Zero to Hero : Nabi Yusuf

29 janvier 2010

Assalammualaikum dan salam sejahtera.



Entri yang lepas, Hang Kasturi janji nak kasi soalan pasal Nabi Yusuf kan? sebelum nak kasi soalan, tak adillah kalau Hang Kasturi tak cerita dulu kan tentang Nabi Yusuf.


so, Hang Kasturi cerita sikit ya pasal Nabi Yusuf.


rasanya, ramai orang yang kenal Nabi Yusuf. sebab apa? sebab dia kacak! Hang Kasturi pun kacak juga, tapi Nabi Yusuf lebih kacak kot. (hehe. mengarut pulak.)


tapi, ramai juga yang tak tahu kisah sedih Nabi Yusuf masa kecik-kecik. Nabi Yusuf adalah salah seorang anak Nabi Yaakub. Nabi Yaakub sangat sangat sayangkan Nabi Yusuf sampai menimbulkan rasa cemburu hati di kalangan abang-abangnya. abang-abang dia sangka Nabi Yaakub sayang lebih Nabi Yusuf dan adiknya.


satu hari, abang-abangnya buat satu rancangan jahat untuk bunuh Nabi Yusuf. Mereka pun minta kebenaran Nabi Yaakub untuk bawa Nabi Yusuf keluar bermain dengan mereka. Sampai di satu tempat, salah seorang abangnya tak sampai hati nak bunuh Nabi Yusuf. lalu, dicadangkannya agar campakkannya saja ke dalam sumur (perigi). abang-abangnya pun campakkan Nabi Yusuf ke dalam sumur lepas tu tinggalkan dia sorang-sorang. bayangkanlah masa tu Nabi Yusuf kecik lagi! dan ditinggal dalam perigi pulak tu! sanggup abang-abang dia buat macam tu.


dipendekkan cerita, Nabi Yusuf diselamatkan sekelompok musafir yang singgah nak mengaut air. Nabi Yusuf kemudiannya dijual sebagai hamba dan dibeli orang dari mesir. orang ini ialah seorang gabenor dan isterinya bernama Zulaikha. Nabi Yusuf pun membesar jadi seorang yang kacak.


kat sinilah bermulanya cerita Nabi Yusuf didekati dan digoda Zulaikha ketika suami Zulaikha keluar bekerja, cerita jemputan-jemputan Zulaikha yang terhiris jari ketika memotong epal tatkala melihat Nabi Yusuf, dan muslihat Zulaikha untuk memerangkap Nabi Yusuf.


kata-kata Nabi Yusuf yang mendapat perhatian umat islam ialah : "penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka."


hah, dah ingat sikit-sikit dah pasal Nabi Yusuf? tahu tak, the end of the story, Nabi Yusuf masuk penjara tak? dapat jumpa tak dengan ayah kesayangannya lagi? apa jadi dengan abang-abang dia? haaaa, kalau nak tau cerita original dia, selaklah al-quran! surah Yusuf, suruh ke-12 : cerita lengkap tentang Nabi Yusuf!


jeng jeng jeng!
sampailah soalan cepu mas yang Hang Kasturi nak tanya!


rasa-rasa reader semua, antara dua peristiwa Nabi Yusuf di atas, dalam peristiwa yang manakah, kesabaran Nabi Yusuf dianggap lebih sempurna?


hah, silakan jawab! dengan hujah sekali ekkkk?
jumpa lagi di entri depan dengan jawapan skema!


Menjadi penting itu baik, tetapi menjadi baik itu lebih penting.

Do it

26 janvier 2010

Alkisah bermula bila pada suatu hari yang tenang, angin sepoi-sepoi bahasa bertiup, di bawah sepohon pokok mangga yang sedang ranum berbuah. Ditakdirkan Allah, duit RM50 bertemu dengan duit RM1.

Ayuh kita ikuti perbualan mereka...

RM1: Salam RM50, lama tak nampak, apa khabar?
RM50: Salam, a'ah lama jugak lah kita berdua tak jumpa yea. Alhamdulillah, sihat sejahtera.
RM1: Lama hilang, mana pergi?
RM50: Ooo, jauh saya merantau. Biasalah, pergi Genting Highlands, Times Square, Starbucks, MidValley dan macam-macam lagi lah tempat menarik. Kamu kemana pula?
RM1: Biasalah, balik-balik ke masjid, tak ke masjid, ke surau..

----------------------------------------

Okies para pembaca sekalian, dapatkan anda dengan maksud tersirat dari perbualan duit RM50 dengan RM1 tadi??

Saya tidak mahu hurai panjang, hanya mahu tinggalkan para pembaca semua dengan satu soalan.

Mengapa sukar untuk kita menderma di jalan Allah atau kepada pihak yang kurang berupaya tetapi begitu senang kita membelanjakan duit tersebut hanya untuk memenuhi tuntutan nafsu kita?

Mengapa perlu berfikir 100X untuk menderma tetapi anda tidak berfikir panjang pun untuk membeli sepasang tas tangan Chanel atau LV, sepasang kasut Jimmy Choo, sepasang cermin mata RayBan, seutas rantai Tiffany dan sepasang baju Gucci?

Adakah ini tandanya kita bersyukur di atas pemberian Yang Maha Esa?

Renung-renungkan dan selamat beramal

Zero to Hero : Malulah dengan bayi itu!

23 janvier 2010

Assalammualaikum dan salam sejahtera.



Hang Kasturi datang lagi. ingat lagi tak entri Hang Kasturi yang lepas tu? dah dapat teka dah siapa tokoh yang diceritakan tu?

sambungan petikan dari buku Zero to Hero :


Ia menjawab, "Aku belum wajib berpuasa."

Siapakah Pak Guru yang diceritakan tersebut? Ia adalah Muhammad Idris Asy Syafi'i, yang lebih kita kenal dengan Imam Syafi'i.

Kita tak usah heran dengan fragmen ini, karena pada usia belum baligh Imam Syafi'i sudah menjadi ulama yang disegani. Usia sembilan tahun sudah hafal Al-Qur'an..... (baca sendiri dalam buku yang boleh didapatkan di pasaran.)


yes yes yes! sape yang teka betul tu, tahniah tahniah!
siapa yang salah, takpe. cuba lagi. sekurang-kurangnya dah tambah pengetahuan kan? hehe.


kehebatan imam syafi'i ni memang seronok kita dengar. rasa bangga tokoh ilmuwan islam kita ni begitu bijak. sedikit-sebanyak bagi kita inspirasi dan semangat untuk tidak putus asa bila belajar atau dalam apa jua kerja. jangan hanya seronok dan kagum saja tau dengan cerita ni, kawan-kawan semua. lepas ni, yok! kita jangan sekali-kali putus asa!


nak dengar lagi cerita daripada buku ni? jom jom! Hang Kasturi sudi nak kongsi lagi!


Malulah dengan bayi itu! (tajuk reka sendiri)

Kita bisa belajar dari bayi, dari anak-anak atau keponakan kita. Seorang bayi bisa berjalan karena mau belajar dan tidak menyerah apalagi malas. Karena ia ingin menemukan kebaruan dari sebelumnya. Dari merangkak menjadi berjalan. Dari berjalan menjadi berlari dan seterusnya.

Seorang anak belajar sepeda (basikal) lalu jatuh pun tidak putus asa. Belajar lagi, jatuh lagi hingga akhirnya ia bisa. Begitulah sesungguhnya kita belajar, menarik hikmah dan tak pernah menyerah.



hah, macam kesinambungan pula daripada cerita Imam Syafi'i tu. kita jangan pernah berputus asa. yang paling penting jangan menyerah! kena teguh!

okaylah. jumpa lagi di next entri. Hang Kasturi ada soalan nak tanya tentangggggggg.... Nabi Yusuf! hah, cepat-cepat revise pasal kisah² Nabi Yusuf ok?

jumpa lagi!


Menjadi penting itu baik, tetapi menjadi baik itu lebih penting.

Muhammad: Legacy of The Prophet

20 janvier 2010

Assalamualaikum wbt & Konnichiwa

Kali ni watashi mau share video dokumentari faveret watashi, mengisahkan tentang seorang manusia yang sangat agung dan yang sangat watashi rindui... Dokumentari ni juga mengisahkan kehidupan warga Muslim di US dan watashi cukup kagum dengan diorang2 ni. Mina~sama bolehla makan lunch/dinner sambil tengok dokumentari ni. Moga-moga ia memberi semangat baru untuk mina~sama dan watashi juga, insyaAllah...



video



p/s: Ni episod 1 dari 12. So, ade 11 episod lagi di youtube. Mina~sama kena tengok sampai habis ye ^^

Zero to Hero : Pak Guru

17 janvier 2010

Assalammualaikum dan salam sejahtera readers-readers sekalian!


InsyaAllah, Hang Kasturi kali ni nak kongsikan apa yang Hang Kasturi dapat dari semasa ke semasa through buku yang Hang Kasturi tengah baca

ZERO TO HERO!

hehe, sangat kenalah dengan kita ni. bahasanya bahasa indonesia, tapi masih boleh difahami. okay, cerita untuk hari ni :

Kecil-kecil cili padi. (tajuk diubah.)

Suatu hari, di Masjidil Haram seorang guru tengah menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya. Dengan lugas, jelas dan komunikatif, guru tersebut mengajarkan materi fiqh, muamalah, jinayah dan hukum-hukum kriminal.

Namun ada yang ganjil dalam majelis itu, ternyata Pak Guru jauh tampak lebih muda daripada murid-muridnya. Bahkan di tengah prosesi belajar mengajar, ia sempat minta izin untuk minum, padahal siang itu adalah bulan Ramadhan. Spontan saja murid Pak Guru menuai protes, "kenapa anda minum, padahal ini kan bulan Ramadhan?"

okay, end cerita. ----------------------------------------

aik? pendeknya? hehe. mestilah. kali ni Hang Kasturi nak readers yang jawab,boleh?


soalan satu :

apakah jawapan Pak Guru?

soalan dua :

siapakah Pak Guru?



nak tau jawapan skema tunggu Hang Kasturi jawab dalam entri depan k?
selamat berfikir!



Menjadi penting itu baik, tetapi menjadi baik itu lebih penting.


Malasnye nak solat~

14 janvier 2010

Bismillahirrahmanirrahim~

Seloka yg di copy dr satu blog yg Starfire lawat. maaf, lupe nak letak link die sbb dah tak jumpe. hehe.

mintak maap pada bhs yg agak kasar tapi tekankan pada pengajaran yg sangaaaaaaaat byk yg boleh diambil.. ^^

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang.

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang.

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang.

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!


Semoga bermanfaat! ^^

p/s : tuan punye seloka, kalau terbace entry ni, mtk tgal kan komen dan link blog ye :)



Rase nak marah?

11 janvier 2010


Bismillahirrahmanirrahim..

Asslamualaikum wbt ^^
ape khabar semua readers? semuga semua sentiasa hepi dan sihat2 :D
tamau saket2 ye. kalau saket, cepat2 makan ubat dan minum air banyak2. >_<


Starfire nak tanye, pernah tak readers bertembung dgn situasi mcm ni :-

Situasi 1 : di pasar malam atau shopping complex
"Hei! ape ni langgar2? tak nampak org ke? Mate letak katne?"

Situasi 2: di tengah2 traffic jam.
"Adoi, nape la tak jalan2 ni" sambil menekan2 hon kereta.

Situasi 3 :
tersepak batu lalu terjatuh, "Batu ni, tadek tempat laen ke nak duduk?" kemudian dgn bergaye nya menendang batu tersebut dan menjerit serta merta sbb kaki saket. *hehe*

Situasi 4 :
"ish nyamuk ni, tadek org laen ke die nak gigit? takleh tgk aku senang!" sambil mengibas2 nyamuk dan memukul2 tgn dan kaki ala2 ade nyamuk yg menghinggap.

Readers agak2 ape yg Starfire nak bebel kali ni? hehe.
Ape yg readers leh ckp atau komen pasal kelima2 situasi ni?



Allah ade cakap kan,

" Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka tanpa batas
(Az-Zumar: 10)


TAPI knape org selaluuuuuuuuuuuu kate:

"mmg dah lame dah bersabar dgn die. tp sabar pun ade had nye jugak kan. takkan aku nak bersabar je sampai bile bile."

Allah kate, pahala org yg bersabar tu tiade batas. tp org selalu kate sabar tu ada batasnya. Mcm tak significant kan?

Dalam hadith pon, Rasulullah ade ckp :

“ …dan sesiapa yang bersabar,maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas(manfaatnya) daripada kesabaran.”
Riwayat Bukhari dan Muslim

Camne nak tanam sifat sabar?

Contohnye kan, kalau kita rase2 cam nak marah kan si A kan, kite cepat2 cakap kat diri kita, tiade manusia yg sempurna. Kita pun kadang2 ada wat salah jugak kan. Mungkin lah kesalahan yg si A wat tu, kita tak pernah terfikir pun nak wat, tp, tak semua org tu sama kan? Jom kita sama2 try terima kesalahan org dan pk positif pasal org. Allah pun suke kite bersangka baik kan. Bila kite bersangka baik dgn org, automatically kita x akan rase sakit hati dan kita akan maafkan kesalahan org tu.

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik
(Al-Imran:133-134)


Bumi ni kan amanah Allah kat kita. Kita ni ditugaskan menjadi khalifah kat muka Bumi. Salah satu tugas khalifah juga lah utk memastikan Bumi ni aman kan?

Camne nak make sure Bumi ni aman? Jangan begaduh.
Camne tanak gadoh? Jangan ada rasa tak puas hati.
Camne tanak ade perasaan tak puas hati? Bersabar.
Camne nak bersabar? Bersangka baik dgn org. ^^

Bila Bumi dah aman, kita tak sakit hati. kite hepi je selalu.
Pastu, kita dapat pahala pulak, sbb bersabar, bersangka baik dan dpt menjalankan amanah dgn baik. Amanah menjaga Bumi dan amanah menjaga hati sendiri supaya bersih dari perasaan marah. ^^

Sekian dulu dr Starfire.


Sehingga berjumpa lagi! ^^

There is no love without forgiveness, and there is no forgiveness without love,

Hanya DIA

8 janvier 2010

Salam readers semua...

Apa khabar kalian semua?Semoga berada dalam keadaan sihat dan bahagia selalu, InsyaAllah.

Haaa, apa pulak topik saya pada hari ini yea??hurm...okay, ini perbualan antara Keluang man dengan sorang kawan, Tebuan Man.

XXX: Eh Cik Keluang, awak dah baca ke berita nie?? *sambil hulur surat khabar*
Keluang: Yang mana??? *sambil betulkan cermin mata hitam*
XXX: Nie haaaa!!

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya

Sedih dan menyedihkan.Bagai terkena satu tamparan yang hebat lepas Keluang Man baca berita ini.Lalu, pengembaraan Keluang Man pun bermula..Keluang Man capai komputer riba pemberian mak Keluang Man dan satu persatu laman web Keluang Man baca,mencari maklumat dan informasi terkini.

Apa pendapat para pembaca sekalian??

Perkara ini merupakan isu sensitif, yang berkaitan dengan agama dan akidah.Keluang man pun bukanlah arif pun dalam bidang ini. Banyak ilmu lagi yang perlu dipelajari. Jadi, mari kita baca dua link ini...Semoga ia dapat membuka mata kita.

http://jamizalzainol.wordpress.com/2008/01/03/penggunaan-nama-allah/

http://drmaza.com/home/?p=931

Ya Allah ya tuhanku, kau selamatkan dan rahmatilah seluruh umat Islam supaya kekal berada di landasan akidahMu dan hapuskanlah musuh-musuh Islam..Amin..

--------------------------


Selepas itu,

Keluang: Oh tebuan, ko nak pergi mana?
Tebuan: Nak pergi jumpa awek aku lah..
Keluang: Ooo, nak g dating yea..DATING NGAN ALLAH UNTUK ISYAK nie dah ke belum??
Tebuan: @_______@

Dah kalau macam tue, janganlah bagi FREE jek kat orang lain ALLAH kita tue..

Gaza dalam Kenangan...

5 janvier 2010

bismillahirrahmanirrahim...

ohok!!ohok!!

Maaf ye. Kali ni, saya kurang sihat. Mengikut kuasa psikik saya yg dikurniakan Allah SWT, kawan² superheroes yg lain pun ramai yg tak sihat jugak kan?? kan?? kan?? jgn nak tipu aa.. sampai terjaga² dari tidur bermimpikan batuk² da
n selsema kamu semua...almaklumlah kita ni ibarat satu
badan. peha kiri kena cubit, peha kanan pun terasa. Kalau seorang sakit, yg lain pun sakit juga :p

Tapi sakit² pun, tak larat macam mana sekali pun, jgn lupa makan. Dapatkan tenaga utk badan. Makan buah. Makan Vitamin C. Minum air banyak². Jangan diikutkan sangat sakit tu. Perlu ada tenaga untuk beribadah kepadaNya kan? Lagipun kalau kita sakit, siapa lagi yang nak jalankan tanggungjawab sebagai superheroes utk menyelematkan dunia yang sedang nazak ni?? Dan yg paling penting sekali, doa banyak² kepada Tuhan kita yg satu, Allah SWT. Insya
allah sakit yg Allah bagi kat kita ni adalah kifarah dosa² yang lalu...

Okies...sebenarnya utk entry kali ini, prof nak kongsikan satu video... jemput tonton...jemput..jemput...



dah habis tengok? Alhamdulillah...

rasa²nya kan, berapa umur adik kita yang seorang ni? mungkin 12 atau 14....

..............................

...............................

rasa²nya...Adik² kita kalau berumur sekitar 14 tahun, apa eh yg mereka lakukan?

?????????????????????????

????????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

FESYEN?? MAJALAH REMAJA??? MANGGA??? MILEY CYRUS??? ENGLISH PREMIER LEAGUE???? WORLD CUP????? SHOPPING???? COUNTER STRIKE???? BOYFRIEND??? GIRLFRIEND???? IPHONE????

pernah ke mereka berfikir atau terfikir atau ditiup dalam pemikiran mereka seperti mana adik² kita di Palestin sana?

oh tak perlu tanya adik² kita rasanya, kita sendiri. Umur dah berapa ye? 19? 20? 22? lebih?

Berapa kali ye kita dah menyumbang utk mereka yang sedang terseksa di bumi Palestin sana?

Kalau adik dalam video kata : "I swear I will protect the camp with my life!"
Apa yg kita selalu kata?
"I swear I will get him as my boyfriend!"
"I swear I will get the ticket to go to Jason Myraz's concert next month!"

Masyaallah...sungguh berbeza kan semangat kita? Kalau kita bukan orang sebegitu, moga terus berkekalan. Tapi kalau itulah kita, semoga Allah beri petunjuk.

Palestin dalam derita, tangis dan duka tapi kita terus gembira, menagih dunia dan ketawa.

Tahu tak berapa lama dah Palestin terseksa? Baru genap setahun ke semenjak 27 Disember 2008? Secara rasminya itulah tapi dah berkurun lamanya, tanah mereka cuba dirampas oleh Israel penjajah...dan mungkin ramai yang tidak sedar kenyataan bahawa Palestin telah lama, sedang dan akan terus diseksa selagi mana kita sendiri tidak bertindak.

Janganlah memboikot sekadar hangat² tahi ayam.

"Oh, aku tengok org lain minum je Coca Cola, igtkan dah habis boikot. Aku pun togak la skali"
"Aku gian la nak makan burger McD. Seminggu tak makan, rasa macam tak bermaya kehidupan. Bang, tambah bubur ayam sekali eh? Lapar la plak (sambil mengusap perut). Lepas kenyang ni aku sambung boikot balik la."

Kita seronok la guna, makan dan minum barangan Israel, saudara kita di sana? Setiap kali bangun pagi, bersyukur kerana Allah masih beri kehidupan. Dalam masa yang sama tertunggu² waktu utk syahid dalam serangan.

Jangan lupa bahawa setiap sen yang kita sumbangkan pada Israel menjadi punca kerobekan daging saudara kita sendiri.

Fikir²kan.

Setiap saat kita menghela nafas, tanya pada hati, apa yang kita dah lakukan utk mereka di sana yg setiap saat menunggu waktu malaikat Izrail datang menjemput.

Put yourself in their shoes...

p/s: maaf entry agak beremosi


-Prof X-





JOM!!

2 janvier 2010

"Shang!!"
*name captain Mù Lán if u r lost

"Mù Lán?"

"the Hans are alive. They are in the city."
* Hans = org jahat*

" u don't belong here Mù Lán. Go home!"

"Shang, I saw them in the mountain. u have to believe me. "

" y should I?"

*Mù Lán da hot! sabar Mù Lán..sabar*
"y else do I come back? u said u trust Ping. y is Mù Lán any different?"

*ngah bengang, malu n belagaknye captain Shang pun berlalu ngan kuda putih y cam ensem tu*

*Mù Lán pandang Yoa, Ling n Chien-Po*

"keep ur eyes open. I know they r here"


Assalamualaikum dear readers,
salam pembuka lembaran tahun baru. tahu je ramai y seronok bercuti panjang, at least lau xde cuti chrismas ni pun, ade new year nye cuti. lau kat Malaysia ag panjang cuti². Well, cuti pun da abes, exam's week pun menjelang bg y x exam² ag..y da lepas, leh la mulakan semester baru. *pening la
Mù Lán ni..nak cerite apa sebenarnye?*

ok ok..nak ajak readers sume ber fikir sejenak tentang... JOM CUTI²!! *aaaaaaaa???!!!!!*

G mane dah ek cuti kali ni? jap² Mù Lán list kan :
- London, boxing day! *wahh..banyak shopping ke? ;p*
-
turun sud sbb nak panas..tp sejuk jugak.. huhuu *siannye nye kawan kita ni*
- stay kat umah je Mù Lán sbb nak exam..ag pun duit x masuk ag.. huu~ *xpe..study² :) *
- Suisse..cantek btol kat cna tu
- Paris..kawan dr US dtg..nak teman diorg..
etc etc etc

tapi..Mù Lán nak ajak readers buat something utk next JOM CUTI².. *wat ap Mù Lán? * kite wat 'JOM CUTI² CARI-NYA' =) *jalan² pun leh cari Allah ke Mù Lán?* mesti boleh..MESTI! :) *camane ek Mù Lán?* OK..kita wat step by step ek?

1. kuar dr bilik or tempat y berbumbung..tu tgok atas! atas lg la reader :) a'ah..nmpk langit?reader tahu x langit tu ade 7 lapisan? Dia y menciptakan tujuh langit berlapis². cube kita fikir, ade x sesuatu y x seimbang dlm penciptaan langit tu? tgok lagi sekali...ade? nmpk x kecacatan ciptaan Nya y Maha Pengasih? 'ulangi pandangan kamu berkali², nescaya kamu tidak dapat melihat kecacatan pada ciptaanNya & pandangan mu akan berada dalam kedaan keletihan.'

2. alaaa... reader y bace skang kat luar mlm ek? gelap je ek? nmpk x bintang²? tahu x bintang² tu berada di langit y paling dekat? n tahu x, bintang² itu dijadikan oleh Nya sebagai alat² pelempar setan & Dia menjadikan neraka y bernyala² utk mereka.
(nota kaki y x berapa kaki : sume tahu kan y masuk neraka pun bkan setan je, kalangan manusia jugak. sampai 1 masa tu, neraka hampir nak meledak kemarahan. penjaga² neraka tanye kat org² y dilempar kan kedlm neraka "xde ke org y bg peringatan kat korang??" diorg jawap ngan penuh kesal, " ade, lau tau mende y diorg ucap kan tu betul, kami x kan berada dalam neraka ni"..tapi kan dah lambat sesalan tu. mereka dah jauh dah utk terima rahmat Tuhan. Innalillah)

3. lau kite g voyage mesti la kite nak g tempat² menarek kat ctu kan? shopping², g main², tangkap gambar. tapi Allah ade kata, 'Dia lah y menjadi kan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahi lah di segala penjurunya dan makan lah sebahagian dr rezeki Nya'. jd..... JOM LA BERCUTI²!!, dalam shopping², jgn lupe berenti sejenak n lihat alam y die bg kita jelajahi ni.


4. naik transport esp plane, ce try tgok bawah. leh nampak x kelibat² manusia? kecik nyee.. comellllll. kan? betapa kecil nya kita banding ngan alam ciptaan Nya. kalau ad gempa or even gegaran sedikit pun, penah terfikir x, "kalau lah aku ditelan bumi disaat ini. mampu kah, layak kah aku menemui Nya? masih kah lg nak hidup tak igt dunia? kan kita akan kembali pada Nya akhir nye.
*bimbang*

5. jom tgok burung²
y tgh terbang tu. tranquil je. terbang cna, terbang cni. sayap die ensem tol, kibar sikit je da naik atas ke udara! *wallawehhh..gempak la ciptaan Dia* kalau tuhan tak kate jadi, x kan dapat burung tu terbang. aite?

6. lapa dah? alhamdulillah ade je restaurant y jual food, tak hallal la plak.
'atau siapakah yang memberikan mu rezeki jika Dia menahan rezeki Nya?bahkan mereka terus menerus dlm kesombongan dan menjauhkan diri dr kebenaran' sandwich tuna or salmon kan banyak? xpun cheese :) kan dah kata, Dia tu Maha pengasih, jalan n cari. sure dapat la rezeki ;) jgn lupe pas makan, minum air :) "terang kan lah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberi mu sumber air yang mengalir?" air 2/3 dunia..tapi penah kah ia menjadi kan kita berfikir?

7. jauh kan
Mù Lán ajak reader nak mengenali Nya? xyah voyagepun boleh reader, lihat diri kita sendri, penah x reader dgr lagu open your eyes by Maher Zain? "Look inside yourselves, Such a perfect order, Hiding in yourselves, Running in your veins, What about anger, love and pain, And all the things you're feeling, Can you touch them with your hand?, So are they really there? Lets start questioning ourselves, Isn't this proof enough for us?" lagu ni sangat² best.make us think :) "Dia lah yang menciptakan kamu dan menjadi kan kamu pendengaran, penglihatan dan hati nurani kamu. (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur." betul kan?

*tapi kan
Mù Lán, apa kne mengena ngan extrait Mù Lán ngan captain Shang tu?* dear, its just to show us without penglihatan, dan tubuh badan y Allah kasi ni. Mù Lán xkan aware ngan musuh y mendatang :) aite?

Alhamdulillah..insyaAllah abes la kite melihat dgn hati surah Al-Mulk (67: 1 - 30) kali ni.
Mù Lán tahu je sure reader banyak ag nak cakap pasal surah ni kan? sile² bukak tafsir n kite kongsi same² :)

" katakanlah, ' s
esungguhnya ilmu ( tentang hari kiamat itu) hanya ada pada Allah. dan aku hanyalah seorang pemberi peringatan yang menjelaskan'" (67:26)


Earth, Sky, Day, Night
Sound and silence, Dark and light
One alone is not enough, You need both together..
Winter, Summer, Moon and Sun..
Lesson Number one!
Like a rock, I must be hard.
Like an oak, I must stand firm.
Cut quick like my blade, think fast.
Unafraid!

Like a cloud, I am soft.
Like bamboo, I bend in the wind.
Creeping slow, I'm at peace because I know.
It's okay to be afraid.


yang masih kembara mencari cinta-Nya,



Navigation Bar

Our Gallery!

Visit our gallery by clicking HERE!

Click Here

The Wayfarers

c/o:
We are the wayfarers
We are the travelers
Wondering through
The planet earth
And see how great
The Creator is

We are the wayfarers
We are the travelers
Don’t you ever think
How strange it is
To treat everything
As tough as it’s ours