Uhuk uhuk !! Lame sungguh Bee tak menulis di sini. Rindu tak rindu tak ? hehehehe. insyaAllah Bee ade satu kisah yang nak Bee kongsikan dengan kawan2 semua, sebab agak menarik kisah ni, Bee bace dari sebuah blog, teramat2 terima kasih kepada si empunya entry ni, semoga sentiase di bawah rahmat-Nya. Ini kisah berkaitan nafsu. Jom jom kite bace dulu kisah tu same2.
Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke 13 Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan akal, maka Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah s.w.t., kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."
Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah s.w.t. menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah s.w.t. menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah s.w.t. menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah makaAllah s.w.t. mewajibkan puasa.
Haa. Ape reaksi kawan2 bile bace kisah ni? Bee terlopong tau bile first time bace. Baru Bee tahu kenapa nafsu ni degil. Rupa2nya memang dari azali lagi die sebegitu. Sampaikan Allah pon marah dengan nafsu.Kite pulak seronok2 je turutkan kehendak2 nafsu kite.
"Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya
dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikitpun." (al-Qashash: 50)
wallahualam.
“it’s not easy to be perfect, but at least, we can make our effort to be one.”
3 commentaires:
terlopong juge
ok! boikot nafsu yg berlebihan!
hehe
beraninye nafsu dgn Tuhan. sgt signifikan.
kitab Ustman bin Hasan tu ape ek namenye? boleh dpt kt mane² ke?
anonyme: jom boikot nafsu berlebihan! >.<!
tik tok: sgt berani, kurang adab dengan yang mencipta die sendiri.isk3.nauzubillah. tak sure la kitab tu name ape. afwan ye tak dpt mmbantu.
Enregistrer un commentaire