Mengenai BCTA

4 octobre 2010

Assalammualaikum wbt.


Alhamdulillah alhamdulillah.. akhirnya tamat jugak novel yang Hang Kasturi nukilkan di blog ni. Hang Kasturi baru nak cuba-cuba menulis. mohon ampun dari hujung kaki ke hujung tanjak (Hang Kasturi pakai tanjak), kalau ada menyentuh sensitiviti mana-mana pihak sepanjang penulisan.


ok, Hang Kasturi nak buat resumé sikitlah pasal novel BCTA yang tak seberapa ni.


1. novel ni ditulis bab demi bab. ia ditulis pada bulan 8 tahun ini, 2010. iaitu jatuh pada bulan ramadhan dan bulan kemerdekaan untuk malaysia. masa ni, televisyen dan suratkhabar kita dipenuhi dengan berita-berita buang bayi dan masalah akhlak. jadi, Hang Kasturi sangat terinspirasi dan dapat idea dari keadaan semasa.


2. novel ini genrenya patriotik & islamik. pengisiannya agak berat bagi siapa-siapa yang tidak biasa tapi sangat ringan bagi mereka yang biasa berbincang tentang isu terkini.


3. novel ini penuh dengan sindiran.

-watak utamanya sendiri dah mempamerkan penyindiran. Hang Kasturi cuba naikkan isu orang yang beragama islam tapi tidak berbangsa melayu, dianaktirikan. iaitu Aishah Vee. peristiwa Aishah Vee tak disenangi Rohani. dan tak disalami selepas solat.


-menyindir rata-rata orang islam (kita lah tu) yang rajin berzikir, memuji Allah dan Rasul, tapi tak faham makna di sebalik zikrullah.


petikan dari BAB III : Aishah Vee

Aishah terkilan. Tapi disabarkan saja. Kata mahu mencontohi Rasul. Kata mahu mencintai Rasul. Takkan tak mahu belajar bersabar.


-menyindir sikap orang melayu yang memilih bulu tapi akhirnya tidak sedar kita terlalu menyanjung barat sedangkan kita sedikit pun tidak dipandang.


rujuk BAB IV : Hasad - peristiwa pergaduhan Rohani dan Jenny.


-menyindir orang islam melayu yang selalu mengalami masalah untuk matapelajaran Sejarah dan mengambil lewa tentang sejarah islam. Jenny lebih arif pengetahuannya daripada Rohani.


rujuk BAB V : Ego - Jenny menegakkan isu 'ego' semasa berhujah.


-menyindir Malaysia. kita menyambut hari kemerdekaan seiring dengan percambahan kes buang bayi. Malaysia maju secara menegak (pembangunan, teknologi, dll) tapi masih mundur secara melintang - mentaliti (kes akhlak remaja, jenayah, dll yang meningkat).


wahhh. banyak pula Hang Kasturi membebel. oklah. setakat tu sahaja! jangan lupa, kalau nak download novel penuh BCTA ni, boleh pergi pada link di Download Section blog ini ya!


nanti kita jumpa lagi!!

2 commentaires:

Dila Matasan a dit…

salam.

suka sangat baca novel hang kasturi.keep it u!:D

Peminat Hang Kasturi a dit…

salam wbt..

sy baru je lepas baca novel pendek Hang Kasturi, dan sy sgt suka! isu yg dinaikkan agak serius, tp dpt diolah dgn baik. jln cerita menarik. ending tu macam agak ironic, bila dua org lelaki tu jerit merdeka. huhu

Hang Kasturi ada cerpen² lain x yg Hang Kasturi tulis? uploadla kt sini, sy nak baca.. ^^

Navigation Bar

Our Gallery!

Visit our gallery by clicking HERE!

Click Here

The Wayfarers

c/o:
We are the wayfarers
We are the travelers
Wondering through
The planet earth
And see how great
The Creator is

We are the wayfarers
We are the travelers
Don’t you ever think
How strange it is
To treat everything
As tough as it’s ours