setiap patah kata dari bibirmu.

3 juin 2010

Assalamualaikum w.b.t.


Bee nak share dengan kawan-kawan satu petikan yang Bee sangat-sangat suka. Harap dapat diambil iktibar darinya, insyaAllah.


-----

ABU HURAIRAH R.A. meriwayatkan, katanya Rasulullah s.a.w bersabda “Tahukah kamu apakah ghibah ? ” Jawab sahabatnya, Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahui. Maka Nabi s.a.w pun menghuraikan bahawa ghibah itu jika kau menyebut atau membicarakan hal keadaan saudaramu yang ia tidak suka disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka itu bererti ghibah padanya.
Sahabat bertanya kembali, “Bagaimana kalau saudaranya betul begitu ? ”. Jawab Rasulullah s.a.w “Jika yang engkau sebut itu betul dan benar ada padanya maka itulah ghibah, tetapi jika tidak betul maka itu buthan (membuat-buat pendustaan bagi memburukkan nama orang)
*buthan – fitnah



Dalam pada itu Ibnu Abi Najih r.a pula berkata: Ada seorang wanita pendek telah datang ke rumah Rasululllah s.a.w. setelah orang itu pulang maka Aisyah r.a lalu berkata “Alangkah pendeknya wanita itu”. Rasulullah terus menegur Aisyah dengan mengatakan “Engkau ghibah”. Aisyah segera menjawab: Saya tidak menyebut melainkan yng sebenarnya ada padanya. Tegas Rasulullah s.a.w “Engkau telah menyebut perkara yang paling jelek padanya.”



Nabi Isa a.s ada mentafsirkan ghibah dengan membuat pertanyaan kepada sahabat-sahabatnya, katanya “Jika kamu melihat seseorang yang sedang tidur terbuka auratnya, apakah kamu akan menutupnya?”. Jawab sahabat “Ya”.




Nabi Isa a.s berkata “Tidakkah bila ada orang menyebut kepadamu kejelekan seseorang lalu kamu tambah apa-apa yang tidak disebut oleh orang yang berbicara itu, bererti kamu lebih membuka sisa auratnya.”




Allah S.W.T berfirman yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” [49:12]



Di akhirat nanti di padang masyhar selepas perbicaraan dan pertimbangan maka setiap orang akan menerima sesuatu amalan masing-masing. Maka terlihatlah padanya beberapa suratan kebajikan yang die sendiri tidak pernah melakukannya, maka mereka pun mengadu kepada Allah. Kata mereka “Wahai Tuhanku, dari manakah kebajikan-kebajikan ini kerana aku sendiri tidak pernah melakukannya.” Jawab Allah “itu adalah dari apa yang telah orang menghibah terhadapmu semasa di dunia”



Gambaran siksa di akhirat bagi orang yang berghibah telah digambarkan oleh Rasulullah s.a.w yang berbunyi
“Pada malam aku diisra’kan ke langit aku telah melihat suatu kaum yang memotong daging pinggangnya kemudian dimakannya sambil menyebut mengikut suara arahan, makanlah apa yang dahulu kamu makan dari daging saudaramu. Maka aku bertanya, Ya Jibril siapakah mereka ini? Jawab Jibril, mereka dari umatmu yang suka menghibah (mengumpat)”




Kisah pertama: Seorang ahli sufi Al Hassan Al Bashari diberitahu oleh seorang rakannya bahawa ade seseorang telah mengibah terhadapnya, maka beliau segera mengirimkan setalam kurma melalui penyampai tadi untuk disampaikan kepada penghibah itu sambil berpesan, saya dapat berita bahawa engkau telah menghadiahkan kebajikan kepadaku, maka saya ingin membalas hadiah itu, harap diterima hadiah dari saya yang tidak sepertinya sebab saya tidak dapat membalas yang sesuai dengan pemberianmu itu.”




Kisah kedua: Seorang wali Allah, Ibrahim bin Adham diundang makan di suatu majlis. Ketika die duduk tiba-tiba terdengar orang berkata “Polan tidak datang”, lalu disambut oleh orang lain, “Dia tidak boleh bergaul.” Maka Ibrahim bin Adham pon berkata “Ini yang menjadikan perutku berat ketika menghadiri majlis makan kerana adanya ghibah pada seseorang muslim,” lalu dia pon keluar dari majlis itu dan tidak makan selama 3 hari.




Allah s.w.t memberitahu kepada Nabi Musa a.s. dengan amaran
“Barang siapa meninggal dunia sedang dia sudah bertaubah dari ghibah, maka dia itulah orang yang terakhir yang akan masuk syurga dan barang siapa yang meninggal dunia sedang dia terus menghibah, maka dia itulah orang yang pertama masuk neraka.”




Al Hassan bin Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w berkata:
“Kifarah (denda) mengumpat ialah dengan meminta ampun terhadap orang yang engkau umpati”




Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Barangsiapa selama dalam umurnya mengibah sekali sahaja maka Allah akan menyiksanya dengan 10 macam seksaan: -

1) Dia menjadi jauh dari rahmat Allah
2) Malaikat memutuskan persahabatan dengannya (tidak mahu menghampirinya)
3) Dicabut rohnya dengan kesakitan yang amat sangat
4) Dia menjadi dekat dengan neraka
5) Dia menjadi jauh dari syurga
6) Sangat dahsyat seksaan kubur terhadapnya
7) Amal baiknya dihapuskan
8) Roh Nabi Muhammad s.a.w berasa sakit kerananya
9) Allah murka terhadapnya
10) Dia menjadi orang yang muflis timbangan amal kebajikannya pada hari kiamat.



Seterusnya Rasulullah s.a.w member amaran keras terhadap si penghibah bahawa mereka akan diseksa di akhirat sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik r.a katanya:
“Barang siapa menghibah saudaranya sesame Islam, maka besok pada hari kiamat Allah memindahkan laluan qubulnya ke duburnya.”




Ali bin Abi Talib r.a meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda
“Jauhilah olehmu sekelian dari ghibah kerana sesungguhnya di dalam ghibah itu ada 3 bencana iaitu doanya tidak dimakbulkan, kebaikannya tidak diterima dan keaiban dirinya akan nampak bertambah-tambah."




Ghibah sebenarnya boleh dihidu baunya seperti bau yang datang dari kilang asap getah kerana diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w bersiar-siar bersama-sama sahabat-sahabatnya, tiba-tiba mereka terhidu bau bangkai busuk lalu baginda bertanya: “Tahukah kamu sekelian bau apakah ini?” Para sahabat menjawab, Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui. Baginda menerangkan, ini adalah bau orang-orang mengibah seseorang yang tidak beriman.




Jika dibandingkan dengan masa kini, maka timbullah persoalan, apakah hikmahnya bau ghibah dan kebusukannya boleh dihidu pada zaman Rasulullah tapi tidak terbau pada zaman sekarang? Ulama bersependapat menghuraikan bahawa
“Ghibah sudah menjadi kebiasaan pada zaman ini dan hidung-hidung manusia sudah dipenuhi oleh bau ghibah itu sendiri, maka bau busuk sudah tidak terbau lagi.”


------


Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Banyaknya dosa. Dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar benda yang kita lakukan setiap hari, sedarkah kita akan dosa-dosa yang kita lakukan?




Bila difikir-fikir balek, Bee banyak je ghibah orang. Tapi bak kate para ulama, perkara ini sudah menjadi perkara biasa dalam kehidupan sehinggakan kita sendiri tak perasan yang kata-kata kita sudah menghibah saudara seIslam kita sendiri. Malah kalau seharian tanpa ghibah rasa macam kekurangan sesuatu. Betapa ghibah sudah menjadi penambah rasa enak dalam kehidaupan seharian. Astaghfirullah al-azim. Sama-samalah kita berhati-hati dalam setiap patah kata-kata yang terucap dari bibir. Atau mungkin sebaik-baiknya,
bercakap bila perlu.




Wallahualam.

2 commentaires:

SoFiA.opY a dit…

Salam,

Thank you for sharing ;)

Bumblebee a dit…

salam.

ur welcome :)

Navigation Bar

Our Gallery!

Visit our gallery by clicking HERE!

Click Here

The Wayfarers

c/o:
We are the wayfarers
We are the travelers
Wondering through
The planet earth
And see how great
The Creator is

We are the wayfarers
We are the travelers
Don’t you ever think
How strange it is
To treat everything
As tough as it’s ours