*terkedu*

13 juin 2011

assalamualaikum,

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

(source : tidak diketahui)

minta maaf atas kekurangan, tiada hadis yang kukuh, TAPI, nak bawa readers semua berfikir.

ke mana air mata kita pergi selama ini?

kekasih?
gagal exam?
kalah tournament?
tak dapat permission parents?
masalah? masalah n masalah??!!

hanya satu je yang sepatutnya kita tangisi : menangis kerana takut kepada-Mu, Ya Allah. Kesali kekhilafan kita selama ini.

InchaAllah.
Wassalam :)

p/s : da 'menangis' hari ni?

as simple as...

10 juin 2011



peringatan / tazkirah of the day :

"Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan & senda gurauan. Perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba-lumba dalam kekayaan dan anak keturunan seperti hujan yang tanam2annya mengangumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur.
Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya.
Dan kehidupan di dunia tidak lain, hanyalah kesenangan yang palsu"

bien dit!

wassalam :)

..cerita? ok..ceritanya bermula....

8 juin 2011

"Kerajaan katak.
Semua isi kerajaan itu adalah katak. Pada suatu hari, ada sekumpulan ekor katak telah dicampak di dalam perigi.
Kerana apa mereka dicampak?
atas kelemahan mereka sendiri kerana dikatakan banyak ‘mengundang onar’ kepada masyarakat katak ketika itu.

Katak yang berada dalam perigi ini, masing-masing pun sibuklah berusaha untuk menyelamatkan diri dengan berusaha melompat dan memanjat perigi untuk sampai ke atas tanah. Malangnya ketika usaha-usaha itu ingin dilakukan, ada sekumpulan katak pula yang berada di atas tanah berusaha melemahkan semangat mereka dengan mengeluarkan kata-kata seperti; engkau takkan mampu..engkau lemah..kami takkan tolong walau sedikit pun..siapa suruh engkau melakukan kekecohan di atas tanah?..rasakan,inilah balasan setimpal di atas kekecohan yang engkau lakukan...

Pendek cerita, semua kata-kata nista dikeluarkan oleh katak-katak yang melihat dari atas perigi. Disebabkan kata-kata nista tersebut, ada sebilangan katak-katak mula mengatur strategi untuk naik ke atas dengan lebih efektif. Masing-masing mula mengeluarkan pendapat. Oleh kerana tiada pemimpin ketika itu di kalangan mereka, maka katak-katak mangsa ini makin lama seolah-olah ingin bergaduh antara satu sama lain kerana merasakan idea mereka yang paling bagus. Setelah beberapa ketika, kutuk-mengutuk diantara mereka berlaku. Mereka juga mengeluarkan kata-kata yang tidak menarik yang melemahkan semangat antara mereka.

TETAPI, ada seekor katak ini, tetap gigih berusaha memanjat untuk naik ke atas tanah walaupun huru-hara berlaku di dalam perigi dan juga di atas perigi. Akhirnya beliau selamat sampai ke atas tanah. Bila ditanya oleh wartawan ketika itu, apa rahsia kejayaan beliau untuk naik ke atas tanah? Beliau menjawab..” saya pekak..saya oke!..”..


artikel daripada Perjalanan Kehidupan.

senang kata..susah untuk aplikasikan nya..
betul, pendapat dan kata2 orang sekeliling sangat sukar untuk kita hadapi..dan mungkin boleh membawa barah kapada hati kita sendiri..nak jadi katak yang terkurung selama-lamanya dalam perigi?

tau x senang.. Mù Lán pun tengah mencuba..

Mari 'pekak kan telinga'!!?

p/s : sile jangan tanya macam mana katak pekak tu boleh menjawap soalan wartawan tu kalau dia tak dapat mendengar..

study & work life..

6 juin 2011

Assalamualaikum

tengah bercuti kah semua? tengah buat apa tu? :)

maaf atas kekhilafan
Mù Lán selama ini..
harap semua dapat terima comeback
Mù Lán...

beberapa tahun yang lepas, kebanyakan SH10 masih dibangku 'sekolah'..
bertebaran di muka bumi..
mencari ilmu..
dan mengembara mencari kasih NYA..
dan sekarang, ramai juga antara kami yang mula masuk ke dunia pe'KERJA'an..

Mù Lán tengok, ramai antara kita memilih dalam mahu meneruskan perjalanan kita..
memilih itu penting, penting dalam memastikan tarbiyyah kita tidak ketinggalan..
tetapi, kadang-kadang kita terlupa..
dalam sebaik-baik perancangan kita, perancangan NYA lebih baik untuk kita..
nak bawa semua tadabbur ayat ni..walaupun bukan tengah mencari kerja, aplikasikan dalam mahu membuat sesuatu ;)

"berangkat lah kamu dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihad lah dengan harta dan jiwa mu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (9:41)

Mù Lán nak ajak semua, marilah buat sesuatu perkara itu walaupun kita suka atau tidak, niat kerana NYA, kerana itu yang lebih baik untuk kita :)


to readers : sesiapa mahu Tadabbur alam di Borneo? mari! :D


"When we're through you can't fail
Like a lotus blossom soft and palm
How could any fellow say "No sale"
You'll bring honor to us all"
("honor to us all : Mu Lan 1#)

Aku sudah bertunang..

4 juin 2011

Assalamualaikum. Pasti pembaca sekelian (khususnya sabahat2 yang mengenali diri ini) terkejut dengan berita ini. Mohon maaf kerana tidak memberitahu dan menjemput kalian. TETAPI, minta teruskan pembacaannya..terima kasih.
___________________________________________________________________________

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

** Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.**



sumber: iluvislam

Navigation Bar

Our Gallery!

Visit our gallery by clicking HERE!

Click Here

The Wayfarers

c/o:
We are the wayfarers
We are the travelers
Wondering through
The planet earth
And see how great
The Creator is

We are the wayfarers
We are the travelers
Don’t you ever think
How strange it is
To treat everything
As tough as it’s ours