Zero to Hero : Nabi Yusuf

29 janvier 2010

Assalammualaikum dan salam sejahtera.



Entri yang lepas, Hang Kasturi janji nak kasi soalan pasal Nabi Yusuf kan? sebelum nak kasi soalan, tak adillah kalau Hang Kasturi tak cerita dulu kan tentang Nabi Yusuf.


so, Hang Kasturi cerita sikit ya pasal Nabi Yusuf.


rasanya, ramai orang yang kenal Nabi Yusuf. sebab apa? sebab dia kacak! Hang Kasturi pun kacak juga, tapi Nabi Yusuf lebih kacak kot. (hehe. mengarut pulak.)


tapi, ramai juga yang tak tahu kisah sedih Nabi Yusuf masa kecik-kecik. Nabi Yusuf adalah salah seorang anak Nabi Yaakub. Nabi Yaakub sangat sangat sayangkan Nabi Yusuf sampai menimbulkan rasa cemburu hati di kalangan abang-abangnya. abang-abang dia sangka Nabi Yaakub sayang lebih Nabi Yusuf dan adiknya.


satu hari, abang-abangnya buat satu rancangan jahat untuk bunuh Nabi Yusuf. Mereka pun minta kebenaran Nabi Yaakub untuk bawa Nabi Yusuf keluar bermain dengan mereka. Sampai di satu tempat, salah seorang abangnya tak sampai hati nak bunuh Nabi Yusuf. lalu, dicadangkannya agar campakkannya saja ke dalam sumur (perigi). abang-abangnya pun campakkan Nabi Yusuf ke dalam sumur lepas tu tinggalkan dia sorang-sorang. bayangkanlah masa tu Nabi Yusuf kecik lagi! dan ditinggal dalam perigi pulak tu! sanggup abang-abang dia buat macam tu.


dipendekkan cerita, Nabi Yusuf diselamatkan sekelompok musafir yang singgah nak mengaut air. Nabi Yusuf kemudiannya dijual sebagai hamba dan dibeli orang dari mesir. orang ini ialah seorang gabenor dan isterinya bernama Zulaikha. Nabi Yusuf pun membesar jadi seorang yang kacak.


kat sinilah bermulanya cerita Nabi Yusuf didekati dan digoda Zulaikha ketika suami Zulaikha keluar bekerja, cerita jemputan-jemputan Zulaikha yang terhiris jari ketika memotong epal tatkala melihat Nabi Yusuf, dan muslihat Zulaikha untuk memerangkap Nabi Yusuf.


kata-kata Nabi Yusuf yang mendapat perhatian umat islam ialah : "penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka."


hah, dah ingat sikit-sikit dah pasal Nabi Yusuf? tahu tak, the end of the story, Nabi Yusuf masuk penjara tak? dapat jumpa tak dengan ayah kesayangannya lagi? apa jadi dengan abang-abang dia? haaaa, kalau nak tau cerita original dia, selaklah al-quran! surah Yusuf, suruh ke-12 : cerita lengkap tentang Nabi Yusuf!


jeng jeng jeng!
sampailah soalan cepu mas yang Hang Kasturi nak tanya!


rasa-rasa reader semua, antara dua peristiwa Nabi Yusuf di atas, dalam peristiwa yang manakah, kesabaran Nabi Yusuf dianggap lebih sempurna?


hah, silakan jawab! dengan hujah sekali ekkkk?
jumpa lagi di entri depan dengan jawapan skema!


Menjadi penting itu baik, tetapi menjadi baik itu lebih penting.

2 commentaires:

Anonyme a dit…

insyaAllah, ana cuba jawab ya..kalau salah tolong betulkan :

pada ana, ana rasa peristiwa dimana kesabaran baginda betul2 teruji adalah pabila baginda digoda oleh zulaikha..
kenapa?

kerana, pada waktu itu boleh sahaja utk baginda membalas rasa kasih zulaikha padanya. lagipun semasa peristiwa itu berlaku, kan tiada orang lain melainkan mereka berdua dlm bilik itu. tapi baginda memilih utk menolak dan masuk ke dlm penjara sperti mana ayat baginda yg hang kasturi quote td :

"penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka."

ini kerana, baginda lebih takutkan Allah dan balasan yg Allah akan berikan sekiranya baginda melayan nafsu zulaikha itu.

kenapa ana xkata peristiwa yg pertama :
peristiwa dimana baginda dicampak kedlm perigi??

kerana pada ketika itu, baginda msih kecil dan lemah, mmg xmampu nk melawan, lalu hanya pasrah sebagai ganti dan yakin akan pertolongan tuhan.. =)

hah, nmpak disini bhw kesabaran kita ni sbenarnya teruji pabila kita mampu utk membalas sst perkara, bukannya ketika kita xmampu utk membalasnya..sbb tu perbuatan jahat, jgn dibalas jahat =)
wallahu'alam bissawab
~anonymous~

Hang Kasturi a dit…

alhamdulillah. terpegun Hang Kasturi baca komen encik/cik anonymous! ini yang kite nak, beserta dgn hujah!

^^

kita nantikan jawapannya pada minggu depan.

tp nak ckp mumtaz pada hujah anonymous!

*clap clap*

Navigation Bar

Our Gallery!

Visit our gallery by clicking HERE!

Click Here

The Wayfarers

c/o:
We are the wayfarers
We are the travelers
Wondering through
The planet earth
And see how great
The Creator is

We are the wayfarers
We are the travelers
Don’t you ever think
How strange it is
To treat everything
As tough as it’s ours