penyakit hati

11 avril 2010

Salam semua!

Pernah tak kadang-kadang rasa hati tak tenang?Kalo nak kata tak solat,dah solat.Ngaji pun dah.Tapi rasa macam ada something lagi yang tak kena.Haa..Blossom nak kongsi apa dia penyakit hati or sifat-sifat mazmummah yang mungkin menjadi salah satu sebab kita menjadi tak tenang.

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan
paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini
jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul
lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa
mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun
secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan
hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu
orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad
dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan
harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya.
Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit
nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana
dunia ini ibarat meminum air laut,walau berapa banyak
yg diminum tetap tak abis jugak lagipun org tamak
selalu rugi..

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak
boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan
seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki
sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun
batin.

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa
tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa
berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia
akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan
mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita
riak..takabbur dgn aper yg kita ada(harta,ilmu amal dll)

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun
menderita kerana bila sudah dapat susah pula
menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal
hati jangan diletakkan pada harta itu.

Kita suma manusia biasa,mana nak lari daripada memiliki sifat-sifat di atas.Memang susah untuk buang,tapi tiada salahnya untuk mencuba=)

4 commentaires:

ummu a dit…

salam tuan rumah
terima kasih atas ingatan ini.
bolehke saya nak copy?

Starfire a dit…

salam qaseh mas, BumbleBee tadek di rumah sekarang ni. die outstation mencari2 org yg dlm kesusahan. Starfire tlg jwbkan untuk die ye (tak pe ye Bumble Bee, hehe)

silela copy n paste. sharing is loving kan ^^

^__^ a dit…

cmne dengki lead to sifat ketuhanan? boleh explain skit

Satrfire a dit…

eh, camne Starfire leh salah ni. ni entry Blossom la. Sori Blossom. hehe.

Navigation Bar

Our Gallery!

Visit our gallery by clicking HERE!

Click Here

The Wayfarers

c/o:
We are the wayfarers
We are the travelers
Wondering through
The planet earth
And see how great
The Creator is

We are the wayfarers
We are the travelers
Don’t you ever think
How strange it is
To treat everything
As tough as it’s ours