Giliran Blossom pulak!

15 novembre 2009

Assalamualaikum semua!!

Blossom dah datang!!dah lama Blossom tunggu giliran Blossom nak menyebok dalam blog ni.haa..korang kenal x Blossom ni siapa?


Blossom ni sebenarnya ahli Powerpuff Girls.Kitaorang bertiga,Bubbles,Buttercup dan Blossom sendiri.Kami dicipta oleh Professor Utonium yang pada mulanya,ingin mencipta the “perfect little girl” dengan menggunakan gula dan segala macam rempah-ratus.Tapi disebabkan kecuaian yang tidak disengajakan,beliau telah mencampurkan Bahan Kimia X ke dalam adunan tersebut yang telah membekalkan kami kuasa superheros yang hebat.Dengan kuasa tersebut,kami berusaha berhabis-habisan untuk melindungi Townsville daripada kuasa-kuasa jahat yang cuba mengacau-bilaukan bandar kitaorang.


Kadang-kadangkan, Blossom terfikir jugak,kami diciptakan oleh Professor untuk menjadi the “perfect girl” yang akhirnya menjadi penyelamat dunia.Tapi manusia pula,apa tujuan mereka diciptakan?Yang pastinya,pencipta manusia ini pastinya sangat hebat kerana dapat mencipta manusia yang berbagai-bagai rupa,berlainanan jantina dan personaliti.kan?


Kami sangatlah saaaayang kat Professor.yelah,dia dah ciptakan kitaorang,lepastu layan kitaorang macam anak dia sendiri.Suma yang kitaorang nak dia kasik.Apa-apa karenah kitaorang pun dia layan tanpa jemu.Kalo manusia lak,dorang sayang pencipta diorang macam ni jugak ke?Apa tanda kasih sayang mereka kepada pencipta mereka??


Seperti manusia,kami juga mempunyai karakter yang berbeza.Comel,periang dan sensitive,itulah Bubbles.Walaupun luarannya kelihatan begitu,namun Bubbles jenis yang pantang dicabar.Berlainan pula dengan Buttercup,luarannya kelihatan kasar,namun dia sebenarnya seorang yang sangat protectif.Walaupun karakter kami berlainan,tapi kami berusaha untuk saling melengkapi dengan kelebihan yang kami ada.Kalo kami bersatu,tentulah kami akan menjadi lebih kuat.Tapi kalo kami berpecah-belah,macam-mana nak menjalankan tugas menyelamatkan dunia yang terletak kat bahu kitaorang ye x?


Ingat,kita kena bersatu ye superheros semua^^


Okeyla,telephone kecemasan dah berbunyik-bunyik,ada orang dalam kesusahan,saya pergi dulu!!






8 commentaires:

Ali 10 a dit…

Betul ke,dengar2 nye name melayu PPG adelah Budak Perempuan Berkuasa Pau? :p

menza a dit…

hahahahha. budak perempuan berkuasa pau. ni memang translate satu² ni.

blossom yang simple. ringkas. tapi berjaya buat orang berfikir.

US a dit…

Akhirnye kluar jugak cik blossom...punyela menunggu hehe :)

Blossom a dit…

Ali 10:kalo ditranslate satu2,melayunya jadilah macam tu.hehe.tak kesah pun,nama beza,tapi tetap orang yang sama:)

menza:alhamdulillah.terima kasih kerana membaca:)

cik US:saya macam kenal je awak ni sape.jeng jeng jenggg;p

syazelle a dit…

creatif blog... pasal superheroes.. nice one! :)

thanks sbb drop by keretalembu.com aritu.. ;)

Starfire a dit…

Starfire pon dah tau sape US.. hehe..

Blossom a dit…

syazelle:thanks..jenguk-jengukla slalu blog kitaorang yee:)

starfire:hehe;p

US a dit…

Obvious kan...hehe...i know u all...bajet US ni Mr. Alfred la hehe ;p

Navigation Bar

Our Gallery!

Visit our gallery by clicking HERE!

Click Here

The Wayfarers

c/o:
We are the wayfarers
We are the travelers
Wondering through
The planet earth
And see how great
The Creator is

We are the wayfarers
We are the travelers
Don’t you ever think
How strange it is
To treat everything
As tough as it’s ours