Assalammualaikum wbt.
Hang Kasturi kembali lagi dengan sambungan bidalan-bidalan bahasa Melayu.
dah jumpa keeee maksud-maksud bidalan yang Hang Kasturi bagi dulu? ingat lagi tak? pasal ‘batok’ dan ‘pauh dilayang’?
okay, ni jawapannya:
1/ Sĕpĕrti tĕlur sa-sarang, pĕchah sa-biji, pĕchah kĕsĕmua-nya
takrifan bidal mengikut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia) adalah “bersatu hati”
2/ Tidak hujan lagi bechak, inikan pula hujan.
translate : belum hujan dah becak, kalau hujan, lagilahh..
takrifan bidal mengikut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia) adalah “sedangkan pekerjaan yang senang lagi tidak sanggup dikerjakan, apatah pula pekerjaan yang susah”.
pada Hang Kasturi yang memang berasal dari zaman Kesultanan Melayu ni, memang gemar dengan peribahasa. sebelum Hang Kasturi mendalami maksud 2 peribahasa kat atas ni, Hang Kasturi dah suka dah sebab indah betul susunannya, penggunaan perkataan yang simple tapi cantik. rasa macam masuk ke dalam nature.
Hang Kasturi rasa macam tengah panjat pokok tengok burung tu duduk atas telur-telur dia dalam sarang.
Hang Kasturi rasa macam tengah duduk di beranda rumah arwah tok di utara sambil tengok becak-becak depan rumah.
seronok kan? kalau kawan-kawan tak rasa, ni sebab kawan-kawan mungkin tak suka sangat puisi atau bahasa Melayu tu sendiri. atau mungkin sebab tak faham.
jadi, ari ni, Hang Kasturi nak cakap pasal masalah kita semua yang bila membaca Al-Quran tidak menusuk atau menyentuh hati-hatinya. padahal Al-Quran dikatakan petunjuk kita kan kan?
soalan pertama, suke takk bace Al-Quran?
soalan kedua, faham tak bace Al-Quran?
Hang Kasturi sindrik pon tak berape nak faham. tapi cuba-cuba bace terjemahan dia dulu. Lepas ni, upgrade sikitlah belajar bahasa Arab. sape dulu sekolah agama, rugii ooohh kalau lupa! (especially bebudak asrama penuh)
hah, taknak lah bebel panjang-panjang. lepas ni, Hang Kasturi nak buat kelas bahasa Arab pulak lah dgn kawan-kawan sume!
Menjadi penting itu baik, tetapi menjadi baik itu lebih penting.
II : cerita arab pulak
12 juin 2010
Publié par
Super Heroes 10
à
00:01
Envoyer par e-mailBlogThis!Partager sur XPartager sur FacebookPartager sur Pinterest
Libellés :
Hang Kasturi
Inscription à :
Publier les commentaires (Atom)
0 commentaires:
Enregistrer un commentaire