Novel : Bait Cahaya Tanah Air (III)

19 septembre 2010

BAB III : Aishah Vee




Gadis itu, kulitnya gelap. Lebih gelap dari Jenny atau Rohani atau Puan Jamilah sekalipun. Kalau diamati dari dekat, kalau tersenyum, manis juga. Namun, ramai yang berkata, jangan senyum selalu-selalu. Nanti nampak gigi saja.


Aishah kadang-kadang rasa tersisih. Dia berbangsa India. Tapi dia Muslim. Agamanya Islam. Sama seperti Rohani, Puan Jamilah atau Melayu Islam di sekolahnya. Kalau bersolat di sekolah, mereka sama-sama berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Mengagungkan kebesaran Allah dan memuji-muji Rasul. Tapi tidak ramai pun yang akan bersalam dengannya. Sampai tempat dia berdiri, pelajar ramai yang meninggalkan saf dan membuka telekung. Paling tidak, daripada 20 orang, mungkin satu atau dua orang sahaja yang menyalaminya.


Tindakannya untuk mendaftar di Kelab Sejarah pun mendapat ejekan daripada Aizat, jiran sebelah rumah yang satu sekolah dengannya. Aizat kata, Aishah kaum India. Bagus juga Aishah mendaftar di Kelab Sejarah. Moga-moga dapat belajar asal-usul, nanti, boleh balik negara India.


Aishah terkilan. Tapi disabarkan saja. Kata mahu mencontohi Rasul. Kata mahu mencintai Rasul. Takkan tak mahu belajar bersabar.


"Jennifer, kenapa di sini? Environmentalist Club bukankah di kelas tingkatan 5 Wibawa di atas sana?" Aishah menegur Jenny.


Jenny merenung wajah Aishah. Diakuinya, walaupun Aishah rakan sekelasnya, tapi jarang sekali dia berbual dengan Aishah. Bukan sombong, tapi dia selalu bersama Rohani. Rohani, tidak pula bergaul sama sekali dengan Aishah. Patutlah dipanggilnya Jennifer. Tidak rapat. Tidak kenal.


"Oh, minggu ini, saya join Kelab Sejarah. Hari ini saja." kata Jenny.


"Ustazah Ruhaizah dah tahu?" tiba-tiba seorang pelajar lelaki yang bersongkok tadi bersuara. Tapi wajahnya tidak sikit pun memandang Jenny.


Jenny mengerutkan dahi. Dijawabnya juga, "Sudah."


"Itu abang saya, Umar." kata Aishah separuh berbisik.


"Abang?" tanya Jenny sekali lagi. Macam pernah dilihat Umar beratur dalam kelas 5 Teguh sewaktu perhimpunan.


"Abang kembar." jelas Aishah lagi. Jenny mengangguk-angguk lagi.


"Oklah. Oleh kerana kita ada ahli baru hari ini, kita akan buat sesi Ta'aruf dahulu." Rahim memulakan perjumpaan mereka tanpa berlengah dengan kalimah Bismillah dan selawat salam ke atas Rasulullah.


"Taaruf tu apa?" tanya Jenny sedikit kuat. Soalannya ditujukan kepada semua, tapi nampaknya Kelab Sejarah ini semacam ada peraturan dan protokolnya sendiri.


Jenny memperlahan nada suaranya dan berdehem lembut. "Maaf, boleh saya tahu apa makna taaruf tu?" ulang Jenny.


Rahim senyum ikhlas dan menjelaskan sesi ta'aruf itu ialah sesi Ice Breaking. Lantas, Jenny menerangkan bagaimana dia boleh berada di Kelab Sejarah hari itu. Tapi tujuan besarnya, masih dirahsiakan.


"Jennifer. Eh, Jenny. Ada apa-apa soalan lagi sebelum kita teruskan?" tanya Rahim.


"Ya, ada ada. Berapa orang ahli Kelab Sejarah ini dan saya ingin tahu serba ringkas aktiviti-aktiviti yang dijalankan?"


Rahim terdiam. Jeda sebentar. Rahim memandang Farid. Farid memandang Umar. Umar memandang Aishah dan Aishah membalas pandangan abangnya dengan ketapan bibir.


Jenny kehairanan. Salah soalankah?


Farid yang dari tadi tidak bersuara tiba-tiba bangun. Dia memandang Rahim dan memohon kebenaran untuk menjawab soalan Jenny. Jenny kaget. Tapi cepat kekaguman melihat ketertiban ahli-ahli Kelab Sejarah ini. Saling menghormati.


"Ahli Kelab Sejarah cuma empat orang. Semuanya sedang berada di sini," Farid menghela nafas panjang dan melepaskannya. Ada nada kekecewaan di sebalik itu. Jenny ternganga kecil. Empat orang? Sahaja?


"Soalan seterusnya tentang aktiviti. Untuk pengetahuan Jenny, kami sebenarnya banyak berdiskusi. Berbincang. Mencari solusi dan menyediakan rangka tindakan." Kata Farid.


"Menyediakan rangka tindakan sahajalah. Kita tidak cukup tenaga untuk melaksanakannya." Umar menyampuk. Kemudian dia memandang kepada Farid agar meneruskan percakapannya.


"Apa yang dibincangkan? Isu apa?" tanya Jenny. Jenny menekup mulutnya kerana memotong giliran Farid. "Maaf." kata Jenny. Rahim menggeleng kepala sedikit mengatakan tidak mengapa.


"Tentu saja tentang Sejarah. Kami sudah menyusun topik-topik yang akan dibincangkan untuk setiap perjumpaan untuk satu tahun ini. Akan ada buku sejarah yang dipinjam. Kami akan mengkaji buku ini dan mengambil permasalahan yang melanda dan cuba mengupas sebab musabab dan bagaimana mengatasi." kata Farid panjang lebar. Suaranya kejap-kejap dikeraskan. Ini tekniknya untuk mengelak pendengar mengantuk.


Jenny bertambah kagum. Terlalu intelektual untuk tahap pelajar sekolah menengah seperti mereka. Tapi fenomena begini sudah terlalu biasa untuk Jenny ketika dia berada di Loughborough, UK dahulu. Rakyat di sana memang sering berfalsafah dan berdebat. Jenny tersenyum. Objektifnya macam akan tercapai kalau dia terus bersama mereka berempat ini.


Jenny mengangkat tangan mahu bertanya lebih lanjut.


"Kamu mengkaji Sejarah apa? Sejarah Dunia? Nusantara Melayu?"


Farid tersenyum. Dia memandang Aishah. Memberi peluang Aishah bercakap. Umar berdehem kuat. Tidak selesa, kembarnya dipandang-pandang.


"Semua sekali, Jenny. Kalau mengikut sillibus yang kami susun sendiri, kami selang-selikan setiap perjumpaan dengan Sejarah Eropah, Sejarah Melayu, Sejarah Dunia dan Sejarah Islam. Tidak lupa tentang Isu Semasa. Tapi.." Aishah terhenti. Aishah memandang Umar. Umar menangguk tanda membenarkan.


"Tapi, entah mengapa, setiap kali kami berbincang, pokok pangkalnya, perbincangan kami seringkali akan berkait dengan Sejarah Islam. Harap Jenny tidak kisah dan tidak anggap ini keterlaluan, jika saya katakan, sebenarnya, setakat ini, kami mengesan semua sejarah yang dikaji, pasti ada sangkut-paut dengan Sejarah Islam." kata Aishah.


Kali ini Jenny ternganga besar. Inilah tempatnya, inilah orang-orangnya yang dicari-cari Jenny selama ini! Perfect!



bersambung....

0 commentaires:

Navigation Bar

Our Gallery!

Visit our gallery by clicking HERE!

Click Here

The Wayfarers

c/o:
We are the wayfarers
We are the travelers
Wondering through
The planet earth
And see how great
The Creator is

We are the wayfarers
We are the travelers
Don’t you ever think
How strange it is
To treat everything
As tough as it’s ours