Hang Kasturi,namaku

8 novembre 2009




Assalammualaikum !


Orang selalu kate, tak kenal maka tak cinta.


Namaku Hang Kasturi. Salah sorang antara 5 pendekar muda di kurun kesultanan Melayu Melaka dolu-dolu.


Hang Kasturi baru bangun dari tidur yang panjang dalam sebuah gua. Brape lame, Hang Kasturi pon tak pasti. Yang pasti, bila Hang Kasturi keluar je dari gua, zaman dah berubah! Hang Kasturi sgt terkejut!


Pastu, selama hampir 2 tahun (mengikut kiraan manusia di zaman ‘pelik’ sekarang) Hang Kasturi berpijak di tanah-tanah asing, Hang Kasturi mencuba-cuba nak sesuaikan diri.


Hang Kasturi gembira, sbb rupe-rupenya ada jugak orang yang buat filem/kartun tentang kami. Tapi, cepat-cepat Hang Kasturi beristighfar, moga tak hanyut dalam bongkak. Hang Kasturi tetap ingat, Tuhan tak suka orang yang bongkak sbb diorang macam lupa plak kesenangan yg diorang ade tu, pinjaman je.


Hang Kasturi tertarik dgn penyelidikan mereka di Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Diorang buat satu hipotesis bahawa kawan Hang Kasturi yang empat lagi tu sebenarnya adalah pengawal-pengawal Puteri Hang Li Po yang berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Ini semua semata-mata sebagai tanda persahabatan Tanah Melayu dan Tanah Besar China.


Hipotesis ni dikuatkan dengan perkataan ‘Hang’ di pangkal nama kami. Dalam perbendaharaan Melayu, ‘Hang’ tak memberi apa-apa maksud pun! Tapi, ia masih wujud dalam masyarakat Cina.


Dikatakan :

Hang Too Ah (Hang Tuah)
Hang Jee Fatt (Hang Jebat)
Hang Lee Ker (Hang Lekir)
Hang Lee Kiew (Hang Lekiu)


Hang Kasturi pulak? Hang Kasturi kononnya sahabat Melayu yang sgt baik ngan mereka berempat. Pastu, Hang Kasturi pun dihadiahkan gelaran ‘Hang’.


Menarik betul ek hipotesis ni kan? Hang Kasturi sendiri pun tersenyum je bila baca. Sbb, sape Hang Kasturi sebenarnya ialah ………RAHSIA ! hahaha. Hanya Sang Pencipta je yang tau sape Hang Kasturi sebenarnya. Itu lah hakikat kejadian manusia, kan ?


Ape-ape pon, Hang Kasturi perasan, ‘zaman baru’ yang sedang Hang Kasturi berada ni, banyak betul pemandangan-pemandangan yang tak menyejukkan hati pun. Kalau zaman Hang Kasturi dulu, udaranya lebih nyaman. Orangnya lebih mesra. Tak tergopoh-gapah pun. Dan ada benda yang tak kena dalam zaman baru ni.


Itu la sebabnya, Hang Kasturi kat sini. Misi Hang Kasturi nak tolong orang banyak-banyak dari segala kejahatan dunia dengan jurus-jurus silat yang Hang Kasturi tau ni.


Kalau ada pembaca yang nak minta tolong Hang Kasturi, jangan malu tau ! Hang Kasturi ada je kat sini.






-Kisah pemuda kahfi berulang-

5 commentaires:

menza a dit…

bosan compared to the others.

Hang Kasturi a dit…

nak buek camno jang, den tak pandai buat ayat.. hehe.

Super Heroes 10 a dit…

Menza...=).Well,actually Hang Kasturi was the first to siapkan his entry.But ikut turn yg dah dicabut randomly.And most of us manage to finish ours sbb inspired by this very entry.But, tapela everybody is entitled to their own point of view kan.

vendetta a dit…

impressive.. rather interesting choice of theme song (opening theme naruto)

still awaits for the other 4 to introduce themselves

US a dit…

best je kasturi tulis (mcm nama pompuan lak jadinye hehe ampun yek~)

keep up the good work! :)

Navigation Bar

Our Gallery!

Visit our gallery by clicking HERE!

Click Here

The Wayfarers

c/o:
We are the wayfarers
We are the travelers
Wondering through
The planet earth
And see how great
The Creator is

We are the wayfarers
We are the travelers
Don’t you ever think
How strange it is
To treat everything
As tough as it’s ours