"Kerajaan katak.
Semua isi kerajaan itu adalah katak. Pada suatu hari, ada sekumpulan ekor katak telah dicampak di dalam perigi.
Kerana apa mereka dicampak?
atas kelemahan mereka sendiri kerana dikatakan banyak ‘mengundang onar’ kepada masyarakat katak ketika itu.
Katak yang berada dalam perigi ini, masing-masing pun sibuklah berusaha untuk menyelamatkan diri dengan berusaha melompat dan memanjat perigi untuk sampai ke atas tanah. Malangnya ketika usaha-usaha itu ingin dilakukan, ada sekumpulan katak pula yang berada di atas tanah berusaha melemahkan semangat mereka dengan mengeluarkan kata-kata seperti; “engkau takkan mampu..engkau lemah..kami takkan tolong walau sedikit pun..siapa suruh engkau melakukan kekecohan di atas tanah?..rasakan,inilah balasan setimpal di atas kekecohan yang engkau lakukan..“.
Pendek cerita, semua kata-kata nista dikeluarkan oleh katak-katak yang melihat dari atas perigi. Disebabkan kata-kata nista tersebut, ada sebilangan katak-katak mula mengatur strategi untuk naik ke atas dengan lebih efektif. Masing-masing mula mengeluarkan pendapat. Oleh kerana tiada pemimpin ketika itu di kalangan mereka, maka katak-katak mangsa ini makin lama seolah-olah ingin bergaduh antara satu sama lain kerana merasakan idea mereka yang paling bagus. Setelah beberapa ketika, kutuk-mengutuk diantara mereka berlaku. Mereka juga mengeluarkan kata-kata yang tidak menarik yang melemahkan semangat antara mereka.
TETAPI, ada seekor katak ini, tetap gigih berusaha memanjat untuk naik ke atas tanah walaupun huru-hara berlaku di dalam perigi dan juga di atas perigi. Akhirnya beliau selamat sampai ke atas tanah. Bila ditanya oleh wartawan ketika itu, apa rahsia kejayaan beliau untuk naik ke atas tanah? Beliau menjawab..” saya pekak..saya oke!..”..
artikel daripada Perjalanan Kehidupan.
senang kata..susah untuk aplikasikan nya..
betul, pendapat dan kata2 orang sekeliling sangat sukar untuk kita hadapi..dan mungkin boleh membawa barah kapada hati kita sendiri..nak jadi katak yang terkurung selama-lamanya dalam perigi?
tau x senang.. Mù Lán pun tengah mencuba..
Mari 'pekak kan telinga'!!?
p/s : sile jangan tanya macam mana katak pekak tu boleh menjawap soalan wartawan tu kalau dia tak dapat mendengar..
1 commentaires:
comel je smngt katak tuh..so kita kena ad sifat mcm katak tuh....
Enregistrer un commentaire