Novel : Bait Cahaya Tanah Air (Akhir)

29 septembre 2010

BAB VI : Kita Generasi Peka Merdeka



"Macam mana awak boleh fasih semacam cakap Bahasa Melayu ya, Jenny?" tanya Aishah. Waktu itu mereka baru sahaja tamat sesi latihan kawad kaki. Jenny dengan Persatuan Pandu Puterinya manakala Aishah dengan Persatuan Puteri Islamnya.


Lama Aishah menanti jawapan daripada mulut Jenny. Fikiran Jenny seolah-olah sedang menerawang, hanya jasadnya yang berada di sebelah Aishah. Aishah memegang bahu Jenny.


"Jenny?" Aishah memanggil lagi.


Jenny tersentak. Dia memohon maaf.


"Apa awak tanya tadi? Maaf, saya tengah fikirkan sesuatu tadi." Terang Jenny.


"Saya tanya, macam mana awak boleh fasih Bahasa Melayu." ulang Aishah sambil tersenyum.


"Oh, sebab kecil-kecil dulu, saya dijaga oleh seorang wanita Melayu. Nama dia Mak Ipah. Selalu jugalah saya bergaul dengan anak-anak dia. Awak tahulah, parents saya sibuk dengan perniagaan mereka. Ayah selalu ulang-alik sini dan UK."


Aishah mengangguk-angguk. 'Patutlah' getus hati Aishah.


"Perasan tak?" kata Jenny kemudian dia memandang Aishah.


"Tak. Apa dia?" tanya Aishah semula.


"Rohani dah dua minggu tak datang sekolah." kata Jenny. Wajahnya sedikit sedih. "Sebab saya lempang dia kat stesen bas hari tu agaknya dia merajuk." Jenny mengeluh.


Benar. Rohani sudah dua minggu tidak datang sekolah.


Dengar khabar, Encik Razak guru Hal Ehwal Murid sekolah itu sudah mengunjungi ke rumah Rohani. Tapi kunjungannya itu nyata gagal untuk memujuk Rohani datang ke sekolah.


"Awak tak dengar khabar angin?" tanya Aishah.


"Khabar angin apa?" Jenny hairan. Tidak ada pula dia dengar apa-apa cerita.


Aishah menggeleng-geleng. Tidak pula dia mahu terlibat menyebarkan khabar angin yang dia sendiri tak pasti akan kesahihannya.


"Tak ada apalah. Apa kata kita pergi rumah dia, nak?" cadang Aishah.


Mata Jenny bersinar. Laju dia mengangguk, bersetuju. "Kita pergi lepas latihan ko-ko kita ni tamat, ok?"


"Tak bolehlah petang ni. Saya kena tolong ibu saya memasak untuk berbuka nanti." kata Aishah.


Jenny menggaru-garu kepalanya. Lupa pula mereka sekarang di dalam bulan Ramadhan.


"Kita pergi esok nak? Esok kan cuti, 31hb Ogos?" cadang Aishah.


"No problem. Saya datang rumah awak, kita pergi sama-sama. Ok?"


Aishah mengangguk.


* * *


Rohani menunduk sambil kakinya menguis-nguis tanah. Malu untuk menghadapi Jenny. Lagi-lagi Aishah. Aishah yang sering dicaci depan-depan itu. Sudi pula gadis india muslim itu menjejak kaki ke rumahnya. Semata-mata mahu melawatnya. Ah, malu aku, malu!


"Kau marah dengan aku, Rohani? Itu sebab kau tak datang sekolah, ya?" Jenny mengulang soalannya untuk kali ketiga. Dari tadi, Rohani hanya diam. Sepatah pun tidak dijawab.


Rohani membatu. Bagaimana dia hendak menerangkan keadaan sebenarnya sedangkan realitinya begitu mengaibkan dirinya.


Jenny memandang Aishah. Seakan berputus asa apabila dilihat Rohani seperti enggan bercakap.


Aishah berdiri dan mendekati Rohani. Tangannya memeluk bahu Rohani.


"Rohani.. walau apa pun dosa yang kau dah buat, Tuhan sentiasa bukakan pintu taubat-Nya."


Kaki Rohani terhenti daripada menguis. Diangkat sedikit kepalanya dan menoleh kepada Aishah.


"Kau.. Kau.. Kau tau apa yang jadi pada aku?" Mata Rohani bergenang. Entah apa perasaannya ketika itu.


Aishah hanya meneka. Semata-mata mahu Rohani bercakap. Paling penting, mendapatkan kesahihan. Aishah hanya melemparkan senyuman. Dieratkan lagi pelukannya.


"Aku malu! Aku malu!" Rohani sudah mula teresak.


Jenny masih bingung. "Apa yang kau malukan?" tanya Jenny.


"Mana aku nak letak muka aku? Mana aku nak sorokkan bila dah memboyot nanti?" Rohani membentak.


Aishah diam.


"Apa ni? Kenapa kau nak menyorok pula? Aku tak faham. Aishah, Rohani? Care to explain?"


Tangisan Rohani sudah menjadi-jadi. Kali ini, Rohani seperti dirasuk. Sampai menarik-narik rambutnya sendiri. Sekejap-sekejap mulutnya memaki hamun diri sendiri. Sekejap-sekejap nama Shahrul pula dikeji. Kemudian Rohani ketawa bersendirian. Tangannya tiba-tiba menadah doa, memohon ampun dari Allah pula.


Aishah berulangkali mengajak Rohani untuk beristighfar. Mengusap-usap belakang Rohani. Lantas, dia memanggil abang Rohani untuk membawa Rohani masuk ke rumah.


Jenny menarik tangan Aishah, "Apa ni? Awak tahu sesuatu tapi tak nak bagitau saya."


Aishah menarik nafas dalam-dalam, "Rohani.. Dia.. Dia mengandung. Mengandung anak Shahrul."


Jenny ternganga.


Sekonyong-konyong, dua orang anak muda Kampung Tanjung yang bermotosikal melintasi mereka. Anak muda yang duduk di belakang mengibar-ngibar Jalur Gemilang diiringi sorakan rakannya yang menunggang motosikal itu.


"Merdeka woi! Hari ini merdeka!"




TAMAT.



Hakcipta terpelihara. Jika cerita ini menyinggung perasaan mana-mana pihak, penulis memohon seribu kemaafan.


10 commentaires:

clover leaf a dit…

saya suka novel hang kasturi ni.. byk pengajaran.. kreatif...

Hang Kasturi a dit…

wahh cepatnya clover leaf tinggalkan komen. terima kasih kerana membaca. :)

...teratai biru... a dit…

saya suka novel ini. alhamdulillah.. jzkk...

moga istiqomah.

salam ziarah.

...teratai biru... a dit…

bismillah... oppss... lupa pula.. jujurnya, sy suka baca novel ini dan ternanti-nanti juga kesinambungannya dari bab ke bab.

tapi kan... rasa macam tak berapa nak seronok bila saya tak tahu apa kesudahan kepada pencarian jenny yg masuk ke kelab sejarah itu...

sekadar pandangan...

anyway, good job.

syukran.

Hang Kasturi a dit…

wahhh! terima kasih teratai biru atas pandangan teratai biru!

terharu!

Hang Kasturi mengaku, part kenapa Jenny masuk ke Kelab Sejarah, diceritakan secara sangat kabur.

novel ini dah lama siap, cuma baru menonjolkan diri buat pertama kali di blog ni.

maksudnya, Hang Kasturi dah perasan, Hang Kasturi tak tekankan part tu dan Hang Kasturi macam tergesa-gesa nak habiskan cerita ni. lepas tu, ada terfikir nak rombak balik cerita.


bersambung..

Hang Kasturi a dit…

tapi akhirnya, Hang Kasturi biarkan saja sbb macam lari sikit originaliti menulis. plot cerita.

tapi sebenarnya, jawapan kepada pencarian Jenny ada dalam bab V : Ego.

"Pandangan saya inilah yang membawa saya selama ini mencari orang-orang seperti kamu untuk saya nyatakannya dan mendapat pendapat kamu pula. Tidak betulkah apa pandangan saya ini? Nabi kamu yang namanya Muhammad itu adalah seorang ego. Dan tidak hairan umat Islam yang majoritinya berbangsa Arab dan Melayu di negara ini mencontohinya. Ego. Tidak mahu ditolong. Akhirnya, lihat! Umat Islam ialah umat yang paling miskin di dunia. Tidakkah begitu?" Jenny menyambung lagi.

Jenny sudah lama memendam perasaan dan pendapatnya.Jenny dilahirkan di UK tetapi dibesarkan di Malaysia.

dia sudah terlalu banyak melihat orang islam di eropah dan di malaysia. dan jenny melihat secara dekat penderitaan kelompok islam sepanjang hidupnya. mak ipah contohnya yang hanya jadi orang gaji. lagi-lagi Jenny ialah seorang gadis yang cergas dan suka kepada perbincangan.

sayangnya, remaja melayu islam di malaysia tidak begitu passionate pada hal-hal mcm ni.

jadi Jenny sudah terlalu lama nak berhadapan dan berhujah dengan orang islam. itulah yang mendorongnya untuk sentiasa mencari dan akhirnya bertemu dengan Kelab Sejarah.

tapi elemen dan penjelasan ni, Hang Kasturi tak masukkan dalam cerita sebab dah terlambat. novel dah siap. jadi dah tak boleh ubah. lainlah kalau Hang Kasturi sedar ketika menulis.

Hang Kasturi memang sengaja ngada-ngada tetapkan prinsip untuk diri sendiri. =p

opss terpanjang pulak. heh, nantikan entri Hang Kasturi yang seterusnya mengulas mesej yang ingin disampaikan Hang Kasturi dalam cite ni!

Yu_aY a dit…

salam wbt..

dr hari tu simpan je novel² tulisan hang kasturi ni.. simpan smpi semua dah siap dipublish br bace..

dan Alhamdulillah, pagi ni diberi sedikit kesempatan utk membaca.. subhanallah, berjaya menjadi pencuci mata di pagi hari =)

subhanallah, penulisan yg cantik juga.. keep it up sis! teruskan menulis utk agama dan bangsa, insyaAllah..

5 bintang utk novel ni.. kalau jenny dpt masuk Islam mesti best! =)

okey, teruskan menulis!!

salam syg

Yu_aY a dit…

salam wbt..

hehe, sbnrnye mmg kumpul² je entry² hang kasturi dulu.. smpi dah hbis publish semua br baca.. dan alhamdulillah hr ni diberi sedikit kelapangan utk menghabis kn novel ni..

dan subhanallah, berjaya menjadi pencuci mata di pagi hari.. best n mmg ada bakat menulis..

hehe, x mo puji byk².. nnt ada org tu x tdo mlm.. tp keep it up sis! iAllah akan setia membaca!!

teruskan menulis utk agama dan bangsa insyaAllah =)

salam syg

Anonyme a dit…

Salam kepada kekanda hang kasturi. Suka sangatlah hati hamba membaca karya tuan hamba ini.Karyanya berilmu,gaya bahasa juga 'nampak' melayunya.

Cuma ada satu perkara yang hamba kira tuan terlepas pandang, yaitu penggunakan bahasa inggeris. Misalnya perkataan Environmentalist Club boleh diganti dengan Kelab Alam Sekitar, first of all dengan pertama sekali, tension dengan tertekan etc.

Bukan apa, gaya bahasa yang tuan gunakan agak sastera bunyinya. Maka, menggunakan bahasa inggeris (yang kita boleh ganti dengan bahasa melayu) di tengah2 keindahan bahasa melayu agak mencacatkan pembacaan. Lainlah kalau gaya menulis tuan seperti hlovate ;)

Ehh tetiba terbagi komen penulisan pulak..xpe kan?hehe

“Orang hebat menulis masalah berat dengan bahasa sederhana. Orang yang ingin disebut hebat menulis masalah sederhana dengan bahasa yang berat.”Fauzil Adhim

Semoga kekanda Hang Kasturi terus menulis karya2 yang berat :)

Sekian, hamba Nyemah Mulya mengundur diri.

jkingbara a dit…

Sedap jln cite...wuyoo..I love the part where the people in club are discussing about Rasulullah's personality through various perspective..Kn2..kite lihat personaliti RAsullah dalam asuhan Islam, tp org yg tidak menerima asuhan Islam bagaimana? Bagaimana mahu menaikkan nama Rasulullah di mata non-believers..

Navigation Bar

Our Gallery!

Visit our gallery by clicking HERE!

Click Here

The Wayfarers

c/o:
We are the wayfarers
We are the travelers
Wondering through
The planet earth
And see how great
The Creator is

We are the wayfarers
We are the travelers
Don’t you ever think
How strange it is
To treat everything
As tough as it’s ours