MATI???
Bismillahirrahmanirrahim...
Salam Alaykum & Konbanwa!
Genki desuka, mina~sama?"Dah ingat MATI hari ni?"
Satu ayat yang selalu watashi dengar dari seorang sahabat setiap kali dia memulakan bicara.
***
Z: "Mina~sama nak masuk syurga kan?" Y,X,...B,A: "Hait, mau!"
Z: ''Watashi ada satu teka teki. Apa yang menghalang seseorang itu masuk syurga walaupun dia telah dijanjikan untuk menjadi ahli syurga?"
Y: "Dia banyak dosa tertangguh"
Z: "Bukan"
Bermacam-macam jawapan yang disuguhkan tapi semua ditidakkan Z. Apa agaknya jawapan sebenar ya?
Z: "MATI"
Z: "Selagi seseorang itu tak MATI macam mana dia boleh masuk syurga...?"
Ringkas jawapannya tapi kami semua terdiam.
***
Watashi suka dengar lagu time otak kusut. Dalam salah satu lagu kegemaran watashi, sepotong liriknya berbunyi;"Everybody want to go to paradise, but nobody no want to DIE..."
***
Mina~sama tentu boleh teka kan, apa yang watashi mau kongsi...MENGINGATI MATI
Semua orang mesti pernah melihat keMATIan dalam hidupnya. Tipulah kalau seseorang itu kata dia tak pernah tengok orang MATI.tak tengok depan mata, kita baca dalam suratkhabar, kita tengok dalam TV, kita dengar dari radio, etc...kn?
apa perasaan mina~sama bila tengok keMATIan?
kalau orang terdekat yang tiada, kita akan rasa sedihkan?
kalau orang tu MATI secara ngeri, kita akan rasa seram ke?
kalau orang yang MATI tu kita tak kenal, kita wat dunno je ke?
semua orang takut MATI kan?
Watashi takut MATI Setiap kali bertarung dengan Aku, watashi pun takut MATI juga...dosa banyak lagi uii, huhu.
Cuba mina~sama kira-kira, berapa kali dalam satu hari mina~sama ingat MATI?
Kalau lebih dari 5 kali, alhamdulillah...
Kalau sekali pun, cukup syarat la tu, boleh terima
Kalau zero kali....adusss..
Watashi pun susah nak ingat MATI, otak ni serabut duk pikir pasal cara-cara nak kalahkan Aku, pikir pasal nak makan apa untuk dinner malam karang, banyakla duk pikir-pikir pasal hal dunia nih. Baca suratkhabar hari-hari pasal orang MATI pun dah takde efek.
Nasib baik watashi ada kawan-kawan yang selalu ingatkan pasal MATI ni.
Ingatlah, MATI tak pernah lupakan kita tapi kita selalu lupakan MATI.
mungkin 1 saat lepas ni atau 1 minit lagi atau masa lelapkan mata nanti, Tuhan tarik nyawa kita? Kang nyesal tak tobat dari dosa awal-awal...cium bau syurga entah dapat entahkan tidak. huuh, takut!
Maka, marilah kita sama-sama sentiasa saling ingat-mengingati MATI.
bangun tido ingat MATI
tengah mandi ingat MATI
dok makan ingat MATI
dok jalan-jalan ingat MATI
kesimpulannya, setiap saatlah kita kena ingat MATI ni!
tapi kenapa nak kena ingat setiap saat?
Ajal maut itu datang tak ketok pintu... so, kita kenala bersedia sentiasa untuk menghadapi MATI mengingati MATI mengurangkan kecintaan kita pada dunia dan menambah kecintaan kita pada akhirat...
Setakat itu sahaja buat kali ini. Diulangi:
Marilah kita sama-sama sentiasa saling ingat-mengingati MATI
Mata aimasho! Wassalam...
2 commentaires:
Starfire nak kongsi satu hadith :
Dari Abu Ya'la Syaddad bin Aus ra. dari Nabi saw, beliau bersabda: Orang yang CERDIK ialah orang yang selalu menjaga dirinya dan beramal untuk bekalan sesudah mati.(HR Tirmidzi)
wallahu'alam..
hari ni prof X demam.seksa betul.ni baru demam sket.kalau mati nanti? tentu lagi seksa kan?
Enregistrer un commentaire