Novel : Bait Cahaya Tanah Air (I)

8 septembre 2010

BAB I : Pencarian



"Rohani." Jenny memanggil.


Rohani menoleh ke arah rakan sekelasnya. Jenny, rambutnya keperang-perangan bukan diwarna tetapi memang semulajadi. Gadis itu kacukan India Malaysia dari mamanya dan papanya berketurunan orang Inggeris Britain.


Cantik. Menawan.


Menjadi kegilaan di sekolah Sri Cempaka. Namanya menjadi siulan lelaki tidak kira Melayu, Cina, India atau apa-apa. Asalkan namanya lelaki.


Jennifer. Jenny.


"Kau tenung aku kenapa?" tanya Jenny. Rohani tersentak dari lamunan. Nasib baik Rohani perempuan. Tidak pula dia menyukai kaum sejenis, seperti kaumnya Lut.


Rohani membetul-betulkan tudungnya. Rambutnya yang sesat terkeluar di celah-celah tudung sekolah cepat-cepat diselit. Itulah akibatnya kalau sudah terbiasa tidak memakai anak tudung.


Rohani menggeleng-gelengkan kepala dan menguntum senyuman.


"Ada apa kau panggil aku?" tanya Rohani.


"Aku tanya jangan marah." Jenny memberi amaran sambil mengenyit mata.


Kenyitan matanya dilihat sekumpulan pelajar lelaki di hadapan. Bergema Lorong Budiman itu dengan siulan nakal.


Rohani diburu cemburu kecil. Wajah Jenny, kacukan India Inggeris, memang terlalu sempurna untuknya. Ada juga kadang-kadang Rohani cuba mewarnakan rambutnya dan menyapu bedak tebal berinci semata-mata mahu kelihatan seperti Jenny.


"Tengok soalanlah." Rohani menjawab ringkas.


"Tadi," Jenny menelan air liur, "kau dapat C ya untuk Sejarah."


Rohani mendiamkan diri. Malu untuk mengaku. Tapi Rohani tidak ada niat pula untuk menipu.


"Kalau tak nak jawab, takpe." Jenny menyambung.


"Hai.. ni lah masalahnya kalau orang kacukan macam kau ni fasih sangat berbahasa Melayu. Macam-macam soalan yang kau tanya." Rohani membalas. "Ha'ah. Aku dapat C. Ala, Sejarah kot. Bosan ar subjek tu. Tak penting."


Jenny menggaru kepalanya yang tidak gatal. Seingatnya, sudah berapa ramai rakan sekelasnya yang ditanya, rata-rata mempunyai jawapan yang agak sama dengan Rohani.


Sejarah itu bosan. Tak penting. Mengantuk.


"Tak penting ke sejarah?" Jenny cuba-cuba untuk menduga lagi.


"Mana penting! Tapi kalau kau nak jadi cikgu Sejarah esok, hah, tu pentinglah. Kakak aku berjaya jugak jadi doktor. Sejarah SPM tak dapat A pun." jelas Rohani. Ada unsur bangga sedikit.


Jenny mendiamkan diri. Pencariannya sekali lagi gagal. Rohani bukan orang yang dicarinya. Ah, kepada siapa lagi untuk dia hamburkan segala soalan dan pandangan yang tersimpan di benaknya sekian lama ini?


bersambung....

0 commentaires:

Navigation Bar

Our Gallery!

Visit our gallery by clicking HERE!

Click Here

The Wayfarers

c/o:
We are the wayfarers
We are the travelers
Wondering through
The planet earth
And see how great
The Creator is

We are the wayfarers
We are the travelers
Don’t you ever think
How strange it is
To treat everything
As tough as it’s ours