Do it

26 janvier 2010

Alkisah bermula bila pada suatu hari yang tenang, angin sepoi-sepoi bahasa bertiup, di bawah sepohon pokok mangga yang sedang ranum berbuah. Ditakdirkan Allah, duit RM50 bertemu dengan duit RM1.

Ayuh kita ikuti perbualan mereka...

RM1: Salam RM50, lama tak nampak, apa khabar?
RM50: Salam, a'ah lama jugak lah kita berdua tak jumpa yea. Alhamdulillah, sihat sejahtera.
RM1: Lama hilang, mana pergi?
RM50: Ooo, jauh saya merantau. Biasalah, pergi Genting Highlands, Times Square, Starbucks, MidValley dan macam-macam lagi lah tempat menarik. Kamu kemana pula?
RM1: Biasalah, balik-balik ke masjid, tak ke masjid, ke surau..

----------------------------------------

Okies para pembaca sekalian, dapatkan anda dengan maksud tersirat dari perbualan duit RM50 dengan RM1 tadi??

Saya tidak mahu hurai panjang, hanya mahu tinggalkan para pembaca semua dengan satu soalan.

Mengapa sukar untuk kita menderma di jalan Allah atau kepada pihak yang kurang berupaya tetapi begitu senang kita membelanjakan duit tersebut hanya untuk memenuhi tuntutan nafsu kita?

Mengapa perlu berfikir 100X untuk menderma tetapi anda tidak berfikir panjang pun untuk membeli sepasang tas tangan Chanel atau LV, sepasang kasut Jimmy Choo, sepasang cermin mata RayBan, seutas rantai Tiffany dan sepasang baju Gucci?

Adakah ini tandanya kita bersyukur di atas pemberian Yang Maha Esa?

Renung-renungkan dan selamat beramal

Navigation Bar

Our Gallery!

Visit our gallery by clicking HERE!

Click Here

The Wayfarers

c/o:
We are the wayfarers
We are the travelers
Wondering through
The planet earth
And see how great
The Creator is

We are the wayfarers
We are the travelers
Don’t you ever think
How strange it is
To treat everything
As tough as it’s ours