Rumah oh rumah

24 novembre 2009


Dengan nama Allah..

a very good day to all the people in the world!!

semenjak dua menjak ni, kepala saya selalu berdenyut². Nak kata sebab banyak berfikir, dari kecik lagi memang dah biasa dah berfikir. Disebabkan banyak sangat berfikir ditambah dan pengaruh super power saya la takde rambut yang reti nak tumbuh kat kepala ni :p

Tapi mungkin juga sebab saya sekarang lebih banyak berfikir macam mana nak terus selamatkan mutant² di luar sana.

Saya baru lepas menonton berita di TV. Kesian melihatkan orang² di tempat saya. Rumah mereka lantainya berlubang, tidak bertingkap, kecik lebih kurang 9m² tapi tinggal bersama 4 orang anak. Dinding pula penuh berlumut, toilet bowl pecah² sana sini. Tak cukup dengan tu, mereka terpaksa membayar 700€++ setiap bulan. lagi mahal dari sewa rumah saya. Tak bertanggungjawab sungguh tuan rumah.

Katanya, "Saya cuma menjalankan tanggungjawab untuk membantu orang² yang perlukan rumah. Mereka patut bersyukur kerana ada orang yang tidur hanya di tepi² jalan"

Aiii..geram pulak saya. Ada ke patut mintak sewa sampai 700 lebih?? Betul² mengambil kesempatan. Memang ramai orang² di dunia seperti ini. Sepatutnya kita bantu betul² orang² yang dalam kesusahan. Kalau kita nampak orang minta sedekah di tepi jalan, apa salahnya hulurkan seposen dua untuk mereka. Bukan banyak mana pun. Kita dah la hari² makan nasi dgn spaghetti. Lauk kalau tak ayam, daging atau ikan. Paling koman pun telur. Mereka tu nak makan seketul ayam pun tak tahu bila. Tak luak la rezeki yang Allah bagi kat kita. Jangan kedekut sangat, nanti Allah tarik nikmat duit tu kang baru la nak menyesal tak sudah².

Tuhan tu kan Maha Adil. Setiap perbuatan kita walau sebesar zarah sekali pun akan dihitung. Jangan ingat takde orang kat keliling, kita boleh buat apa yang kita suka. Jangan ingat kita tak pernah kantoi buat jahat, kita boleh buat jahat selama²nya. Walau macam mana pandai pun tupai tu melompat, bila Allah kata jatuh, kalau tak mati mesti dia patah sana sini masuk hospital punya lah!

Nak kata tak pandai, tak jugak. Terlebih bijak agaknya. Mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Pandai betul buat bisnes. Makan riba'. Mentang² orang yang menyewa tu takde pilihan lain, suka hati jantung dia je.

Kadang² ada jugak penyewa yang suka ambil kesempatan. Ayah saya pun pernah kena tipu. Ada beberapa orang dok menyewa umah kat kampung saya dulu. Dah la duit deposit tak habis bayar. Lepas tu terus² nak duduk je rumah tu. Sewa rumah apatah lagi. Tunggu mereka bayar sewa macam tunggu kucing bertanduk! Ayah saya mula² tanya elok² ada masalah kerja ke apa. Rupa²nya memang budak² tak senonoh diorang nih..kerja tak tetap. Duit dok guna untuk enjoy je. Bayar sewa tak mau! Ayah saya ala² bertukar menjadi garang la bila diorang buat perangai ngada². Alih², mereka lari keluar senyap². Jiran sebelah rumah bagitau mereka siap sewa lori lagi sebab nak bawak lari jugak perabot² rumah yang ayah saya sewakan sekali dengan rumah tu.

Sakit hati laa saya dengar cerita ni. Apatah lagi ayah saya yang menanggung kerugian. Geram pun ada. Habis katil², tilam², washing machine dia angkut. Dah tu, umah ditinggalkan dalam keadaan bersepah². Kertas² bertaburan. Tin² kosong bersepah, pinggan² dan periuk tak bercuci. Yang paling pelik, ada satu enjin kereta kat tingkat atas umah. tah sapa punya diangkutnya. Bertungkus lumus la kami ni membersihkan semula rumah tu.

Tapi nak buat macam mana kan? Barang² pun dah hilang. Takde harapan nak jumpa balik. Memang lari tak meninggalkan jejak.

When can this world be a better place?
Manusia sendiri sering melakukan kerosakan di Bumi. Bagaimanakah manusia itu dapat menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah yang memakmurkan Bumi Allah ni bila manusia tu sendiri tak tahu apakah tujuannya diciptakan?

Saya lebih kesiankan mereka yang tak tahu tujuan hidupnya berbanding orang gila di tepi jalan yang sudah hilang akalnya.

Jadi apa tujuan hidup anda??

6 commentaires:

Tabik Autumn a dit…

Kesimpulan yg sangat² best utk cerita yg best..

aunishbini a dit…

nice belog btw. unique ^_^

Prof X a dit…

aunishbini :
thanks! boleh la datang singgah² selalu :)

tabik autumn:
harap² tabik pun dah jumpa tujuan hidup tabik

Dila Matasan a dit…

best!!!!!^^

ahli nujum a dit…

nice one..i like this entry...so, what's our vision then???

bravo2, keep it up dear!!!

Prof X a dit…

dla matasan: thanks!!

ahli nujum: tepuk dada tanya iman (bak kata keluang man :p )

Navigation Bar

Our Gallery!

Visit our gallery by clicking HERE!

Click Here

The Wayfarers

c/o:
We are the wayfarers
We are the travelers
Wondering through
The planet earth
And see how great
The Creator is

We are the wayfarers
We are the travelers
Don’t you ever think
How strange it is
To treat everything
As tough as it’s ours