I : cerita melayu

20 mai 2010

Assalammualaikum wbt.


lama betul Hang Kasturi tak menjejakkan kaki di sini. bukan apa, Hang Kasturi kena muhasabah diri sebab sebelum ni banyak bercakap. (entri Hang Kasturi byk sgt. Huhu.)


tapi Hang Kasturi sentiasa ada. seronok tgk kawan-kawan superheroes Hang Kasturi berusaha meneruskan misi penyelamatan manusia-manusia.


kali ni Hang Kasturi nak cakap pasal apa ek agaknya ?


Hang Kasturi nak cerita pasal pepatah bahasa Melayu. asyik mengembara je, jadi rindu pulak dengan bahasa ibunda. ada sorang Dinosor yang baik hati, dulu asalnye dari tanah Melayu tau, dialah yang ajar Hang Kasturi sikit-sikit pasal ni.


1/ ibarat melepas batok di tepi tangga

maksud : membuat sesuatu kerja dengan tidak bersungguh-sungguh.


aik, apa pulak kaitan batuk di tangge dgn tak sungguh-sungguh? pepatah bahasa Melayu biasanya guna perkataan-perkataan lama. sebenarnye, ‘batok’ tu bukan penyakit batuk kita tu, tapi batok tu sebenarnya ialah gayung!





org melayu kan selalu basuh kaki guna air tempayan kat tepi tangga sebelum masuk rumah. kadang-kadang, budak kecil kalau tergopoh-gapah, selalu cedok air dari tempayan guna’batuk’, lepas tu main campak je gayung tu, mari naik rumah, tak letak balik betul-betul. tak bersungguh-sungguh betul budak-budak ni! (buat muka marah sikit.)


2/ bagai pauh dilayang


pipinya ibarat pauh dilayang.


kawan-kawan tahu tak pauh tu apa? rasanya hari ni, masih kedengaran lagi atuk nenek kita guna. pauh tu buah mempelam/mangga.


jadi ape plak lah kaitannya pipi dengan buah mempelam yang dilayang?


haaaa. dilayang tu bukan kita campak buah tu atau kita terbangkan buah tu, tapi dilayang tu ialah aksi kita memotong. kan selalu orang potong buah mempelam guna pisau dengan condongan 15° kan ? bila kita potong tu, permukaan mempelam tu kan licin jee.


jadi, logiklah bila kita guna analogi ‘pipi Hang Kasturi bagai pauh dilayang’ ni. Eh?


sebenarnya bahasa Melayu kita hari ini banyak diubah. huruf-huruf kita mengikut huruf-huruf negeri orang putih sana. padahal sebenarnya, tulisan kita ialah jawi kemudian dirumikan. tapi rumi dulu pun lain sikit dari hari ni.


next entri, Hang Kasturi bagitau kenapa Hang Kasturi naikkan cerita ni. sebelum tu, ni ada peribahasa Melayu yang Hang Kasturi nak kawan-kawan cari maksud dia!


1/ sĕpĕrti tĕlur sa-sarang, pĕchah sa-biji, pĕchah kĕsĕmua-nya
(seperti telur sesarang, pecah sebiji, pecah kesemuanya)


2/ tidak hujan lagi bechak, inikan pula hujan.
translate : belum hujan dah becak, kalau hujan, lagilahh..


selamat berbahasa Melayu. kepada bakal cikgu bahasa melayu ke bahasa asing ke, mai cariii sat noo!


Menjadi penting itu baik, tetapi menjadi baik itu lebih penting.

2 commentaires:

Unknown a dit…

kenapa soalan hang kasturi susah? xreti jawab semuanye..huhu

mode: adakah sy seorang anak melayu jati?

hehe.. xpe Islam xkisah kita melayu ke x..

waiting for the real story! :)

pepasir pantai putih (3P) a dit…

Salam,(tepuk tangan), bestnye baca peribahasa melayu.

Rupanya selama ini saya tersalah faham maksud perkataan2 peribahasa yg Hang Kasturi tuliskan tu.Cthnya batok dan dilayang tu, dulu2 ingatkan dah fhm...

Betapa berhikmahnya org2 dahulu dalam berbicara dan menegur sehingga terhasil byk peribahasa yg amat dalam maksudnya.

Tak mahu melepaskan batok di tangga.Nanti tersebar bakteria jahat.

3P

Navigation Bar

Our Gallery!

Visit our gallery by clicking HERE!

Click Here

The Wayfarers

c/o:
We are the wayfarers
We are the travelers
Wondering through
The planet earth
And see how great
The Creator is

We are the wayfarers
We are the travelers
Don’t you ever think
How strange it is
To treat everything
As tough as it’s ours