Jalan-jalan cari ..... cari apa tuu?

3 décembre 2009

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera pada semua!


Hang Kasturi datang lagi ni.


lepas beberape minggu asyik merantau, Hang Kasturi nak khaskan masa ni nak menulis pada kawan-kawan sumeee!


apa lagi kalo bukan nak berkongsi pengalaman kan? Hang Kasturi penah dgr orang cakap cenggini :


apakah perantauanmu hasilnya hanya sepatu yang haus dan keringat kepenatan semata-mata?


pastu kejap-kejap, trussss fikiran Hang Kasturi melayang pada ayat ni :



Katakanlah (Muhammad), "Berjalanlah kamu di bumi, lalu perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang terdahulu." surah An-Naml [27:69]


haaaa, HEBAT ek. dulu kan Hang Kasturi tak amek endah pun nak tau maksud-maksud sebalik tulisan sambung ni. siap ada baris atas lah depan lah bawah lah. BACA JE LA KAN. asal tau baca, CUKUP lerrr. nak wat camne, arab languange is not my mother languange. so, why bother?


tak gitu?


haha. Hang Kasturi da blaja cakap english tau. jangan main-main. tengokla superheroes lain macam Tun Fatimah dan Huntress, salahkan mereka yang pengaruh Hang Kasturi.


ermm.. lama-lama tu kan, Hang Kasturi macam rasa tak best, BORING baca al-quran ni! tak faham maksud! bazir air liur je ni baca tiap-tiap hari.


tapiiiiiii, nama pun a Superhero, mana bleyh menyerah tanpa berlawan.


Hang Kasturi pun mula baca terjemahan dia dalam bahasa yang Hang Kasturi boleh faham. InsyaAllah, nanti Hang Kasturi nak belajar bahasa Arab pulak!


so, daripade ayat ni, sukalah Hang Kasturi nak highlightkan kat sini, dua benda terpenting :


1) Sape kata orang Islam kena duduk terperuk kat rumah tak maju dan tak tahu dunia luar? sedangkan Allah sendiri perintah kekasih-Nya, Nabi Muhammad untuk seru pada kita semuaaaaaaaaaaa, pegilah jalan-jalan kat bumi Allah ni.


TAPIIIIIIIIIIIIIIII


2) janganlah jalan-jalan sebab nak bersuka-ria JERR. Tuhan suruh kita jalan-jalan DENGAN SYARAT... jeng jeng jeng... kita kena pandai gune pancaindera kita especially mata dan akal untuk sedayeeeeeeee upayeeeeeeeeee cari pengajaran di sebalik alam ciptaan-Nya.


haaaaa. macam mana tuuuuuuu?


ni la yang Hang Kasturi nak cerita.
(amboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... tadi tu mukadimah je keeeee? ish ish ish)


please bare with me for few more minutes, pleaseeee.
nak dengar tak cerita niiiii??


hehe.
ok.


masa Hang Kasturi jalan-jalan kan, Hang Kasturi singgah satu negara 4 musim. Hang Kasturi sikit culture shock sebab kat Tanah Melayu tak macam ni.


nak-nak masa tu, musim luruh. Hang Kasturi pelik sangatttt dengan orang kat sini, sebab kalau kat Tanah Melayu, kalau ada daun kuning yang gugur, beriya-iya Hang Kasturi buat 'jurus angin' nak kumpulkan daun-daun buruk ni lepastu bakar. api bakar ni, Hang Kasturi guna la buat panggang ikan ke, daging ke.


ha mcam ni.



tapi kat sini, orang kat sini siap tangkap gambar lagi! especially, orang-orang yang Hang Kasturi macam kenal. orang Tanah Melayu jugak rasanya tu.


takpa la.


pastu, Hang Kasturi pun tenung la ma-lama daun tu. bukan sehelai, tapi berapa ratus atau ribu atau juta, kat taman tu.


masyaAllah.
cantik sangattttt!


masa tu, Hang Kasturi terpikir, macam mana benda yang kita ingat buruk selama ni rupa-rupanya ada kecantikannya yang kita tak tahu. atau kita tak mahu ambil tahu.


walaupun daun kuning yang berlobang-lobang tu.


pastu Hang Kasturi terpikir lagi, mcm mana daun-daun ni boleh gugur? siapa yang arahkan?


alaa, kawan-kawan pun dapat jawapannya kan?
tentulah Allah yang gugurkannya, semuanya atas perintah Sang Pencipta.


chop chop chop!


biar benar? beribu-ribu keping macam tu, banyak tuuuu! possible ke? lepas tu, gugurnya cantik. ikut tempo. ada masa masing-masing dia gugur. kiranya, semua tu ada dalam kiraan Allah lah?


wahhhhh. maha suci Allah... maha suci Allah... Allah Maha Besar, kan? kan?


masa tu Hang Kasturi macam ternganga sambil pandang langit. sampailah angin tiup, sejukkkk sangat macam gigit² kulit.


despite kesejukan negara 4 musim yang abnormal untuk pahlawan zon khatulistiwa macam Hang Kasturi ni, Hang Kasturi diam-diam panjatkan rasa kagum dan bersyukur kepada Allah.


sejuk pun sejuklah, tapi Hang Kasturi belajar sesuatu dari berjalan-jalan ni! kan? kan?
kawan-kawan pulak?


oklah. tu je Hang Kasturi nak kongsi kali ni. ingat pesan tadi :

apakah perantauanmu hasilnya hanya sepatu yang haus dan keringat kepenatan semata-mata?



jom sambung berjalan dan selamatkan orang!

3 commentaires:

Prof X a dit…

aaa tempat saya pon sejuk gak skang ni. beku la kalau keluar pagi²

US a dit…

Best2 ^^

pulut durian a dit…

daun kering yang cantek.
boleh buat hiasan lak tuh.
tampal2 kt buku skrap. hikhikhik.
kenangan mase kecik2.

*eh jap,penah ke tampal daun kering kt buku skrap?*

eheh.

Navigation Bar

Our Gallery!

Visit our gallery by clicking HERE!

Click Here

The Wayfarers

c/o:
We are the wayfarers
We are the travelers
Wondering through
The planet earth
And see how great
The Creator is

We are the wayfarers
We are the travelers
Don’t you ever think
How strange it is
To treat everything
As tough as it’s ours