Affichage des articles dont le libellé est Who are we. Afficher tous les articles
Affichage des articles dont le libellé est Who are we. Afficher tous les articles

They call me SAMURAI JACK!!!

18 novembre 2009


Konnichi wa to Assalamualaikum

Hajimemashite

watashi wa Samurai Jacku desu.

Watashi tak maula cakap nihon, cemuih dah. Watashi mau cakap utara pulak.

Cheq adalah samurai-yg-takdakla-hebat-sangat-pun dari zaman keshogunan nihon di awal era Tokugawa. Pak cheq, Maharaja Nihon telah ditawan oleh AKU, satu makhluk yang maha jahat masa cheq kecik lagi. Dunia cheq habih musnah dibuat Aku, maka mak cheq, telah menghantaq cheq pi mengembara ke seluruh dunia. Penah sampai di Tanah Melayu, betui2 kat belah utara nuh sebab tula boleh cakap utara.

Hang Kasturi dan Tun Fatimah, cheq penah jumpa datok nenek hangpa. Sakan jugak cucu cicit depa. Kagum2...

Cucu cicit cheq plak, dok pancung kepala oghang kat Tanah Melayu. Malu2...

Sampai masa cheq nak mengalahkan Aku, dia lontaq cheq dalam portal masa ke zaman di mana kejahatan Aku bermaharajalela. Pasai tula cheq boleh sampai ke zaman ni.

Sampai-sampai je, cheq terkejut beruk pasai dunia baru ni lain betui dari dunia cheq. Ada besi terbang, ada bangunan besaq-besaq, ayaq sungai ngan laut pun ghona hijau. Makhluk yang duduk kat sini pun pelik-pelik belaka. Macam-macam bentuk dan ghona. Kebanyakannya pulak adalah robot seperti manusia, banyak yang jahat dari yang baik. Susah nak pecaya, ada ja yang nak ambik kesempatan. Yang paling tak best, Aku menganggap dirinya sebagai tuhan di dunia baru ni dan telah menyebarkan kejahatan yang tak terkata!

Cheq sangat marah! Aku, hang jangan dok berlagak sangat. KAMI~sama ada SATU ja, tak ada dua, tak ada tiga!

Maka, jadikla misi cheq di dunia baru ini untuk mengalahkan Aku dan pulihkan dunia supaya kebaikan tidak tertindas oleh kejahatan lagi.






Dalam pengembaraan baru ini, macam-macam jenis oghang cheq jumpa, termasuklah kawan-kawan cheq sembilan oghang ni. Semua ada kelebihan tersendiri, semua hebat-hebat belaka. Kagum2...

Kejahatan Aku takkan dapat mengalahkan cheq dengan mudah sebab kawan-kawan baru cheq sentiasa setia dan sedia membantu. Dan cheq juga ada Penolong yang Maha Berkuasa yang telah berjanji akan sentiasa ada bersama cheq. KAMI~sama telah hadiahkan cheq pedang yang utuh, satu-satunya senjata yang dapat menghapuskan Aku dan cheq tak akan salah guna kuasa pedang ni.

Tiap kali cheq luka teruk kena penangan Aku, KAMI~sama pulihkan balik dan jadikan cheq makin kuat. Alhamdulillah, ada hikmah rupanya di sebalik luka-luka tu.

Dari firasat samurai, ada oghang telah dianiaya oleh Aku! Cheq harus pi membantu depa cepat-cepat.

Ampun kalau cheq tersilap habaq, terkasaq bahasa. Jumpa lain kali naa!

Mata aimashou!

Giliran Blossom pulak!

15 novembre 2009

Assalamualaikum semua!!

Blossom dah datang!!dah lama Blossom tunggu giliran Blossom nak menyebok dalam blog ni.haa..korang kenal x Blossom ni siapa?


Blossom ni sebenarnya ahli Powerpuff Girls.Kitaorang bertiga,Bubbles,Buttercup dan Blossom sendiri.Kami dicipta oleh Professor Utonium yang pada mulanya,ingin mencipta the “perfect little girl” dengan menggunakan gula dan segala macam rempah-ratus.Tapi disebabkan kecuaian yang tidak disengajakan,beliau telah mencampurkan Bahan Kimia X ke dalam adunan tersebut yang telah membekalkan kami kuasa superheros yang hebat.Dengan kuasa tersebut,kami berusaha berhabis-habisan untuk melindungi Townsville daripada kuasa-kuasa jahat yang cuba mengacau-bilaukan bandar kitaorang.


Kadang-kadangkan, Blossom terfikir jugak,kami diciptakan oleh Professor untuk menjadi the “perfect girl” yang akhirnya menjadi penyelamat dunia.Tapi manusia pula,apa tujuan mereka diciptakan?Yang pastinya,pencipta manusia ini pastinya sangat hebat kerana dapat mencipta manusia yang berbagai-bagai rupa,berlainanan jantina dan personaliti.kan?


Kami sangatlah saaaayang kat Professor.yelah,dia dah ciptakan kitaorang,lepastu layan kitaorang macam anak dia sendiri.Suma yang kitaorang nak dia kasik.Apa-apa karenah kitaorang pun dia layan tanpa jemu.Kalo manusia lak,dorang sayang pencipta diorang macam ni jugak ke?Apa tanda kasih sayang mereka kepada pencipta mereka??


Seperti manusia,kami juga mempunyai karakter yang berbeza.Comel,periang dan sensitive,itulah Bubbles.Walaupun luarannya kelihatan begitu,namun Bubbles jenis yang pantang dicabar.Berlainan pula dengan Buttercup,luarannya kelihatan kasar,namun dia sebenarnya seorang yang sangat protectif.Walaupun karakter kami berlainan,tapi kami berusaha untuk saling melengkapi dengan kelebihan yang kami ada.Kalo kami bersatu,tentulah kami akan menjadi lebih kuat.Tapi kalo kami berpecah-belah,macam-mana nak menjalankan tugas menyelamatkan dunia yang terletak kat bahu kitaorang ye x?


Ingat,kita kena bersatu ye superheros semua^^


Okeyla,telephone kecemasan dah berbunyik-bunyik,ada orang dalam kesusahan,saya pergi dulu!!






Assalamualaikum, salut n hai !

12 novembre 2009

.

« now all of China know u r here »

« PERFECT » *grinn*



Penah dengar x lirik ni :

« One alone is not enough,

You need both together..

Winter, Summer, Moon and Sun..

Lesson Number one! »

cuba teke karekter yang nyanyi lagu ni? ;)

…..

….

…

..

.

Haa dapat x teke siapa y nyanyi lagu ni?

Ok ok..nama english ‘wild orchid’..ade idea da?


Ermm… ce try nama ni lak ‘Mù Lán’ HAA! Knal da? ;)


tu la..mungkin sebab nama y cam agak ‘fort’ tu membangkitkan semangat sy n membolehkan sy mengukir sejarah kat dalam sejarah China.. td borak² ngan kawan Mù Lán, tanya dia pnah tgok x cerita pasal Mù Lán?..pastu dia kata, dia xpnah tgk tapi aware je ad org buat cerita psal Mù Lán..mungkin ramai je y knal name Mù Lán tapi x knal sape Mù Lán sebenarnye..

Mù Lán ni senanye xde la macam ahli² super heroes 10 y lain..tapi Mù Lán ade geng, Hang Kasturi & Tun Fatimah : ordinary person with no super power..tapi Mù Lán tetap bersyukur ngah kekuatan y Dia anugerahkan.. ‘semangat juang y tinggi!’.. awal² mase Starfire cakap cuak nak menulis, sume SH10 (kecuali Starfire y sure nye) cakap «boleh tulis punya » ..tapi bile da kena batang hidung sendiri menulis..baru tau kesusahan nak menulis.. huuu~

Kalau tgok kat internet, Mù Lán perasan banyak je jalan cerite pasal kehidupan Mù Lán..tapi kehidupan ‘Mù Lán’ yang sekarang ni, Mù Lán sorg je tau ;)

As a son of, eyh..uherm! daughter of Fa Zhou..sy sgt mencuba untuk jadi y terbaik..tapi cam semua org tau..g jumpe matchmaker pun haru..tapi xpe..ayah sy cakap « wat a beautiful blossom do we have this year, but look..This one’s late..I’ll bet when its blooms, it will be the most beautiful of all.. » :D ayah pun nampak betapa x perfect nya sy..sbb tu la sy bersama² SH10 ni..sbb sy tahu kita x boleh kesorangan n kita mesti..MESTI!!..bekerjasama ;)

honestly..Mù Lán sgt xtahu nak perkenal kan diri :( tu la..ni Captain Li Shang ckap «we've got a loooooong way to go » so, jumpe lagi next post ;)





« Tranquil as a forest, but on fire within, once you find your center, YOU are sure to win »

Dari Planet Tamaran

10 novembre 2009



Sape knal Teen Titans, angkat tangan!!




Starfire adlh slh sorg member dlm Teen Titans. Kitorg berlima (dr kiri):
Beastboy, Raven, Cyborg, Starfire, Robin ^^


Starfire sebenarnye bukanla seorg yg reti menulis mcm superheroes yg laen, tp mereke yg ber 9 ni ckp,
“tak cube, mane tau”. Antare kitorang ber 10 ni, Starfire la yg plg cuak skali nak tulis. Cepat rase inferior dgn care penulisan kwn2 yg laen. Pastu, diorg cakap, “msg2 ade care msg2”..

Diorg ckp jugak, diorg nak back up Starfire, tu yg Starfire brani tu. Kalo diorg tak back up, siap la diorg :p


Starfire ni sebenarnye makhluk asing kat Bumi ni. Kalau kat Planet Tamaran, tempat Starfire dulu, name Starfire “Korind’r”, bile diomputihkan, jd la Starfire. Hehe.
Hang Kasturi ngan Professor X suke panggil Starfire Ketumbar sbb diorg kate Korind’r mcm Coriander. Tak baek, kan? Hehe. Starfire tak kecik ati pon, sbb tau diorg bergurau :D



Nape name Starfire? Dulu, mase kecik2 Starfire pnah tanye ayah, nape bg name Starfire, ayah ckp, ayah harap sgt Starfire dpt jd mcm bintang, dapat tlg bulan bagi chy pada waktu gelap. Sbb tu bile dah besar,
Starfire tanak salah gune kuase Starfire ni. Starfire nak tunaikan harapan ayah. Starfire nak tlg org yg dlm kesusahan dan kegelapan.. ^^


Mase kat Tamaran dulu, Starfire ade sorg kakak, name die
Blackfire. Die ni suke cari pasal ngn Starfire. Takleh tgk Starfire senang sket, mule la die. Die kate, die dengki, sbb Starfire dpt jd queen planet. Starfire dah byk kali dah ckp ngn die, tak sume mende yang kite nak tu, kite leh dpt, btol tak? Sbb tak sume mende yang kite nak tu terbaik untuk kite. Kalo kite sabar, mesti ade yang lebih lebih lebih baik kite akan dapat satu hari nnti. Tuhan tu kan Maha Adil. Tp Kak Blackfire wat cam dgar tak dgar je. Hurmm… sabar je la..


Tak baek kan dengki2 ni. Cam
Huntress ckp, sume org ade kelebihan dan kekurangan. Tapi camne pun, Starfire tanak la berburuk sangka dgn Kak Blackfire. Sebabnya, Starfire tak rase ape yang die rase. Ntah2 kalo Starfire jd die pun, Starfire akan wat mnde yang same (T_T) ish ish ish.. Nauzubillah.. mintak2 la dijauhkan..


Selain Kak Blackfire, Starfire ade sorg adik tau. Name die
Wildfire. Kami terpisah mase Gordanians (makhluk asing yg jht yg nk rampas kerajaan ayah Starfire) serang Tamaran. Ayah anta Wildfire naik spaceship gi Bumi. Ade sape2 pnah jumpe die tak? Dah 3thn Starfire cr, tp tak jumpe2 lagi. Tp Starfire tak putus asa tau! Satu hari nanti, Starfire yakin, mesti jumpe punye! Kalo kite berusaha, kite pasti berjaye!


Susah sebenarnye jd makhluk asing ni,
laen drpd yg laen kan. Ramai org tanak kwn dgn Starfire. Tp Starfire tak sedeh pon, sbb Starfire tau, Starfire tak sorg2. Starfire ade Teen Titans, Starfire ade kwn2 superheroes dlm blog ni, dan Starfire tau, Starfire selalu ade Die, Pencipta KITA, Al-Khaaliq ^^


Readers sume pun nak kawan ngn Starfire jugak kan?


Erm, Starfire rase Starfire kene stop dulu la. Hari dah makin gelap, Starfire nak pergi tgk2 kalau2 ade org yg perlukan bantuan. Lgpun ade lg 3 kawan2 Starfire yang tak knalkan diri lg. Kasi can lah kat diorg kan? Hehe..


Jgn risau, kalo umur panjang, Starfire akan kembali..


Assalamualaikum~ ^^






Hang Kasturi,namaku

8 novembre 2009




Assalammualaikum !


Orang selalu kate, tak kenal maka tak cinta.


Namaku Hang Kasturi. Salah sorang antara 5 pendekar muda di kurun kesultanan Melayu Melaka dolu-dolu.


Hang Kasturi baru bangun dari tidur yang panjang dalam sebuah gua. Brape lame, Hang Kasturi pon tak pasti. Yang pasti, bila Hang Kasturi keluar je dari gua, zaman dah berubah! Hang Kasturi sgt terkejut!


Pastu, selama hampir 2 tahun (mengikut kiraan manusia di zaman ‘pelik’ sekarang) Hang Kasturi berpijak di tanah-tanah asing, Hang Kasturi mencuba-cuba nak sesuaikan diri.


Hang Kasturi gembira, sbb rupe-rupenya ada jugak orang yang buat filem/kartun tentang kami. Tapi, cepat-cepat Hang Kasturi beristighfar, moga tak hanyut dalam bongkak. Hang Kasturi tetap ingat, Tuhan tak suka orang yang bongkak sbb diorang macam lupa plak kesenangan yg diorang ade tu, pinjaman je.


Hang Kasturi tertarik dgn penyelidikan mereka di Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Diorang buat satu hipotesis bahawa kawan Hang Kasturi yang empat lagi tu sebenarnya adalah pengawal-pengawal Puteri Hang Li Po yang berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Ini semua semata-mata sebagai tanda persahabatan Tanah Melayu dan Tanah Besar China.


Hipotesis ni dikuatkan dengan perkataan ‘Hang’ di pangkal nama kami. Dalam perbendaharaan Melayu, ‘Hang’ tak memberi apa-apa maksud pun! Tapi, ia masih wujud dalam masyarakat Cina.


Dikatakan :

Hang Too Ah (Hang Tuah)
Hang Jee Fatt (Hang Jebat)
Hang Lee Ker (Hang Lekir)
Hang Lee Kiew (Hang Lekiu)


Hang Kasturi pulak? Hang Kasturi kononnya sahabat Melayu yang sgt baik ngan mereka berempat. Pastu, Hang Kasturi pun dihadiahkan gelaran ‘Hang’.


Menarik betul ek hipotesis ni kan? Hang Kasturi sendiri pun tersenyum je bila baca. Sbb, sape Hang Kasturi sebenarnya ialah ………RAHSIA ! hahaha. Hanya Sang Pencipta je yang tau sape Hang Kasturi sebenarnya. Itu lah hakikat kejadian manusia, kan ?


Ape-ape pon, Hang Kasturi perasan, ‘zaman baru’ yang sedang Hang Kasturi berada ni, banyak betul pemandangan-pemandangan yang tak menyejukkan hati pun. Kalau zaman Hang Kasturi dulu, udaranya lebih nyaman. Orangnya lebih mesra. Tak tergopoh-gapah pun. Dan ada benda yang tak kena dalam zaman baru ni.


Itu la sebabnya, Hang Kasturi kat sini. Misi Hang Kasturi nak tolong orang banyak-banyak dari segala kejahatan dunia dengan jurus-jurus silat yang Hang Kasturi tau ni.


Kalau ada pembaca yang nak minta tolong Hang Kasturi, jangan malu tau ! Hang Kasturi ada je kat sini.






-Kisah pemuda kahfi berulang-

Keluang man merayap keluar!

6 novembre 2009

Bahasa Melayu sudah, bahasa Inggeris pun sudah.Izinkan saya berbahasa German pula...

siji loro telu papat limo enem pitu wolu songo sepuluh
wes mangan urong?
arek lungo endi.
bapak'ea ono nong omah?
kabare?
Ekh, bukan ke??^___^


Dari jauh hamba bertandang,
Datang dengan semangat membara,
KELUANG MAN sudah datang,
Salam dihulur pembuka bicara.

Bekerja hanya pada waktu malam bagi mengelakkan gangguan anasir luar yang cuba menjatuhkan beliau.Sanggup menggadaikan diri sendiri demi menyelamatkan orang lain. Identiti saya yang sebenar terpaksa dirahsiakan demi untuk keselamatan diri saya sendiri. Siang menjadi insan biasa, tetapi bila malam menjelma, saya menjadi seorang satria yang gagah. Kenapa pada waktu malam? Malam adalah gelap dan biasanya dikaitkan dengan kejahatan. Waktu malam, ramai orang akan menggunakan untuk beristirehat selepas penat bekerja seharian, tetapi saya sanggup memecahkan tradisi tersebut atau menjadi abnormal untuk menyempurnakan amanah yang telah diberikan, sebagai khalifah di bumi dan hamba abdi kepada Pencipta. Seperti sedia maklum, bukan semua orang sanggup untuk menjalankan amanah tersebut dan tugas tersebut bukanlah mudah. Sudah tidak ada tidur yang panjang bagi saya. Saya harus bangun dari lena yang panjang ini.

Only the best can survive!

Saya takut juga nak bekerja seorang diri nie. Sudah lumrah manusia, dikurniakan oleh Illahi hati dan perasaan.Wah, bercakap pasal hati dan perasaan seperti Bumblebee!!Hati sudah gundah gulana, mati akal sudah saya nieh, tetiba saya teringat yang saya masih ada senjata simpanan.

surah Al-Qasas(28: 34-35)
Dan saudaraku Harun, dia lebih fasih lidahnya daripada aku, maka utuslah dia bersamaku sebagai pembantuku untuk membenarkan perkataanku; sungguh aku takut mereka akan mendustakanku

Dia(Allah) berfirman, "Kami akan menguatkan engkau(membantumu) dengan saudaramu, dan Kami berikan kepadamu berdua kekuasaan yang besar, maka mereka tidak akan dapat mencapaimu; (berangkatlah kamu berdua) dengan membawa mukjizat Kami, kamu berdua dan orang yang mengikuti kamu yang akan menang.

Saya pun berdoa sama macam nabi Musa juga, lalu dikurniakan pembantu yang sangat baik dan setia, TIONGMAN.Alhamdulillah, tengok, betapa besarnya kekuasan Allah.Seperti yang Allah janjikan dalam Al-Quran, aku akan menolong hambaku yang menolong agamaku dan janji Allah itu adalah PASTI. Bagaimana saya boleh kekal dengan Tiongman??Bagi saya, jika kita sudah nampak matlamat kita, InsyaAllah, kita akan berusaha bersama-sama untuk merealisasikan cita-cita tersebut.

Saya mempunyai telinga yang amat sensitif. Berita dihujung kota pun saya masih boleh dengar. Antenna panjang sangat dan apabila dapat sesuatu berita, saya akan berlari-lari untuk memberitahu sekalian alam. Kalau boleh, saya nak kongsi dengan semua orang akan berita gembira ini. Tapi, kadang-kadang saya sedih sebab ada jugak yang menolak berita gembira ini. Mereka tertipu dalam mencari keseronakan dan kebahagian yang sejati. Saya pun, kadang-kadang hampir tewas dengan tipu muslihat musuh yang licik tapi kena cepat sedarlah dan kembali rujuk buku manual saya. Saya ada buku manual yang SANGAT ISTIMEWA. Tidak ada buku lain dalam dunia ini boleh tanding kehebatan buku manual saya. Saya tahu, kamu-kamu pun ada juga buku manual ini. Kan?kan?^____^..

Okies, dah nak Subuh dah nie, saya kena beransur pulang dulu yea. Nanti takut tidak sempat nak solat Subuh berjemaah. Matahari yang comel pun akan muncul tidak lama lagi, tanda siang sudah muncul.Kita jumpa lain kali pulak yea.

Salam Sayang,
Keluang man.

Tun Fatimah balik kampung !!

4 novembre 2009

Assalamualaikum, peace be upon all.

Now it’s my turn!

Jeng jeng jeng….

Tun Fatimah is my name, daughter to the great Bendahara (prime minister) of Malacca, Tun Mutahir. If my dear Bumblebee and Prof X wrote in Malay, let me then do the same but in English.

Me? A heroine? Of course! But then unlike my fellow heroes, I am not yet equipped with all those high tech gadgets. Well you see, I had to travel to time (500 years!!) and I’m still having a tough time adapting myself. There is a lot to be learnt but Insha’Allah I’ll manage. The proof is: well, this blog and the English!

I am well-known as a serikandi or Malay heroine and the last queen of Malacca. Yes, you got me right: the LAST queen of Malacca. Is everyone now ready to have a talk or two on history?

No, don’t worry, I won’t be telling the loonngg tale of Malacca here! Well, not just yet. Lol. I have lots of time to do that in other entries.

Hmm.. year 1500..Seems REALLY far away. So, what made me come back..?

Now then, my father Tun Mutahir or better known as the Bendahara Seri Maharaja was a very influential man. As the Sultan at that time was still young (and rather naughty too!) my father had the responsibility to make sure that things ran well in the country.

Alhamdulillah during my father’s time, Malacca remained prosperous and peaceful. At that time Malacca even had strong ties with rulers of other countries, even with the great Ottoman Empire which was based in Turkey.

Like I said previously, I am the last queen of Malacca, not by will but by force. I was initially married to Tun Ali. He was indeed a good man. Sadly during those last years of Malacca’s prosperity, many were obsessed my wealth and fame. The Sultan himself strayed far away from the righteousness. It was so bad at that time to the extent that my whole family was accused of treachery and all, ALL my male family members were executed.

This then gave a chance to the Sultan (who was still at that time day-dreaming) to marry me. After the death of my father, Malacca became even worse! Praise be to the Creator for the will and strength I was blessed with. After all that had happened, I had to BE STRONG.

For the love of my religion and country, I tried to mend the situation in Malacca. I was the Queen; of course they’d listen to me now. However, Malacca at that time was in a critical chaotic condition. By the time my then husband, the Sultan realized all his errors and what was happening, the Portuguese had already all planned. We tried, I assure you to defend Malacca the best we could but failed.

On August 1511, Malacca lost not because the Portuguese were stronger but because we ourselves neglected our country and this was our wake-up call. When I say ‘OUR’ I do mean those who were then Malaccans but also US now at present. Why? -Because we are still colonized. The worst part is that most of us don’t even realize it. But hey, that’s why we are all gathered here (in this blog) aren’t we?

I guess that’ll be it for now. No, of course I'm not done yet but this would do for now. Can’t seem to see the serikandi yet? Hang on to the blog and you’ll see it. I’ll be back soon, no worries. In the mean time, technology : here I come !!!!!

Till then, be safe.

Tun Fatimah.


Ps: Sorry no photo available. I don’t want another guy coming around for marriage now would I? :)

Professor X dah masuk padang...

2 novembre 2009


ehem ehem..izinkan saya berbicara dalam bahasa Melayu ye?

Saya bukannya apa, makcik yang jaga saya masa kecik² dulu, orang Malaysia. Nama dia Makcik Senah. Baik orangnya. Setiap masa dulu dok cakap Melayu je ngan saya dan setiap minggu juga dok buat sambal belacan. Mana tak basah lidah saya ngn bahasa ni ^^

Kadang² ada terjumpa orang Malaysia di tempat saya ni. Masa tu la baru boleh berhabuk² cakap Melayu. Almaklumlah tempat saya ni semua orang berbahasa Inggeris. Bosan juga kadang² tu.

Saya sebenarnya kagum dengan multilingual person ni. Lidah satu tapi boleh cakap banyak bahasa. Agaknya ada berapa jenis bahasa eh kat dunia ni? Hebat kan manusia ni sebenarnya?

Saya sendiri boleh bercakap dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Bahasa Perancis (ramai orang Perancis kat sini). Eh eh lupa plak. Bahasa Cina pun sempat belajar sikit². Shi fu, ni hao. Ni yào qu nali? :D setakat 2 3 ayat boleh la. Bahasa Arab pun ada juga belajar. Kaifahalukum? Ana bikhair. Saya rasa ada antara kawan saya yang tengah belajar bahasa korea. Bumble Bee ke Huntress eh? ke orang lain? Bagus². Keep up the good work people!

Adoi panjang pulak mukaddimah saya. Sekarang baru nak bagitau nama penuh. Ayah bagi nama Charles Francis Xavier masa saya lahir di New York dulu. Ala² french kan nama saya? Nama ayah saya Brian je pun. Mungkin dia nak nama saya nampak 'chic' haha
He was a nuclear researcher and he was killed in an accident. Then my mother, Sharon, married my father's colleague, Kurt. Later on, my stepbrother, Cain started to abuse me. My mom too. Since Kurt started moving in to our house, my mom became a different person. She died soon after, and my stepfather was dead because of me and Kurt fought in the labrotary and caused some equipments to explode. Aduhh Sedih sedih ~~ :( Boleh trauma kalau saya hari² dok pikir kesalahan saya yang lalu. Tapi takkan la Tuhan nak duga saya kalau Dia tahu saya tak mampu hadapi. Dan setakat ni Alhamdulillah saya masih mampu :D

Lupa lagi nak bagitau, kita kita kita kita ada super power!! Saya boleh baca dan pengaruh fikiran orang lain. Sebenarnya, masa kecik dulu tu, Makcik Senah tu baru sekali dua je cakap Melayu dengan saya tapi disebabkan kuasa saya ni, saya dah boleh faham terus apa yang dia cakap. (Dia sumpah seranah mak saya pun saya faham haha) Tapi masa tu, tiada siapa pun tahu power saya ni. Saya simpan sorang² je. Rendah diri la konon. Lama² bila masuk sekolah menengah, seronok pulak rasa ada super power ni. Belajar pun cepat je tangkap. Umur awal 20 an dah dapat PhD dah.

Ishh panjang plak ni...Ok la dipendekkan cerita, saya mula menjelajahi dunia dan masa perjalanan pulang, saya diserang seorang alien, Lucifer. Makhluk asing ni jatuhkan seketul batu besar ya amat ke atas saya. Masih teringat² lagi sakitnya sampai sekarang. Tapi, Tuhan selamatkan saya. Seorang manusia tinggal berdekatan yang saya dapat hubungi menggunakan minda saya ketika itu telah membantu saya pulih tapi bukan sepenuhnya. Dan sekarang saya terpaksa menggunakan kerusi roda. Tapi seronok juga sebenarnya. Bukannya kerusi roda biasa tapi yang canggih punyaaa!! Walaupun saya berkerusi roda tapi saya boleh pengaruhi minda orang ramai supaya nampak macam saya ni sihat walafiat :p Itulah kerja Tuhan ni siapa yang tahu kan?

Tahu tak kenapa orang panggil saya Professor X?

Pertama,

Sebab saya yang rekrut team X-Men :) Each member of the team possessed an X-tra ability. Team pertama saya terdiri daripada 5 orang pelajar yang saya latih mereka supaya pandai mengawal super power masing-masing. Semua orang pun dah sedia maklum kan yang kami ni mutants. Tak sama dengan manusia biasa. Ada super power tapi kalau tak reti kawal memang seksa jugak dibuatnya...

Kedua,

Nama keluarga saya pun adalah Xavier. The initial is X. No need further explanation kan?

Ketiga,

Senang nak panggil. Senang nak ingat. Dulu makcik Senah dok komplen yang nama saya susah sangat nak menyebutnya! :D akhirnya saya mintak dia panggil saya X. Mudah, cepat dan mesra.

Saya ada banyak lagi nak cerita sebenarnya, tapi nanti ambil masa panjang sangat pulak. Lain kali saya sambung boleh? Bagi peluang orang lain nak memperkenalkan diri pulak. Baru 3 orang. Ada ramai lagi ni. Sabar ye?

Lagipun sekarang tiba masanya saya menyambung kerja mencari mutant. Ada mutant di luar sana yang masih teraniaya!!
Saya mesti selamatkan mereka!! And I know that my teammates here will help me out..

Chao chinchauuuu!!! (ishh sedap la cincau.kalau ada soya lagi best!!)

-Prof X-




Bumblebee in Action

31 octobre 2009

Assalamualaikum. *Bumblebee bagi salam* ^^


sekarang tibe giliran Bumblebee untuk perkenalkan diri sebelum beraksi di medan super heroes ni. sudah tentu korang tertanye2, siapakah pula "Bumblebee" ni?




Bumblebee ialah robot paling muda di kalangan geng Autobot.boleh dikatekan saye ialah adik bongsu yang sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik pada pandangan abang2 saye, terutamanya Optimus Prime.hohohoho.jangan main2 dengan die,die sangat hebat dan berkuase,sebab tu die boleh jadik "ketua geng" kitorang.tapi ape2 pon Optimus Prime, hang jangan berlagak sangat,Allah lagi hebat dan lagi berkuase dari hang. ^^



saye berani menghadapi cabaran,terutamanya untuk menyelamatkan orang yang saya sayang.biasalah,kalau dah sayang,ape2 pon kita sanggup buat,kn kn kn? kalau korang cakap korang tak sanggup, check balek, btol ke korang sayang die? atau hanya sayang di bibir sahaje? wahhh.. *bile Bumblebee berbicara soal cinta* tapi jangan kecilkan skop pemikiran.bila kaitkan dengan cinta,kita hanya berfikir soal cinta kepada manusia.tapi kita tak sedar,kita diwujudkan di dunia ini adalah untuk mengejar cinta-Nya.cinta Sang Pencipta.itulah cinta agung kita. ^^



biarpon saiz badan saye kecik,saya tak pernah kecewa.kerana ade hikmah di sebalik setiap penciptaan.contohnye macam saye ni,disebabkan ke'comel'an saiz saye ni lah, saye mampu pergi ke tempat2 yang abang2 saye tak boleh pergi.al maklumlah, diorang tu beso. kalau nak pergi spy2 ni susah sket. so saye gunekan kelebihan yang ade ni untuk spy pihak lawan.bertukarrr menjadiii 'Chevrolet Camaro'..! ^^




cantekkan transformasi saye? ^^

korang pon mampu transform.tapi bukanlah menjadi robot kerana
manusia bukan robot
.Bumblebee rase tak rugi kalau transform menjadi seseorang yang lagi bagus,kn? kite up kan level kite. sudah tentu semua orang mahukan yang terbaik untuk diri masing2. tiada siapa mahu tertinggal di belakang, sebaliknye mahu berada di barisan paling hadapan. jadi, ape tunggu lagi? make ur 1st move. ^^



"The least likely can be the most dangerous."

Birds of Prey


Peace Be Upon You

Name: Huntress

'H' bukan name sebenar: Helena Wayne

Weapon of choice: Crossbow

About Me :


My name is Helena Wayne. Daughter of Batman + Catwoman. Just like my father, I prefer the night compared to the day. Bile malam..sunyi..tenang..Nampak Bulan. A friend of mine (Hang Kasturi) once told me, manusie nie sukekan Sang Rembulan sbb we ressemble one another..Dari jauh nampak indah..Tapi bile dekat, byk celenye..
Nobody's perfect kan?

Tapi...tapi,it doesn't mean we can't try to be the best we can be..kan?kan?

Which is why I chose the path my father have lead. The path of a hero...

Many of you may not know.. But my father's biggest fear and his utmost weakness..are Bats. Pelik kan? Tapi it was Alfred who taught him.
Sometimes,the only way to conquer our fear is not to run from it..But be apart of it..

I admire my father for alot of things. Walaupun die
kaye-raye tak bole blah, tapi die x sala gunekan harte die. Bapak saye genius..Kat ruma kteorg ade library yg sgt besarrr.When he's not out saving people,die membace..Always thirsty for knowledge,my old man.
Drp ilmu² yg die discover,he build his gadgets..his weapons..Always trying to better himself each time. Thats where most of his
expenses goes.
Tapi..Die x pernah brag.Berlagak.My old man is one of the humblest people I've ever met. He may be the saviour of Gotham City..Tapi tade org tawu identiti sebenar die. I asked him once..Why keep it a secret? Die just cakap..
Penting ke org tawu sape kite?Asalkan the job is done..Suda ^^

Mak saye? She used to be a nice lady. Tapi ade sekali tu bapak
sibuk sgt dgn kerje..Sampai die lupe kat mak. Feeling alone and ditinggalkan as if tade org pedulik.Mak left us. She gave in to the darkside. But I never once despised her. Just the things she do. Yela,walau apepon,she's still my mother. Orang yang mengandungkan sy, for 9 mths 9 days...Yang membesarkan saye..Kekadang sy salu bising kat bapak...Why let mum go..People like mum perlu orang² mcm bapak..

He just smile and said..
Sabar..Jgn marah..He never gave a real answer..
But deep inside I know he still loves her. And no matter how,
he will try to bring her back..away from the dark side.
I know my father...He's not a quitter.
A winner never quits..and a quitter never wins he said.
And who knows..Maybe 1 day..
I will save my mother..

Bile bapak sy rase mcm x larat and serbe kekurangan,or he just prefers a job well done. He works with his friends..The Justice League.Sy tak suke sgt uncle Clark Kent(a.k.a Superman)...Sampai sekarang x sy faham
motif die pakai spender merah kat luar..Perlu ke menunjuk sampai gtu?Hmm..?

My aunt,wonder woman plak...Sexy sgt..Sy pon segan tgk die. Sy x suke die sgt,as a person she's kind..Tapi takot nt bapak terjatuh hati. Pastu
tak fokus buat keje. Hmm,maybe one day bole cdgkan bg baju kurung ke kat aunt Wnder Woman.hehe.Mesti cute giler seyh..

My fave uncle is...The Green Arrow. Die la yang byk ajar saye pakai crossbow. He said he prefers the crossbow sebab sasaran die lebih
tepat and jitu. And much like my father,he's just a human yg tade superpower (x mcm uncle Clark =p). He's just a human yg cube utk perbaiki diri with his strength and mind. Saye rase Uncle Green Arrow nie macam Ustaz sket,tu psl die suke kaler ijau kot. Everytime sebelum die lepaskan panah die..Die bace bismillah.And he never misses his target..

Well,sume org ade kelebihan and kekurangan kan.
Thats why people work in team. Two heads are better than one kan? And bile sorg kekurangan sesuatu,sorg lagi akan top-up. We complete eachother. Just like a puzzle..

Dulu bapak slalu kerje dgn Robin. Tapi Robin da tade. Die kate die x suke kerje disebalik bayang² bpk. Who knows, maybe Robin pon tgh form his own Clan..Maybe die prefer lead orang dr di-lead kot..Tapi sy x pnah tahu sebab sebenar Robin lari..Mungkinkah Starfire tahu sebab sebenar???Teng teng teng..

And as for me, Im much like my father. Trying to follow his footsteps. I too,am trying to form my own League of superhumans. If you're patient enough,you'll get to meet them 1 by 1.
Kiteorg bersepuluh...But our hearts beat as ONE.

Enjoy reading our adventures...


Huntress_9

Navigation Bar

Our Gallery!

Visit our gallery by clicking HERE!

Click Here

The Wayfarers

c/o:
We are the wayfarers
We are the travelers
Wondering through
The planet earth
And see how great
The Creator is

We are the wayfarers
We are the travelers
Don’t you ever think
How strange it is
To treat everything
As tough as it’s ours