenny ingin mengambil hati.


Puan Jamilah merenung mata mengharap gadis jelita di hadapannya. Kalau bukan kerana dia, Environmentalist Club itu semestinya kosong saja. Siapa-siapa pun tidak akan berminat untuk menyertainya. Remaja mana agaknya yang peka dengan alam semulajadi? Tahun ini, saat Jenny mendaftar menjadi ahli, tiba-tiba saja persatuannya dipenuhi dengan borang pendaftaran dari pelajar-pelajar lelaki.


Puan Jamilah menggeleng-gelengkan kepala. 'Pipi tersorong-sorong budak-budak sekarang. Nasib baik Jenny ni tak melayan.'


"Cikgu geleng kepala tak setujukah, cikgu?" mulut Jenny sudah setengah muncung, tanda protes.


"Eh, maaf. Bukan bukan," jelas Puan Jamilah, "boleh,boleh. Pergilah. Tapi nanti tolong catch-up apa aktiviti yang dibincangkan minggu ini, ok?"


Jenny mengangguk laju dan beredar selepas mengucapkan terima kasih kepada Puan Jamilah.


"Jenny! Jangan lupa minta kebenaran Ustazah Ruhaiza, guru penasihat Kelab Sejarah, ya?" laung Puan Jamilah.


Jenny membentuk 'O' menggunakan ibu jarinya dan jari telunjuknya sementara tiga jarinya yang lain menegak ke atas menandakan 'OK'.


Jam sudah pukul 2.15 petang. Kelibat siapa-siapa pun tidak kelihatan. Jenny menoleh ke kiri dan ke kanan. Betulkah ni? Atau dia tersalah tempat. Jenny bangkit dan bergerak ke muka pintu bilik darjah. Kelas 3 Harmoni. Tempatnya sudah betul kalau diikut rutinnya.


Lewat 15 minit kemudian, barulah kelihatan dua tiga pelajar lelaki bersongkok masuk ke bilik darjah tersebut. Jenny menguntum senyuman. Sekadar beramah-tamah. Malangnya, lelaki tersebut bukan main tunduk kepalanya, macam hendak terjatuh songkoknya. Jenny berpaling apabila melihat senyumannya seperti tidak diendah.


"Eh, Jennifer." tegur satu suara. Jenny mengangkat mukanya.


Siapa pula yang memanggilnya dengan nama penuh begitu?


bersambung...

0 commentaires:

Navigation Bar

Our Gallery!

Visit our gallery by clicking HERE!

Click Here

The Wayfarers

c/o:
We are the wayfarers
We are the travelers
Wondering through
The planet earth
And see how great
The Creator is

We are the wayfarers
We are the travelers
Don’t you ever think
How strange it is
To treat everything
As tough as it’s ours