bismillahirrahmanirrahim...
ohok!!ohok!!
Maaf ye. Kali ni, saya kurang sihat. Mengikut kuasa psikik saya yg dikurniakan Allah SWT, kawan² superheroes yg lain pun ramai yg tak sihat jugak kan?? kan?? kan?? jgn nak tipu aa.. sampai terjaga² dari tidur bermimpikan batuk² da
n selsema kamu semua...almaklumlah kita ni ibarat satu
badan. peha kiri kena cubit, peha kanan pun terasa. Kalau seorang sakit, yg lain pun sakit juga :p
Tapi sakit² pun, tak larat macam mana sekali pun, jgn lupa makan. Dapatkan tenaga utk badan. Makan buah. Makan Vitamin C. Minum air banyak². Jangan diikutkan sangat sakit tu. Perlu ada tenaga untuk beribadah kepadaNya kan? Lagipun kalau kita sakit, siapa lagi yang nak jalankan tanggungjawab sebagai superheroes utk menyelematkan dunia yang sedang nazak ni?? Dan yg paling penting sekali, doa banyak² kepada Tuhan kita yg satu, Allah SWT. Insya
allah sakit yg Allah bagi kat kita ni adalah kifarah dosa² yang lalu...
Okies...sebenarnya utk entry kali ini, prof nak kongsikan satu video... jemput tonton...jemput..jemput...
dah habis tengok? Alhamdulillah...
rasa²nya kan, berapa umur adik kita yang seorang ni? mungkin 12 atau 14....
..............................
...............................
rasa²nya...Adik² kita kalau berumur sekitar 14 tahun, apa eh yg mereka lakukan?
?????????????????????????
????????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
FESYEN?? MAJALAH REMAJA??? MANGGA??? MILEY CYRUS??? ENGLISH PREMIER LEAGUE???? WORLD CUP????? SHOPPING???? COUNTER STRIKE???? BOYFRIEND??? GIRLFRIEND???? IPHONE????
pernah ke mereka berfikir atau terfikir atau ditiup dalam pemikiran mereka seperti mana adik² kita di Palestin sana?
oh tak perlu tanya adik² kita rasanya, kita sendiri. Umur dah berapa ye? 19? 20? 22? lebih?
Berapa kali ye kita dah menyumbang utk mereka yang sedang terseksa di bumi Palestin sana?
Kalau adik dalam video kata : "I swear I will protect the camp with my life!"
Apa yg kita selalu kata?
"I swear I will get him as my boyfriend!"
"I swear I will get the ticket to go to Jason Myraz's concert next month!"
Masyaallah...sungguh berbeza kan semangat kita? Kalau kita bukan orang sebegitu, moga terus berkekalan. Tapi kalau itulah kita, semoga Allah beri petunjuk.
Palestin dalam derita, tangis dan duka tapi kita terus gembira, menagih dunia dan ketawa.
Tahu tak berapa lama dah Palestin terseksa? Baru genap setahun ke semenjak 27 Disember 2008? Secara rasminya itulah tapi dah berkurun lamanya, tanah mereka cuba dirampas oleh Israel penjajah...dan mungkin ramai yang tidak sedar kenyataan bahawa Palestin telah lama, sedang dan akan terus diseksa selagi mana kita sendiri tidak bertindak.
Janganlah memboikot sekadar hangat² tahi ayam.
"Oh, aku tengok org lain minum je Coca Cola, igtkan dah habis boikot. Aku pun togak la skali"
"Aku gian la nak makan burger McD. Seminggu tak makan, rasa macam tak bermaya kehidupan. Bang, tambah bubur ayam sekali eh? Lapar la plak (sambil mengusap perut). Lepas kenyang ni aku sambung boikot balik la."
Kita seronok la guna, makan dan minum barangan Israel, saudara kita di sana? Setiap kali bangun pagi, bersyukur kerana Allah masih beri kehidupan. Dalam masa yang sama tertunggu² waktu utk syahid dalam serangan.
Jangan lupa bahawa setiap sen yang kita sumbangkan pada Israel menjadi punca kerobekan daging saudara kita sendiri.
Fikir²kan.
Setiap saat kita menghela nafas, tanya pada hati, apa yang kita dah lakukan utk mereka di sana yg setiap saat menunggu waktu malaikat Izrail datang menjemput.
Put yourself in their shoes...
p/s: maaf entry agak beremosi
-Prof X-
3 commentaires:
menangis tengok video tu.
part ending dia.
terima kasih..
anonyme : betul².saya pun nak semangat yang sama dgn adik tu
Enregistrer un commentaire