Keluang man merayap keluar!

6 novembre 2009

Bahasa Melayu sudah, bahasa Inggeris pun sudah.Izinkan saya berbahasa German pula...

siji loro telu papat limo enem pitu wolu songo sepuluh
wes mangan urong?
arek lungo endi.
bapak'ea ono nong omah?
kabare?
Ekh, bukan ke??^___^


Dari jauh hamba bertandang,
Datang dengan semangat membara,
KELUANG MAN sudah datang,
Salam dihulur pembuka bicara.

Bekerja hanya pada waktu malam bagi mengelakkan gangguan anasir luar yang cuba menjatuhkan beliau.Sanggup menggadaikan diri sendiri demi menyelamatkan orang lain. Identiti saya yang sebenar terpaksa dirahsiakan demi untuk keselamatan diri saya sendiri. Siang menjadi insan biasa, tetapi bila malam menjelma, saya menjadi seorang satria yang gagah. Kenapa pada waktu malam? Malam adalah gelap dan biasanya dikaitkan dengan kejahatan. Waktu malam, ramai orang akan menggunakan untuk beristirehat selepas penat bekerja seharian, tetapi saya sanggup memecahkan tradisi tersebut atau menjadi abnormal untuk menyempurnakan amanah yang telah diberikan, sebagai khalifah di bumi dan hamba abdi kepada Pencipta. Seperti sedia maklum, bukan semua orang sanggup untuk menjalankan amanah tersebut dan tugas tersebut bukanlah mudah. Sudah tidak ada tidur yang panjang bagi saya. Saya harus bangun dari lena yang panjang ini.

Only the best can survive!

Saya takut juga nak bekerja seorang diri nie. Sudah lumrah manusia, dikurniakan oleh Illahi hati dan perasaan.Wah, bercakap pasal hati dan perasaan seperti Bumblebee!!Hati sudah gundah gulana, mati akal sudah saya nieh, tetiba saya teringat yang saya masih ada senjata simpanan.

surah Al-Qasas(28: 34-35)
Dan saudaraku Harun, dia lebih fasih lidahnya daripada aku, maka utuslah dia bersamaku sebagai pembantuku untuk membenarkan perkataanku; sungguh aku takut mereka akan mendustakanku

Dia(Allah) berfirman, "Kami akan menguatkan engkau(membantumu) dengan saudaramu, dan Kami berikan kepadamu berdua kekuasaan yang besar, maka mereka tidak akan dapat mencapaimu; (berangkatlah kamu berdua) dengan membawa mukjizat Kami, kamu berdua dan orang yang mengikuti kamu yang akan menang.

Saya pun berdoa sama macam nabi Musa juga, lalu dikurniakan pembantu yang sangat baik dan setia, TIONGMAN.Alhamdulillah, tengok, betapa besarnya kekuasan Allah.Seperti yang Allah janjikan dalam Al-Quran, aku akan menolong hambaku yang menolong agamaku dan janji Allah itu adalah PASTI. Bagaimana saya boleh kekal dengan Tiongman??Bagi saya, jika kita sudah nampak matlamat kita, InsyaAllah, kita akan berusaha bersama-sama untuk merealisasikan cita-cita tersebut.

Saya mempunyai telinga yang amat sensitif. Berita dihujung kota pun saya masih boleh dengar. Antenna panjang sangat dan apabila dapat sesuatu berita, saya akan berlari-lari untuk memberitahu sekalian alam. Kalau boleh, saya nak kongsi dengan semua orang akan berita gembira ini. Tapi, kadang-kadang saya sedih sebab ada jugak yang menolak berita gembira ini. Mereka tertipu dalam mencari keseronakan dan kebahagian yang sejati. Saya pun, kadang-kadang hampir tewas dengan tipu muslihat musuh yang licik tapi kena cepat sedarlah dan kembali rujuk buku manual saya. Saya ada buku manual yang SANGAT ISTIMEWA. Tidak ada buku lain dalam dunia ini boleh tanding kehebatan buku manual saya. Saya tahu, kamu-kamu pun ada juga buku manual ini. Kan?kan?^____^..

Okies, dah nak Subuh dah nie, saya kena beransur pulang dulu yea. Nanti takut tidak sempat nak solat Subuh berjemaah. Matahari yang comel pun akan muncul tidak lama lagi, tanda siang sudah muncul.Kita jumpa lain kali pulak yea.

Salam Sayang,
Keluang man.

7 commentaires:

menza a dit…

HAHAHAHA. mantap! bahasa german kluar bahasa jawa plak!

entri yg sgt penuh dgn maksud tersirat! (especially perenggan kedua akhir.

dan surah Al-Qasas bkn Qansas. ayatnya, 34-35 kalau mengikut ayat yg saudari letak.

zulkhairiroslan a dit…

begitu rupanya bahasa jerman..macam bahasa jawa ek..>_<

eh,bukan surah al qansas la..surah al qasas..

bile upin dan ipin nak keluar plak?

anisliyana a dit…

keluangman!!! comel jer... rasa nk nyanyi lagu dier plak... huhu...

chaiyyok MY super heroeS!!! :D

US a dit…

xde la upin ipin zulkhairiroslan...dorang bukan superheroes...tapi dorg nak jadi superheroes mcm kat dlm blog ni...

suka sgt konsep keluangman psl sidekick dy tiongman...semua orang mesti kena ada sidekick kan, xleh hidup sorg², bukan hnya superheroes je kene ada...tp plg penting Allah sentiasa bersama kita klu kita x jumpa² lg sidekick kt.

smile to all :)
salam

Keluang man a dit…

Menza:terima kasih sebab atas teguran saudara/saudari.typing error.eh, bahasa german lah awak..=).terima kasih juga kerana memberi sokongan.

Zulkhairiroslan:Upin dan ipin kena tengok kat TV9 lah...

Anisliyana:Nyanyi2, jgn x nyanyi

US:salam. thanks atas pandangan yang sangat menarik.yea, smile cm nieh yea semua. ^________^

Huntress a dit…

Salam Keluang man,by chance kan kite ade pertalian darah pape x? Sbb bile tgk gaye keluang man nie cam bapak saye la,Batman.Keluang Man ni uncle saye ke?

Keluang man a dit…

Yea huntress sayang, kita bersaudara..^___^....

Navigation Bar

Our Gallery!

Visit our gallery by clicking HERE!

Click Here

The Wayfarers

c/o:
We are the wayfarers
We are the travelers
Wondering through
The planet earth
And see how great
The Creator is

We are the wayfarers
We are the travelers
Don’t you ever think
How strange it is
To treat everything
As tough as it’s ours