Novel : Bait Cahaya Tanah Air (III)

19 septembre 2010

BAB III : Aishah Vee




Gadis itu, kulitnya gelap. Lebih gelap dari Jenny atau Rohani atau Puan Jamilah sekalipun. Kalau diamati dari dekat, kalau tersenyum, manis juga. Namun, ramai yang berkata, jangan senyum selalu-selalu. Nanti nampak gigi saja.


Aishah kadang-kadang rasa tersisih. Dia berbangsa India. Tapi dia Muslim. Agamanya Islam. Sama seperti Rohani, Puan Jamilah atau Melayu Islam di sekolahnya. Kalau bersolat di sekolah, mereka sama-sama berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Mengagungkan kebesaran Allah dan memuji-muji Rasul. Tapi tidak ramai pun yang akan bersalam dengannya. Sampai tempat dia berdiri, pelajar ramai yang meninggalkan saf dan membuka telekung. Paling tidak, daripada 20 orang, mungkin satu atau dua orang sahaja yang menyalaminya.


Tindakannya untuk mendaftar di Kelab Sejarah pun mendapat ejekan daripada Aizat, jiran sebelah rumah yang satu sekolah dengannya. Aizat kata, Aishah kaum India. Bagus juga Aishah mendaftar di Kelab Sejarah. Moga-moga dapat belajar asal-usul, nanti, boleh balik negara India.


Aishah terkilan. Tapi disabarkan saja. Kata mahu mencontohi Rasul. Kata mahu mencintai Rasul. Takkan tak mahu belajar bersabar.


"Jennifer, kenapa di sini? Environmentalist Club bukankah di kelas tingkatan 5 Wibawa di atas sana?" Aishah menegur Jenny.


Jenny merenung wajah Aishah. Diakuinya, walaupun Aishah rakan sekelasnya, tapi jarang sekali dia berbual dengan Aishah. Bukan sombong, tapi dia selalu bersama Rohani. Rohani, tidak pula bergaul sama sekali dengan Aishah. Patutlah dipanggilnya Jennifer. Tidak rapat. Tidak kenal.


"Oh, minggu ini, saya join Kelab Sejarah. Hari ini saja." kata Jenny.


"Ustazah Ruhaizah dah tahu?" tiba-tiba seorang pelajar lelaki yang bersongkok tadi bersuara. Tapi wajahnya tidak sikit pun memandang Jenny.


Jenny mengerutkan dahi. Dijawabnya juga, "Sudah."


"Itu abang saya, Umar." kata Aishah separuh berbisik.


"Abang?" tanya Jenny sekali lagi. Macam pernah dilihat Umar beratur dalam kelas 5 Teguh sewaktu perhimpunan.


"Abang kembar." jelas Aishah lagi. Jenny mengangguk-angguk lagi.


"Oklah. Oleh kerana kita ada ahli baru hari ini, kita akan buat sesi Ta'aruf dahulu." Rahim memulakan perjumpaan mereka tanpa berlengah dengan kalimah Bismillah dan selawat salam ke atas Rasulullah.


"Taaruf tu apa?" tanya Jenny sedikit kuat. Soalannya ditujukan kepada semua, tapi nampaknya Kelab Sejarah ini semacam ada peraturan dan protokolnya sendiri.


Jenny memperlahan nada suaranya dan berdehem lembut. "Maaf, boleh saya tahu apa makna taaruf tu?" ulang Jenny.


Rahim senyum ikhlas dan menjelaskan sesi ta'aruf itu ialah sesi Ice Breaking. Lantas, Jenny menerangkan bagaimana dia boleh berada di Kelab Sejarah hari itu. Tapi tujuan besarnya, masih dirahsiakan.


"Jennifer. Eh, Jenny. Ada apa-apa soalan lagi sebelum kita teruskan?" tanya Rahim.


"Ya, ada ada. Berapa orang ahli Kelab Sejarah ini dan saya ingin tahu serba ringkas aktiviti-aktiviti yang dijalankan?"


Rahim terdiam. Jeda sebentar. Rahim memandang Farid. Farid memandang Umar. Umar memandang Aishah dan Aishah membalas pandangan abangnya dengan ketapan bibir.


Jenny kehairanan. Salah soalankah?


Farid yang dari tadi tidak bersuara tiba-tiba bangun. Dia memandang Rahim dan memohon kebenaran untuk menjawab soalan Jenny. Jenny kaget. Tapi cepat kekaguman melihat ketertiban ahli-ahli Kelab Sejarah ini. Saling menghormati.


"Ahli Kelab Sejarah cuma empat orang. Semuanya sedang berada di sini," Farid menghela nafas panjang dan melepaskannya. Ada nada kekecewaan di sebalik itu. Jenny ternganga kecil. Empat orang? Sahaja?


"Soalan seterusnya tentang aktiviti. Untuk pengetahuan Jenny, kami sebenarnya banyak berdiskusi. Berbincang. Mencari solusi dan menyediakan rangka tindakan." Kata Farid.


"Menyediakan rangka tindakan sahajalah. Kita tidak cukup tenaga untuk melaksanakannya." Umar menyampuk. Kemudian dia memandang kepada Farid agar meneruskan percakapannya.


"Apa yang dibincangkan? Isu apa?" tanya Jenny. Jenny menekup mulutnya kerana memotong giliran Farid. "Maaf." kata Jenny. Rahim menggeleng kepala sedikit mengatakan tidak mengapa.


"Tentu saja tentang Sejarah. Kami sudah menyusun topik-topik yang akan dibincangkan untuk setiap perjumpaan untuk satu tahun ini. Akan ada buku sejarah yang dipinjam. Kami akan mengkaji buku ini dan mengambil permasalahan yang melanda dan cuba mengupas sebab musabab dan bagaimana mengatasi." kata Farid panjang lebar. Suaranya kejap-kejap dikeraskan. Ini tekniknya untuk mengelak pendengar mengantuk.


Jenny bertambah kagum. Terlalu intelektual untuk tahap pelajar sekolah menengah seperti mereka. Tapi fenomena begini sudah terlalu biasa untuk Jenny ketika dia berada di Loughborough, UK dahulu. Rakyat di sana memang sering berfalsafah dan berdebat. Jenny tersenyum. Objektifnya macam akan tercapai kalau dia terus bersama mereka berempat ini.


Jenny mengangkat tangan mahu bertanya lebih lanjut.


"Kamu mengkaji Sejarah apa? Sejarah Dunia? Nusantara Melayu?"


Farid tersenyum. Dia memandang Aishah. Memberi peluang Aishah bercakap. Umar berdehem kuat. Tidak selesa, kembarnya dipandang-pandang.


"Semua sekali, Jenny. Kalau mengikut sillibus yang kami susun sendiri, kami selang-selikan setiap perjumpaan dengan Sejarah Eropah, Sejarah Melayu, Sejarah Dunia dan Sejarah Islam. Tidak lupa tentang Isu Semasa. Tapi.." Aishah terhenti. Aishah memandang Umar. Umar menangguk tanda membenarkan.


"Tapi, entah mengapa, setiap kali kami berbincang, pokok pangkalnya, perbincangan kami seringkali akan berkait dengan Sejarah Islam. Harap Jenny tidak kisah dan tidak anggap ini keterlaluan, jika saya katakan, sebenarnya, setakat ini, kami mengesan semua sejarah yang dikaji, pasti ada sangkut-paut dengan Sejarah Islam." kata Aishah.


Kali ini Jenny ternganga besar. Inilah tempatnya, inilah orang-orangnya yang dicari-cari Jenny selama ini! Perfect!



bersambung....

cerita best wo.

17 septembre 2010

Assalammualaikum wbt.


masih dengan mood raya ke? ada orang kata puasa sebulan, jadi raya pun kenalah sebulan jugak!


ye ke tu? balas dendam dengan Ramadhan ke? (ish ish ish. Ramadhan tu tak jahat, kenapa nak balas dendam ek?)


hehehe. apa-apa pun, lepas isu iklan kontroversi daripada sebuah stesen TV tak lama dulu, Hang Kasturi terbaca sebuah blog daripada kawan Hang Kasturi yang menjaga negara jiran, Brunei.







Hang Kasturi tak habis-habis lagi ye dengan iklan indomie. malu nak mengaku, tapi bergenanglah air mata lepas tengok video ni.


kawan-kawan pula?

nak makan mi segera lah!

15 septembre 2010





Hang Kasturi rasa macam nak makan Indomie sekarang jugak especially lepas tengok adik comel pada minit satu tu menjerit kesyukuran!!


Selamat menjalankan ibadah puasa. errr.. puasa enam, maksud Hang Kasturi!

Novel : Bait Cahaya Tanah Air (II)

13 septembre 2010

BAB II : Kelab Sejarah




Hari ini hari Rabu. Hari ko-kurikulum.


Minggu ini giliran Kelab dan Persatuan. Minggu lepas sudah letih Jenny berkawad Pandu Puteri di tengah-tengah panas terik. Tapi minggu ini lain sedikit. Awal-awal Jenny sudah memohon kebenaran daripada Puan Jamilah, guru penasihat Environmentalist Club, untuk tidak hadir minggu itu. Jenny berterus-terang bahawa dia sudah lama berhasrat untuk menyertai Kelab Sejarah. Tapi memandangkan polisi sekolah hanya membenarkan pelajarnya untuk menyertai satu persatuan sahaja, maka Jenny mengorbankan minat keduanya itu.


"Minggu ini saja, cikgu. Saya nak tengok saja apa yang dibincangkan dalam Kelab Sejarah." Jenny memohon kebenaran.


"Kamu nak lari dari Persatuan ni ke, Jenny?" tanya Puan Jamilah. Berkerut-kerut dahinya.


Jenny ketawa kecil. "Mana boleh saya lari, cikgu. Persatuan ni kan persatuan nombor satu di sekolah. Hari-hari buat aktiviti. Litter picking di kawasan kantinlah, bangunan akademiklah, macam-macam!" kata Jenny ingin mengambil hati.


Puan Jamilah merenung mata mengharap gadis jelita di hadapannya. Kalau bukan kerana dia, Environmentalist Club itu semestinya kosong saja. Siapa-siapa pun tidak akan berminat untuk menyertainya. Remaja mana agaknya yang peka dengan alam semulajadi? Tahun ini, saat Jenny mendaftar menjadi ahli, tiba-tiba saja persatuannya dipenuhi dengan borang pendaftaran dari pelajar-pelajar lelaki.


Puan Jamilah menggeleng-gelengkan kepala. 'Pipi tersorong-sorong budak-budak sekarang. Nasib baik Jenny ni tak melayan.'


"Cikgu geleng kepala tak setujukah, cikgu?" mulut Jenny sudah setengah muncung, tanda protes.


"Eh, maaf. Bukan bukan," jelas Puan Jamilah, "boleh,boleh. Pergilah. Tapi nanti tolong catch-up apa aktiviti yang dibincangkan minggu ini, ok?"


Jenny mengangguk laju dan beredar selepas mengucapkan terima kasih kepada Puan Jamilah.


"Jenny! Jangan lupa minta kebenaran Ustazah Ruhaiza, guru penasihat Kelab Sejarah, ya?" laung Puan Jamilah.


Jenny membentuk 'O' menggunakan ibu jarinya dan jari telunjuknya sementara tiga jarinya yang lain menegak ke atas menandakan 'OK'.


Jam sudah pukul 2.15 petang. Kelibat siapa-siapa pun tidak kelihatan. Jenny menoleh ke kiri dan ke kanan. Betulkah ni? Atau dia tersalah tempat. Jenny bangkit dan bergerak ke muka pintu bilik darjah. Kelas 3 Harmoni. Tempatnya sudah betul kalau diikut rutinnya.


Lewat 15 minit kemudian, barulah kelihatan dua tiga pelajar lelaki bersongkok masuk ke bilik darjah tersebut. Jenny menguntum senyuman. Sekadar beramah-tamah. Malangnya, lelaki tersebut bukan main tunduk kepalanya, macam hendak terjatuh songkoknya. Jenny berpaling apabila melihat senyumannya seperti tidak diendah.


"Eh, Jennifer." tegur satu suara. Jenny mengangkat mukanya.


Siapa pula yang memanggilnya dengan nama penuh begitu?


bersambung...

Eid Mubarak From Us!

10 septembre 2010

Assalammualaikum wbt.



Gambar ihsan dari sini.

Novel : Bait Cahaya Tanah Air (I)

8 septembre 2010

BAB I : Pencarian



"Rohani." Jenny memanggil.


Rohani menoleh ke arah rakan sekelasnya. Jenny, rambutnya keperang-perangan bukan diwarna tetapi memang semulajadi. Gadis itu kacukan India Malaysia dari mamanya dan papanya berketurunan orang Inggeris Britain.


Cantik. Menawan.


Menjadi kegilaan di sekolah Sri Cempaka. Namanya menjadi siulan lelaki tidak kira Melayu, Cina, India atau apa-apa. Asalkan namanya lelaki.


Jennifer. Jenny.


"Kau tenung aku kenapa?" tanya Jenny. Rohani tersentak dari lamunan. Nasib baik Rohani perempuan. Tidak pula dia menyukai kaum sejenis, seperti kaumnya Lut.


Rohani membetul-betulkan tudungnya. Rambutnya yang sesat terkeluar di celah-celah tudung sekolah cepat-cepat diselit. Itulah akibatnya kalau sudah terbiasa tidak memakai anak tudung.


Rohani menggeleng-gelengkan kepala dan menguntum senyuman.


"Ada apa kau panggil aku?" tanya Rohani.


"Aku tanya jangan marah." Jenny memberi amaran sambil mengenyit mata.


Kenyitan matanya dilihat sekumpulan pelajar lelaki di hadapan. Bergema Lorong Budiman itu dengan siulan nakal.


Rohani diburu cemburu kecil. Wajah Jenny, kacukan India Inggeris, memang terlalu sempurna untuknya. Ada juga kadang-kadang Rohani cuba mewarnakan rambutnya dan menyapu bedak tebal berinci semata-mata mahu kelihatan seperti Jenny.


"Tengok soalanlah." Rohani menjawab ringkas.


"Tadi," Jenny menelan air liur, "kau dapat C ya untuk Sejarah."


Rohani mendiamkan diri. Malu untuk mengaku. Tapi Rohani tidak ada niat pula untuk menipu.


"Kalau tak nak jawab, takpe." Jenny menyambung.


"Hai.. ni lah masalahnya kalau orang kacukan macam kau ni fasih sangat berbahasa Melayu. Macam-macam soalan yang kau tanya." Rohani membalas. "Ha'ah. Aku dapat C. Ala, Sejarah kot. Bosan ar subjek tu. Tak penting."


Jenny menggaru kepalanya yang tidak gatal. Seingatnya, sudah berapa ramai rakan sekelasnya yang ditanya, rata-rata mempunyai jawapan yang agak sama dengan Rohani.


Sejarah itu bosan. Tak penting. Mengantuk.


"Tak penting ke sejarah?" Jenny cuba-cuba untuk menduga lagi.


"Mana penting! Tapi kalau kau nak jadi cikgu Sejarah esok, hah, tu pentinglah. Kakak aku berjaya jugak jadi doktor. Sejarah SPM tak dapat A pun." jelas Rohani. Ada unsur bangga sedikit.


Jenny mendiamkan diri. Pencariannya sekali lagi gagal. Rohani bukan orang yang dicarinya. Ah, kepada siapa lagi untuk dia hamburkan segala soalan dan pandangan yang tersimpan di benaknya sekian lama ini?


bersambung....

10 minutes.

6 septembre 2010

Assalammualaikum wbt.


Aik? Entri lepas dah cakap pasal nisbah 10:10:10. Entri ni cakap pasal 10 minit pula. Hurmmm, Hang Kasturi memang suka nombor 10 ni!


Rasanya mesti ada antara kalian yang dah pernah tengok video ni kan? Takpelah, apa salahnya tengok lagi sekali.


Renung-renungkanlah! Apa yang dah kita manfaatkan untuk setiap minit yang berlalu?



10:10:10

4 septembre 2010

Assalammualaikum wbt.



Lamanya tak jumpa dengan semua orang kat sini. Kenapa yek? Hang Kasturi dan Superheroes lain dah tak nak selamatkan orang kee?


Eh.. Ehh! Siapa kata?


Kami semua yakin untuk tinggalkan semua orang kat sini buat sementara sebab orang-orang yang datang ke mari mesti dah cukup kuat untuk jaga diri sendiri kan? kan? Anda semua bukan calang-calang orang pun. Cuma, fitrah manusia, macam Hang Kasturi juga, selalu lupa. Sebab tu, kita kena saling mengingati.


Apalahh yang Hang Kasturi bebelkan ni.. Apa ya nak cakap tadi?


Yaa... Semua orang puasa tak hari ni? Hehe.


Hang Kasturi tak nak lepaskan peluang ni untuk ucapkan pada semua pengunjung dari seluruh dunia, kencang-kencangkan lagi amalan kita towards the end of Ramadhan ni.


Tau tak cerita Ramadhan dan nisbah sepuluh sepuluh sepuluh?


Ramadhan & 10:10:10


10 hari pertama di bulan Ramadhan adalah hari-hari mengecapi RAHMAT Allah.
10 hari seterusnya adalah hari-hari MAGHFIRAH iaitu memohon keampunan Allah.
10 hari terakhir ialah hari-hari untuk memohon BEBAS DARI AZAB NERAKA.


siapa yang tak nak bebas dari azab neraka, cuba bagitahu Hang Kasturi. Hang Kasturi silat dia cukup-cukup.


so, apa lagi? dah tak ada masa lembik-lembik atau moderate-moderate, jom kita PECUT AMALAN kita sekarang!


gambar ihsan dari sini


The Difference

18 août 2010


Salam Ramadhan dear readers,

Sorry its been awhile since we've last updated our blog. Its summer holiday for most of us so all ten of us are scattered in all four corners of our planet. Saving people. Some don't even have the privilege of internet connection. Excuse us for the disorder. Anyway, this time, we'd like to share a poem a lady gave to one of us. She found it while clearing some old stuff. Here it goes. Its called "The Difference"

I got up early one morning
and rushed into the day.
I had so much to accomplish
that I didn't have time to pray.

Problems just tumbled about me,
and heavier came the task.
"Why doesn't God help me?" I wondered
He answered, " You didn't ask."

I wanted to see joy and beauty,
but the day toiled on, gray and bleak.
I wondered why God didn't show me.
He said " But you didn't seek."


I tried to come into God's presence ;
I used all keys at the lock.
God gently and lovingly chided,
"My dear servant, you didn't knock."


I woke up early this morning,
and paused before entering the day ;
I had so much to accomplish that
I had to take a LITTLE time to pray.


So dear readers, fasting is a must..But don't forget your prayers. No matter who we are, where we're standing, how powerful we are....HE would always remain as the utmost Powerful. HE who governs the whole Universe. HE whom without his presence, Nothing would be possible.


Ramadan Reruns

6 août 2010

Assalamoualaykoum brothers and sisters,


Check this out:






With about 3 days left, are you ready ?



Tun Fatimah

Navigation Bar

Our Gallery!

Visit our gallery by clicking HERE!

Click Here

The Wayfarers

c/o:
We are the wayfarers
We are the travelers
Wondering through
The planet earth
And see how great
The Creator is

We are the wayfarers
We are the travelers
Don’t you ever think
How strange it is
To treat everything
As tough as it’s ours