Salam..
Cuba cek tubuh badan kita.Allah telah berikan kita sepasang mata untuk melihat,telinga untuk mendengar,mulut untuk berkata-kata,dua kaki dan dua tangan untuk kita bergerak.
Adakah anda mengira bahawa,berjalan dengan dua kaki itu adalah sesuatu yang biasa padahal masih banyak lagi manusia yang tidak mempunyai kaki?Apakah anda merasai nikmatnya tidur sementara ramai lagi yang tidak dapat melelapkan mata kerana penyakit yang ditanggungnya?Apakah anda merasa bersyukur apabila anda masih dapat menjamu makanan yang sedap dan lazat sementara di luar sana masih ramai lagi manusia yang kebuluran?
Betapa besarnya fungsi pendengaran itu yang mana Allah telah menjauhkan kita daripada ketulian dan akal yang telah menghindarkan kita daripada kegilaan.Apakah kita bersedia untuk menggantikan mata kita dengan emas sebesar gunung Everest?Mahukah anda menjual pendengaran anda dengan sebukit perak?Apakah anda ingin membeli istana-istana dengan harga lidah anda,sedangkan anda bisu?Apakah anda mahu menukar kedua tangan anda dengan butiran-butiran permata dan berlian,sedangkan anda kudung?
Sudah tentu tidak!Sebenarnya,kita telah pun merasai nikmat yang tidak terhitung dengan kesempurnaan tubuh badan,tapi sayang,kita jarang sekali menyedarinya.Kita selalu memikirkan sesuatu yang telah hilang,sampaikan kita lupa hendak mensyukuri apa yang ada di hadapan kita.Contohnya,kita merasa sedih kerana result exam yang teruk,padahal kita masih lagi memiliki banyak lagi nikmat yang lain.Mari kita mengenang semua nikmat yang telah Allah berikan kepada kita:keluarga,tempat tinggal,kesihatan dan dunia sekeliling kita.Oleh itu,janganlah termasuk pada orang yang tidak pandai bersyukur.
Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah.Apakah kalian tidak memerhatikannya?[51:21]
Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah,tetapi mereka mengingkarinyaa[16:83]
Mari sama-sama kita bersyukur=)
Rujukan:Buku La Tahzan,Jangan Bersedih.
Mari kita bersyukur!
15 mars 2010
Publié par
Super Heroes 10
à
00:01
Envoyer par e-mailBlogThis!Partager sur XPartager sur FacebookPartager sur Pinterest
Libellés :
Blossom
Inscription à :
Publier les commentaires (Atom)
1 commentaires:
:) thnk you. i feel much better after reading this.
Enregistrer un commentaire