Professor X dah masuk padang...

2 novembre 2009


ehem ehem..izinkan saya berbicara dalam bahasa Melayu ye?

Saya bukannya apa, makcik yang jaga saya masa kecik² dulu, orang Malaysia. Nama dia Makcik Senah. Baik orangnya. Setiap masa dulu dok cakap Melayu je ngan saya dan setiap minggu juga dok buat sambal belacan. Mana tak basah lidah saya ngn bahasa ni ^^

Kadang² ada terjumpa orang Malaysia di tempat saya ni. Masa tu la baru boleh berhabuk² cakap Melayu. Almaklumlah tempat saya ni semua orang berbahasa Inggeris. Bosan juga kadang² tu.

Saya sebenarnya kagum dengan multilingual person ni. Lidah satu tapi boleh cakap banyak bahasa. Agaknya ada berapa jenis bahasa eh kat dunia ni? Hebat kan manusia ni sebenarnya?

Saya sendiri boleh bercakap dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Bahasa Perancis (ramai orang Perancis kat sini). Eh eh lupa plak. Bahasa Cina pun sempat belajar sikit². Shi fu, ni hao. Ni yào qu nali? :D setakat 2 3 ayat boleh la. Bahasa Arab pun ada juga belajar. Kaifahalukum? Ana bikhair. Saya rasa ada antara kawan saya yang tengah belajar bahasa korea. Bumble Bee ke Huntress eh? ke orang lain? Bagus². Keep up the good work people!

Adoi panjang pulak mukaddimah saya. Sekarang baru nak bagitau nama penuh. Ayah bagi nama Charles Francis Xavier masa saya lahir di New York dulu. Ala² french kan nama saya? Nama ayah saya Brian je pun. Mungkin dia nak nama saya nampak 'chic' haha
He was a nuclear researcher and he was killed in an accident. Then my mother, Sharon, married my father's colleague, Kurt. Later on, my stepbrother, Cain started to abuse me. My mom too. Since Kurt started moving in to our house, my mom became a different person. She died soon after, and my stepfather was dead because of me and Kurt fought in the labrotary and caused some equipments to explode. Aduhh Sedih sedih ~~ :( Boleh trauma kalau saya hari² dok pikir kesalahan saya yang lalu. Tapi takkan la Tuhan nak duga saya kalau Dia tahu saya tak mampu hadapi. Dan setakat ni Alhamdulillah saya masih mampu :D

Lupa lagi nak bagitau, kita kita kita kita ada super power!! Saya boleh baca dan pengaruh fikiran orang lain. Sebenarnya, masa kecik dulu tu, Makcik Senah tu baru sekali dua je cakap Melayu dengan saya tapi disebabkan kuasa saya ni, saya dah boleh faham terus apa yang dia cakap. (Dia sumpah seranah mak saya pun saya faham haha) Tapi masa tu, tiada siapa pun tahu power saya ni. Saya simpan sorang² je. Rendah diri la konon. Lama² bila masuk sekolah menengah, seronok pulak rasa ada super power ni. Belajar pun cepat je tangkap. Umur awal 20 an dah dapat PhD dah.

Ishh panjang plak ni...Ok la dipendekkan cerita, saya mula menjelajahi dunia dan masa perjalanan pulang, saya diserang seorang alien, Lucifer. Makhluk asing ni jatuhkan seketul batu besar ya amat ke atas saya. Masih teringat² lagi sakitnya sampai sekarang. Tapi, Tuhan selamatkan saya. Seorang manusia tinggal berdekatan yang saya dapat hubungi menggunakan minda saya ketika itu telah membantu saya pulih tapi bukan sepenuhnya. Dan sekarang saya terpaksa menggunakan kerusi roda. Tapi seronok juga sebenarnya. Bukannya kerusi roda biasa tapi yang canggih punyaaa!! Walaupun saya berkerusi roda tapi saya boleh pengaruhi minda orang ramai supaya nampak macam saya ni sihat walafiat :p Itulah kerja Tuhan ni siapa yang tahu kan?

Tahu tak kenapa orang panggil saya Professor X?

Pertama,

Sebab saya yang rekrut team X-Men :) Each member of the team possessed an X-tra ability. Team pertama saya terdiri daripada 5 orang pelajar yang saya latih mereka supaya pandai mengawal super power masing-masing. Semua orang pun dah sedia maklum kan yang kami ni mutants. Tak sama dengan manusia biasa. Ada super power tapi kalau tak reti kawal memang seksa jugak dibuatnya...

Kedua,

Nama keluarga saya pun adalah Xavier. The initial is X. No need further explanation kan?

Ketiga,

Senang nak panggil. Senang nak ingat. Dulu makcik Senah dok komplen yang nama saya susah sangat nak menyebutnya! :D akhirnya saya mintak dia panggil saya X. Mudah, cepat dan mesra.

Saya ada banyak lagi nak cerita sebenarnya, tapi nanti ambil masa panjang sangat pulak. Lain kali saya sambung boleh? Bagi peluang orang lain nak memperkenalkan diri pulak. Baru 3 orang. Ada ramai lagi ni. Sabar ye?

Lagipun sekarang tiba masanya saya menyambung kerja mencari mutant. Ada mutant di luar sana yang masih teraniaya!!
Saya mesti selamatkan mereka!! And I know that my teammates here will help me out..

Chao chinchauuuu!!! (ishh sedap la cincau.kalau ada soya lagi best!!)

-Prof X-




5 commentaires:

menza a dit…

wau! prof X sebut alhamdulillah! masuk islam yer? huahua.

X mudah, cepat dan mesra?

kelakar entri ni! x sabar nak baca seterusnya!

Anonyme a dit…

ade 6000 bahase professorX
dan stp thn 10-25 bhs ilang dr dunia ni sbb tadek org gune..
hihi :p

~sayebakalcikgubahase~

Prof X a dit…

menza : itulah. senyap² dulu masuk islam. makcik senah banyak bimbing saya :D

bakal cikgu bahasa : wahhh mantap la bakal cikgu ni. mesti ada lagi sebenarnya bahasa² yang para pengkaji ni tak jumpa lagi tapi ada orang praktikkan.. kan kan?

the Climb a dit…

salam wbt.
anonyme ni mesti follow kelas Europe des langues kan? eheh.

Anonyme a dit…

Prof X : btul btul btul :D

the Climb: haha! ye, saye bdak klas europe des langues, the climb pon msti amek klas tu gak kan? :p

Navigation Bar

Our Gallery!

Visit our gallery by clicking HERE!

Click Here

The Wayfarers

c/o:
We are the wayfarers
We are the travelers
Wondering through
The planet earth
And see how great
The Creator is

We are the wayfarers
We are the travelers
Don’t you ever think
How strange it is
To treat everything
As tough as it’s ours