terlambat ke?

3 mars 2010

bismillahirrahmanirrahim...

cuba tengok kalendar hari ni berapa haribukan eh haribulan? :p
...
...
1st march 2010??

oh betul betul.. kalau kalendar islam?
...........
...........
"err lupa laa"

hein?? lupa? hehe takpe. hari ni 15 rabiulawal 1431H(malam ni make sure tengok langit tau.insyaallah bulan penuh.. cantik!!)

apa yang terjadi eh 3 hari lepas? maknanya 12 rabiulawal. macam familiar kan?
yep benar itu tuan puan adik kakak :D

MAULIDURRASUL!

hari kelahiran nabi tercinta kita. harap² entry ni valid lagi la kan walau dah terlambat 3 hari pun sebabnya cinta kita pada rasulullah bukan hanya pada 12 rabiulawal setiap tahun tapi selama²nya insyaallah..

cinta pada rasul?

"ye ke aku cinta pada rasulullah SAW?"

"aku tak pernah tahu pun rasulullah tu camne sebab aku tak pernah bersua muka dgn baginda. perangai lagi la aku tak tahu. macam mane la orang boleh cakap yg dia cinta pada rasul? pelik betul cinta kat org yg tak pernah jumpa!"

“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.

“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.

“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.


Kalau begitu Rasulullah pelik juga la kan? Tapi itulah hakikatnya. Hatta ketika hembusan nafasnya yang terakhir pun kalimah ummati masih bertamu di bibirnya kerana risau akan masa depan umatnya. Memang patut pun baginda risau kerana lihatlah umat sekarang. Masihkah membawa risalah baginda? Ye ada sekelumit yang masih meneruskan perjuangan baginda tapi masih ramai yang terkandas tak tahu hala tuju hidup mereka.

Cinta Rasulullah berlandaskan keimanan. Cinta pada umatnya yang tak pernah dilihat tapi beriman. Kita tergolongkah?

Tips nak tambahkan kecintaan kepada rasul :

Di India dan Pakistan, umat Islam bangkit marah tentang isu karikatur Nabi Muhammad SAW.



Kenapa? kerana bedtime story untuk anak² kecil mereka di sana adalah kisah Rasulullah SAW, bukan kisah arnab dan kura-kura. Sejak kecil sudah ditanamkan kecintaan itu. Maka kita perlu lakukan yang sama. Baca dan pelajari sirah Baginda. Nanti lama² kita akan kenal Rasul kita. Insyaallah cinta itu datang dengan sendirinya. Tak kenal maka tak cinta kan? :)

sumber inspirasi : klik

4 commentaires:

Anonyme a dit…

professor X,

12 rabiulawal bkn je ari kelahiran nabi tercinta tapi hari kewafatan nabi gak.

Anonyme a dit…

salam professor X,

Untuk cakap cintakan Rasulullah tu macam mudah and ramai yg iyekan. Tapi ironinya disebalik kata cinta tu, ramai juga yg tak mengamalkan sunnah Muhammad SAW dalam kehidupan seharian: dari bgn tidur-mandi-makan-pi sekolah...bukankah Islam itu menyeluruh? Yang lagi menyedihkan, time Maulud Nabi baru ramai2 nk berselawat. Hari lain? Ucapkah kita SAW setiap kali nama cinta kita disebut?

Wallahualam.

tuna kimchi a dit…

Menyentuh hati..

Prof X a dit…

anonyme² : yep betul². nabi lahir dan wafat pada tarikh yg sama. bila kita amalkan sunnah Rasul SAW pun dah tunjukkan yg kita cinta pada baginda. Tapi lagi syok dan lagi feel kalau sambil kita lakukan sunnah tu sambil kita teringat betapa cintanya baginda pada kita. ala² mandi basah dan bersih, makan tak kenyang (kena berhenti makan sebelum kenyang), tidur lena tapi tak berlebihan.

tuna kimchi : yea! kadangkala menitis air mata teringat pengorbanan baginda pada kita

Navigation Bar

Our Gallery!

Visit our gallery by clicking HERE!

Click Here

The Wayfarers

c/o:
We are the wayfarers
We are the travelers
Wondering through
The planet earth
And see how great
The Creator is

We are the wayfarers
We are the travelers
Don’t you ever think
How strange it is
To treat everything
As tough as it’s ours