Keluang Man masih lagi terkedu dengan berita ini....
17,303 anak luar nikah didaftar 2009
KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Berita penuh/sumber:
http://www.bharian.com.my/articles/17_303anakluarnikahdidaftar2009/Article
Ramai bukan???wah, panas-panas..apa yang dah berlaku kat Malaysia sekarang ini??adakah kita sedar atau tidak??Masalah ini amat SERIUS..yea..Seriusss!!!
Oh, adakah anak-anak ini yang akan mewarisi bumi bertuah kita nanti??Yea, mereka tidak bersalah, ibubapa mereka yang bersalah...Banyak faktor yang boleh menyumbang ke arah permasalahan ini..Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga....
Jadi, di sini nampaklah dimana kelemahan kita sekarang..Mana perginya bukti jika kita mengatakan yang kita umat ISLAM??Islam tak mengajar berbuat zina..malah melarang sekeras-kerasnya adalah...Atau kita hanya islam pada nama???
Seronok hanya sekejap...Nasihat ibu bapa tak mahu dengar, ajaran islam dilupakan, jadi hanyutlah bersama dunia ini...
Janganlah kita hanyut dengan godaan dunia yang makin menghancurkan ini....Gembira di sini tetapi akan menangis di sana...Bila nyawa dah bercerai dengan badan, semua kemewahan di sini sudah tidak berguna lagik..Ingatlah wahai kawanku semua...
Tepuk dada tanya iman!
Saya rindu untuk melihat bilakah islam akan tersebar ke seluruh alam....saya rindu bilakah maksiat dan zina akan berhenti...adakah saya sempat melihatnya???Ya Allah, Jauhkanlah diriku, keluargaku,saudara-maraku,sahabat-sahabatku dan kaum muslimin muslimat semua dari godaan hawa nafsu syaitan...
0 commentaires:
Enregistrer un commentaire