Muslimah pertama yang menewaskan musyrik dengan tangannya

22 juin 2010

Assalamualaikum warahmatullah wa barakatuh
to
Konnichiwa


Setelah lama watashi menyepi, watashi bawakan satu kisah yang penuh bermakna...

Kisah ini berlaku ketika perang Khandaq, sebuah kisah perang yang dijalin halus dengan tipu daya yang cerdik dan berani.


Apabila Rasulullah Sallahu ‘alaihi wassalam pergi berperang, biasanya baginda menempatkan para wanita dan kanak-kanak di dalam sebuah kubu pertahanan, untuk menjaga dari pengkhianatan para pengkhianat baik berupa fitnah dan sebagainya. Maka tatkala terjadinya perang Khandaq, baginda menempatkan para muslimah; isteri-isteri nabi, anak-anak, dan beberapa orang isteri para sahabat, di sebuah kubu Hasan bin Tsabit yang diwarisinya dari nenek moyangnya. Kubu itu sangat kukuh dan kuat, sukar ditembusi musuh.


Ketika kaum Muslimin sedang bersiap siaga di sekitar Khandaq untuk menghadapi segala kemungkinan serangan dari kaum Quraisy dan sekutu-sekutunya, kaum Yahudi bani Quraizhah mendatangi kubu tempat para muslimah untuk mencetuskan kekacauan dan kemudian melemahkan pertahanan dan kesiagaan para tentera Muslimin. Kubu itu memang tidak dikawal kerana seluruh kekuatan pasukan tentera dikerahkan ke Khandaq untuk menghadapi musuh yang sangat banyak.


Pada mulanya, S melihat sesusuk bayangan bergerak-gerak di keremangan fajar. S yang cerdas dan teliti menajamkan pendengaran dan penglihatannya ke arah gerakan tersebut. Pada pengamatannya, itu adalah seorang Yahudi yang sedang menuju ke arah kubu. Setelah agak hampir, pengintip itu menghendap-hendap bagaikan maling kesiangan. Kemudian, dikelilinginya kubu itu dengan hati-hati, memeriksa keadaan, melihat-lihat kalau ada pengawal sambil menyelidik siapa yang berada di dalam dan bilangan jumlahnya. S segera mengetahui bahawa orang itu adal pengintip yang berusaha untuk mengetahui sama ada wujud kekuatan yang mempertahankan kubu, atau di kubu itu hanya tinggal para wanita dan kanak-kanak sahaja.


S berfikir pantas dengan mindanya yang tajam, sambil berkata dalam hati; “Kaum Yahudi bani Quraizhah melanggar perjanjian dengan Rasulullah iaitu tidak akan menyerang atau melakukan tindakan pengkhianatan. Kini mereka terang-terangan membantu kaum Quraisydan sekutu-sekutunya dalam memusuhi kaum Muslimin. Saat ini, tiada seorang pun tentera muslimin yang menjaga kami. Rasulullah dan seluruh tentera muslimin sedang bersiap saga menghadapi musuh. Seandainya musuh Allah yang satu ini berhasil melaporkan kepada kaumya tentang keadaan kami sekarang, pasti orang Yahudi akan menawan kami para wanita dan memperhambakan anak-anak kami. Maka kiamatlah kaum muslimin!”


Dengan suara hati ini, S segera mengenakan baju perangnya. Disandangkan sebatang tongkat ke bahunya lalu dia turun ke pintu utama. Direnggangkan pintu itu perlahan-lahan. Kemudian, dari celah pintu itu, dia mengintip musuh Allah tersebut penuh teliti. Ketika.......to be continued.





2 commentaires:

Anonyme a dit…

aaa sambung!

Yu_aY a dit…

salam..

sambung juga!!

Navigation Bar

Our Gallery!

Visit our gallery by clicking HERE!

Click Here

The Wayfarers

c/o:
We are the wayfarers
We are the travelers
Wondering through
The planet earth
And see how great
The Creator is

We are the wayfarers
We are the travelers
Don’t you ever think
How strange it is
To treat everything
As tough as it’s ours