Kita mahu dicintai tapi kita sendiri tidak menyintai, adilkah begitu?
Dulu, kita meminta berjaya dengan cemerlang, lalu Allah memberi kita kejayaan gemilang, tapi kita membalas dengan bermalas² daripada mengerjakan sembahyang. Lebih buruk lagi, ada sesetengah orang sembahyang pun, sudah mula "curi² tulang". Solat yang wajib pun jarang², solat sunat apa nak dikenang.
Sungguh, kita tidak sayangkan Allah!
Suatu ketika, kita meminta diberi rezeki. Siang dan malam kita merintih. Lalu Allah memberi, tapi kita lupa membalas budi. Rezeki yang melimpah ruah, semakin menjauhkan kita daripada bersifat pemurah. banyak berkira untuk bersedekah. Inikan pula untuk beramal jariah.
Sungguh, kita tidak endah suruhan Allah!
- Majalah Solusi, isu no.21
0 commentaires:
Enregistrer un commentaire